Cikgu Zuri

Cikgu Zuri

Share

25/09/2022

Kerap kencing? Walaupun tak minum banyak air? Ini petua rahsia redakannya.
1. Blend delima jadi pes.
2. Campur 1 sudu dengan segelas air.
3. Amal 2 kali sehari selama 10 hari.
Boleh juga buat jus aloe vera.
1. Blend ekstrak aloe dengan jus buah sitrus ikut citarasa.
(Lemon, limau purut, limau kasturi, oren.)
2. Minum sekali dengan fiber.
Bantu kurangkan radang pada pundi. Sensasi terbakar dan tingkatkan fungsi buah pinggang.
Bolehlah cuba.

18/09/2022

Macam mana cara puji anak? Kalau anak datang dan tunjuk hasil kerja dia, apa kita nak sebut?
Jawapan yang anda bagi akan tentukan bentuk minda yang terbentuk. Nanti dewasa jadi orang macam mana.
Jawapan anda adalah acuan awal.
Jom kita semak sekejap dengan dua situasi ni:
Situasi 1
Anak anda siapkan kerja sekolah. Dia bawa dan tunjuk pada anda. Kerja kemas. Jawapan betul. Anda kata pada anak anda “bagus Along. Betul semua ni. Tahniah anak mama.’
Situasi 2
Anak anda siapkan kerja sekolah. Dia bawa dan tunjuk pada anda. Kerja kemas. Jawapan betul. Anda kata pada anak anda “tahniah along atas usaha along ni. Nampak sangat bila studi jawapan semua betul.
Sedar atau tidak ramai parents akan sebut seperti Situasi 1. Anak dapat no 1 terus sebut tahniah.
Apa berlaku kalau sebut tahniah terus ni? Kalau kita sebut tahniah terus anda asuh anak fokus pada hasil sahaja. Mesej subliminal atau tersirat yang disampai ialah ‘Hasil itu yang penting’
Anak membesar fokus pada hasil. Toleransi pada gagal akan menipis. Toleransi pada dapat markah rendah akan kurang. Yang tinggi ialah rasa kecewa.
Apa yang berlaku ialah kita membina cara fikir atau mindset yang dinama sebagai fixed mindset.
Yang bagus ialah cara Situasi 2. Cara ini fokusnya ialah pada proses. Tumpuan pada usaha bukan hasil. Kalau hasil sahaja, hasil boleh diperolehi dengan cara yang tidak betul.
Apabila usaha yang dipuji, si anak akan kaitkan hasil dengan usaha. Nak sesuatu kena usaha. Yang diaktifkan di otak ialah network kreatif. Anak ini akan membesar dengan Growth Mindset.
Anak begini lebih sihat. Social bonding lebih baik. S**a membantu dan tidak cari jalan pintas. Usaha selalu di depan. Hasil mengikut dari belakang.
Jadi kalau nak puji anak, sebut ”Tahniah Along atas usaha Along.” Fokus pada usaha.
Belajar sesuatu?

14/09/2022

KENAPA ANAK MALAS BELAJAR?

MALAS adalah sifat negatif yang dimiliki oleh semua insan.

Namun, yang membezakan kita dengan orang lain adalah cara kawal sifat malas.

Malas juga boleh dikatakan penyakit paling besar dalam diri manusia.

Sikap malas boleh menyebabkan seseorang gagal dalam kehidupannya.

Banyak kajian menunjukkan persekitaran yang tidak ceria membuat anak malas buka buku.

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Tanggungjawab mak ayah adalah gilap kelemahan dan baiki kelemahannya.

Cikgu nak SHARE TIPS untuk memupuk minat belajar ialah Ibu bapa seharusnya menemani anak-anak ketika sesi pembelajaran di Rumah.

Jangan salahkan anak kalau anak anda malas belajar, tetapi lihat pada cara didikan kita mendidik anak. Tepuk dada tanya hati

P/S: Belajar sesuatu? Jika belajar reply ❤️ pada Cikgu 🥰

04/09/2022

Anak ‘Lembab’ Belajar Mungkin Disleksia

“Dah nak masuk darjah 2 tapi membaca masih merangkak-rangkak. Risau juga bila cikgu kata Aiman ada ciri-ciri kanak-kanak disleksia. Bahayakah? Apa patut dibuat ya?”

Kanak-kanak umur 5 tahun ke atas yang masih tidak dapat mengeja dan menulis mungkin disebabkan oleh sejenis sindrom yg dipanggil disleksia.

Ia juga dipanggil sebagai sindrom ‘lambat membaca’ di kalangan kanak-kanak.

Sindrom ‘lambat membaca’ ini sebenarnya bukan satu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak ketinggalan dalam pembelajaran

Jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu bantu mereka. Jika terus dibiarkan, kemungkinan masa depan anak akan gelap.

Semoga Bermanfaat😄

28/08/2022

📚 KENALI PRODUK EXAMA 📚

📝Mengandungi 100% Bahan Mineral Semulajadi Tanpa perasa tambahan

📝 HALAL dan LULUS KKM (MAL20040941T)

📝 Boleh diamalkan dari usia 3 Tahun sehingga dewasa

Kelebihan Exama👇🏻

✅Bantu anak lebih mudah untuk belajar
✅Bantu anak mudah bangun pagi
✅Anak senang dengar cakap
✅Bantu Menguatkan ingatan anak

Nak anak mudah belajar dan Senang bangun pagi? Boleh tekan link website https://bijakpintar.com/ sekarang!!

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kampung Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kampung Limbongan
Kampung Raja
22000