Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Peringgit

Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Peringgit

Share

Photos from Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Peringgit's post 09/07/2026

πŸ… KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK MSSN MELAKA 2026 | HARI KETIGA

Alhamdulillah, tirai Kejohanan Gimnastik Artistik MSSN Melaka 2026 melabuhkan tirainya hari ini dengan penuh gemilang.

Sebagai sekolah pengelola, warga SK Peringgit merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kontinjen, pegawai, jurulatih, pengadil, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang kejohanan berlangsung.

Tahniah juga diucapkan kepada atlet-atlet SK Peringgit yang telah mempamerkan persembahan cemerlang pada hari terakhir kejohanan dengan pencapaian yang amat membanggakan.

🌟 Sorotan Kejayaan Hari Ketiga:

πŸ₯‡ Kategori Lelaki 12 Tahun
β€’ Palang Sejajar – Perak & Gangsa
β€’ Individu Keseluruhan – Emas & Tempat Ke-4

πŸ₯‡ Kategori Perempuan 12 Tahun
β€’ Individu Keseluruhan – Emas, Gangsa, Tempat Ke-4, Ke-5 & Ke-6

πŸ† Kumpulan Keseluruhan Lelaki 12 Tahun
πŸ₯‡ SK Peringgit A – Emas
πŸ₯ˆ SK Peringgit B – Perak

πŸ† Kumpulan Keseluruhan Perempuan 12 Tahun
πŸ₯‡ SK Peringgit A – Emas
πŸ₯ˆ SK Peringgit B – Perak

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para atlet, bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta sokongan padu daripada ibu bapa dan warga sekolah.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah kepada semua atlet, jurulatih serta warga SK Peringgit!

Photos from Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Peringgit's post 09/07/2026

πŸ“’ CERAMAH ANTI BULI SK PERINGGIT

πŸ›‘οΈ β€œBuli Bukan Jalan Penyelesaian!”

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Ceramah Anti Buli anjuran Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dan Unit Kaunseling SK Peringgit pada 9 Julai 2026 (Khamis).

Ceramah telah disampaikan oleh Sarjan Mejar Zainudin bin Mohamad daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid tentang bahaya buli, kepentingan saling menghormati, memupuk nilai empati serta membina persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada sebarang bentuk buli.

Semoga segala ilmu dan nasihat yang dikongsikan menjadi panduan kepada semua murid untuk sentiasa mengamalkan sikap hormat-menghormati, berani berkata TIDAK kepada buli serta menjadi rakan yang prihatin dan bertanggungjawab.

πŸ’™ Bersama Hentikan Buli, Cipta Sekolah Selamat!
🀝 Jom Jadi Kawan, Bukan Lawan!

Photos from Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Peringgit's post 02/07/2026

πŸŒ™ PROGRAM BUBUR ASYURA & CERAMAH MAAL HIJRAH 1448H/2026M πŸŒ™

πŸ“… Tarikh: Khamis, 2 Julai 2026
πŸ“ Tempat: SK Peringgit

Alhamdulillah, Program Bubur Asyura & Ceramah Maal Hijrah telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan kemeriahan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi menghayati semangat hijrah serta memupuk nilai perpaduan dan kerjasama dalam kalangan warga sekolah, antaranya:

🍲 Memasak Bubur Asyura
πŸ•Œ Ceramah Maal Hijrah
🎨 Pertandingan Mewarna
❓ Kuiz Maal Hijrah
πŸ“ Pertandingan Teka Silang Kata

Semoga program ini dapat menyemarakkan kecintaan terhadap sejarah Islam, menghayati erti hijrah dalam kehidupan seharian serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga SK Peringgit.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, AKP, PIBG, ibu bapa, murid serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga, masa dan kerjasama bagi menjayakan program ini.

β€œHijrah Membina Ummah, Madani Sejahtera.” πŸŒ™βœ¨

Photos from Page Rasmi Sekolah Kebangsaan Peringgit's post 26/06/2026

🏫 Hari Terbuka Sekolah (Temu Waris) 2026

Alhamdulillah, Hari Terbuka Sekolah (Temu Waris) 2026 telah berlangsung dengan lancar hasil kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa.

πŸ“… Tarikh: 26 Jun 2026 (Jumaat)
πŸ•™ Masa: 10.00 pagi
πŸ“ Tempat: Kelas masing-masing

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir bagi membincangkan perkembangan akademik, sahsiah, disiplin dan pencapaian anak-anak bersama guru kelas. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin terus memperkukuh kecemerlangan murid SK Peringgit.

🀝 Kerjasama Anda, Kejayaan Anak Kita.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kampong Peringgit?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


KM4 Jalan Pantai Peringgit
Kampong Peringgit
75400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00