IKRAM Perlis

IKRAM Perlis

Share

Photos from IKRAM Perlis's post 26/05/2026

PENYERAHAN PEK BERAS KEPADA 29 ORANG PENERIMA

Pada 21 Mei 2026 (Khamis), satu program penyerahan sumbangan pek beras telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Taman Dato Hj Ali, Mata Ayer pada jam 8.30 malam.

Program ini telah menyantuni seramai 29 orang penerima yang terdiri daripada penduduk setempat yang memerlukan bantuan dan sokongan komuniti. Sumbangan pek beras ini merupakan usaha kebajikan bagi membantu meringankan beban penerima di samping mengeratkan hubungan silaturrahim dalam masyarakat.

Sumbangan telah disampaikan oleh En Surizan selaku Pengurus Kawasan Arau Yayasan Ikram Malaysia Perlis. Turut hadir bersama ialah En Amir Nizam yang mewakili pihak JPKK Taman Hj Ali.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan menjadi asbab kebaikan serta memberi manfaat kepada para penerima.

20/05/2026

Rebutlah peluang 10 hari terbaik di sisi Allah🌙

Diriwayatkan dalam Musnad Al-Imam Ahmad daripada Ibnu Umar RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : "Tiada hari-hari yang lebih agung dan disukai oleh Allah untuk beramal soleh selain 10 hari ini. Maka, perbanyakanlah tahlil, takbir dan tahmid pada-Nya." (Riwayat Imam Ahmad)

Ayuh hidupkan hari-hari ini dengan Tahlil, Takbir, Tahmid, Doa & amal kebajikan. Semoga setiap zikir dan amalan kita menjadi bekalan menuju reda-Nya.🤲

20/05/2026

AHLI DAIE MADANI

Tahniah kepada Ustaz Amirul Ihsan, Ahli Aktif IKRAM Kangar atas keahlian Daie Madani.

Semoga terus menjadi suara kebaikan, menyebarkan mesej rahmah dan menjadi inspirasi kepada masyarakat.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Jalan Padang Nyu
Kangar
01000