Masjid Iqra Kg Paya Rawa

Masjid Iqra Kg Paya Rawa

Share

20/03/2026

SAMBUT HARI RAYA DENGAN PENUH GEMBIRA

Sunnah ketika hari raya Aidilfitri adalah menzahirkan kegembiraan. Anas bin Malik RA pernah meriwayatkan:

قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا، فَقَالَ: مَا هَذَانِ الْيَوْمَانِ؟ قَالُوا: كُنَّا نَلْعَبُ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا: يَوْمَ الْأَضْحَى، وَيَوْمَ الْفِطْرِ

Rasulullah SAW datang ke Madinah dan Baginda melihat orang-orang Madinah menyambut dan bergembira pada dua hari.

Rasulullah bertanya: "Dua hari apakah ini?”

Mereka berkata: “Dahulu semasa zaman jahiliah, kami bergembira dan bermain pada dua hari ini.”

Lalu Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan dua hari yang kamu bergembira itu dengan dua hari yang lebih baik untuk kamu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.”

(Sunan Abi Dawud, no. 1134)

1) Hari raya merupakan antara syiar agama yang menjadi keistimewaan umat Islam. Sebagai anugerah daripada-Nya, Allah telah mengurniakan dua hari raya kepada umat Islam, Aidilfitri dan Aidiladha, sebagai pembeza daripada umat lain serta menggantikan perayaan-perayaan sebelumnya.

2) Hadis ini menunjukkan bahawa sejak saat itu, umat Islam hanya merayakan Aidilfitri dan Aidiladha, sementara perayaan jahiliah ditinggalkan. Ini sekaligus menjadi larangan meraikan perayaan-perayaan jahiliah serta peringatan agar umat Islam berpegang teguh kepada syiar agama yang benar.

3) Hari raya juga merupakan manifestasi kesyukuran atas nikmat menyempurnakan ibadah yang ditetapkan waktunya. Aidilfitri diraikan sebagai tanda kesyukuran setelah menyempurnakan ibadah puasa Ramadan.

Semoga Allah menerima amalan kita semua.

https://t.me/MyHadithTime

13/03/2026

Assalamualaikum.
*Kaunter Zakat dibuka*
Bertempat dimasjid Iqra kg Paya Rawa.

Waktu:
Selepas Zohor dan
Selepas Asar

Kadar Zakat
RM10 ~ RM20

11/03/2026

Mari Beramal..
Doa lepas bersahur

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kampung Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kampung Raja