Qra Water

Qra Water

Share

12/03/2019

🌿🌿DAUN PEGAGA🌿🌿
Tumbuhan herba ini sebenarnya mempunyai banyak nilai perubatan tradisi yang tinggi. Jom tengok
🍉🍉🍉🍉
🌸1. Serikan Wajah
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu. Tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam dan amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.
🌸2. Kecutkan Peranakan
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.
🌸3. Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. Caranya: Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cuci pada keesokan harinya. Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda hilang.
🌸4. Mengubati Sakit Kepala
Daun pegaga perlu direbus dengan kacang hijau dan dibiarkan semalaman dalam keadaan yang terdedah. Kemudian daun pegaga itu dimakan bersama kacang hijau dan air rebusan tersebut p**a haruslah diminum.
🌸5. Mengubati penyakit sengal-sengal badan
Bagi mengubati penyakit ini, daun pegaga hendaklah direbus dengan bawang dan air rebusan itu haruslah diminum. Bagi mengubati sakit mata p**a, daun pegaga direbus dan air rebusan itu diminum setelah dicampurkan sedikit dengan gula.
🌸6. Mengubati penyakit demam kepialu atau typhoid
Daun pegaga haruslah ditumbuk lumat dan diletakkan di atas dahi

12/03/2019

[7 MANFAAT MINYAK ZAITUN UNTUK KECANTIKAN WAJAH & KULIT]

Anda tahu? Minyak Zaitun banyak khasiat untuk kecantikan kulit wajah. Jom follow saya untuk dapatkan tips sihat dan cantik dengan minyak zaitun 👌😉

1. Mengatasi kulit pecah pecah

Kulit pecah-pecah kerana kering dan kekurangan nutrisi. Caranya, Anda hanya perlu sapu minyak zaitun setiap hari sahaja.

2. Melembapkan kulit wajah

Anda sapu minyak zaitun pada wajah dan urutkan perlahan sehingga meresap ke kulit. Nak lagi best, boleh juga sapu dan urutkan minyak zaitun ke seluruh badan. Hasilnya, wow! Kulit wajah dan badan kekal lembap dan segar sepanjang masa😍

3. Mengangkat sel kulit mati

Wajah dan kulit jadi gelap, berbelang dan bersisik kerana sel kulit mati tidak dibuang. Anda sapu je minyak zaitun setiap hari, sel kulit mati akan terangkat dan menjadikan kulit Anda lebih cerah, lebih halus, kelihatan berseri dan cantik👍😍

4. Mencerahkan dan menyegarkan kulit wajah

Minyak zaitun mampu memberikan kesan yang menyegarkan dan merelaksasi kulit Anda, khususnya pada kulit wajah. Maka kulit akan dapat merasakan kesegaran, dan kesannya adalah mampu mencerahkan wajah Anda secara alami dari bawah kulit.

5. Menghilangkan tanda tanda penuaan, terutama pada wajah

Simptom penuaan ialah:
📌Kulit terasa kering dan kasar.
📌Kulit berkedut.
📌Keanjalan dan kekenyalan kulit berkurang.

Maka, sap**ah minyak zaitun setiap hari. Ada dua cara menggunakan minyak zaitun untuk mencegah penuaan, iaitu:

✔️Menyapu pada bahagian kulit yang mengalami gejala penuaan.
✔️Menambah minyak zaitun dalam menu makanan sehari -hari.

6. Menghilangkan kantung mata

Mata panda? Sukar cover dengan make up? Jom! oleskan minyak zaitun secara teratur setiap hari. Maka kantung mata akan dapat hilang dengan baik, dan mengembalikan pancaran kecantikan mata Anda.

7. Sunscreen

Sinar ultraviolet sangatlah berbahaya apabila sering bersentuhan dengan kulit. Pendedahan radiasi dari sinar ultraviolet ini boleh menimbulkan pelbagai gangguan kulit, seperti:

📌kanser kulit
📌iritasi kulit
📌Kulit menghitam dan
📌kulit terbakar

Anda boleh sapu minyak zaitun untuk menjadi tabir suria. Dengan menggandakan tabir suria dari minyak zaitun, maka wajah Anda semakin cantik berseri.😍

Untuk pengetahuan Anda, MINYAK ZAITUN menjaga kesihatan kulit secara semulajadi.

Minyak zaitun juga mempunyai kandungan nutrisi yang sangat penting bagi kesihatan kulit Anda. Kulit memerlukan pengambilan nutrisi yang optimum dan baik. Dengan menggunakan minyak zaitun, maka kesihatan kulit anda akan selalu terjaga, dan masalah-masalah kulit pun boleh pergi dari tubuh Anda.
Selamat beramal👌😉

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kampung Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kampung Raja
22200