2PoinTsix Crew

2PoinTsix Crew

Share

09/04/2025

Dilarang Memberi Makanan Kepada Burung Merpati.

❌ Memberi makanan kepada burung merpati di kawasan awam boleh menyebabkan pertambahan populasi secara mendadak.

❌ Najis dan bulu merpati membawa pelbagai masalah kesihatan kepada orang awam secara langsung dan tidak langsung.

❌ Najis burung adalah jenis kotoran berasid dan boleh menyebabkan kerosakan peralatan dan peningkatan kos penyelenggaraan.

❌ Makanan yang tercemar dengan najis burung merpati boleh mengakibatkan jangkitan Salmonella & E.coli.

❌ Kotoran najis burung di merata tempat boleh menyebabkan insiden kecederaan kepada manusia (jatuh/ tergelincir) apabila terpijak najis
burung merpati

Tindakan kompaun RM250 boleh dikenakan di bawah Seksyen 47(1)(g) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 terhadap kesalahan menyebabkan kekotoran daripada aktiviti tersebut bagi orang awam yang tidak mematuhi larangan ini.

Want your business to be the top-listed Autos & Automotive Service in Kampar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Bandar Baru
Kampar
31900