SK Jalan Raja Syed Alwi

SK Jalan Raja Syed Alwi

Share

27/04/2026

✨🏃‍♀️ PERSEMBAHAN SEMPENA HARI AKTIVITI FIZIKAL SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 🏃‍♂️✨

SK Jalan Raja Syed Alwi, 18 April 2026 (Sabtu) – Murid-murid SK Jalan Raja Syed Alwi telah berpeluang menyertai dan menjayakan Persembahan Sempena Hari Aktiviti Fizikal Sedunia Peringkat Kebangsaan yang berlangsung dengan penuh meriah.

Penyertaan ini memberi ruang kepada murid untuk menonjolkan bakat, keyakinan diri serta semangat kerjasama berpasukan melalui persembahan yang disampaikan. Program ini juga menjadi platform untuk menyemai kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Antara murid yang terlibat ialah Danish Iman As Sudais bin Mohd Anisshahrizan, Muhammad Hafizh bin Hamizi, Felisya Adelia binti Mohd Fadhil Adha, Nurqistina Rizqah binti Mohd Muhiddin dan Nur Aina Alisha binti Mohamad Salmizam dengan bimbingan guru pengiring, Cikgu Junaidah dan Cikgu Azmira.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang terlibat, guru pembimbing serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan sepanjang persiapan program ini. Semoga penglibatan dalam program seperti ini terus menyuntik semangat dan membuka lebih banyak peluang kepada murid untuk menyerlah di peringkat yang lebih tinggi. 🌟👏

Want your school to be the top-listed School/college in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Jalan Raja Syed Alwi
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30