PASTI Al-Huffaz

PASTI Al-Huffaz

Share

06/11/2024

KAMI WARGA PASTI”PASTI BERSAMAMU AL AQSA”

06/11/2024

21/09/2024
Photos from PASTI Al-Huffaz's post 27/11/2023

Program Simulasi Haji Cilik Pasti Al-Huffaz 2023

👦 : Cikgu, bila kita nak pergi haji?
🧒 : Cikgu, betul ke nak pergi haji tu kita naik kapal terbang?

Teruja semua anak-anak menghitung hari menunggu saat untuk ke program haji.

Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba juga. Hari ini tanggal 19.11.2023. Seawal 7.45 pagi jemaah haji cilik sudah berkumpul di Pasti Al-Huffaz.

Program dimulakan dengan bacaan surah al fatihah daripada jemaah haji cilik dipimpin Pengurus Pasti Al Huffaz Muhammad Fuad Ismail .Seterusnya perkongsian sejarah haji dalam rukun Islam yang ke 5.

Doa dibaca oleh Pengurus Pasti Al-Huffaz sebelum jemaah haji cilik berangkat menaiki bas.

Anak-anak bertalbiah sepanjang perjalanan ke destinasi. Sejurus tiba pelajar pun meneruskan simulasi haji cilik di bawah bimbingan mutawwif.

Mereka merasai pengalaman tawaf, saie, ,bergunting, wukuf dan melontar.

Pelbagai gaya dan ragam dapat dirakam ☺.
Alhamdulillah program ini mendapat sokongan daripada ibubapa.

Moga dengan usaha perkongsian ilmu dan simulasi daripada pasti ini akan memberi semangat kepada anak-anak untuk terus menyimpan hasrat agar mereka berusaha menjejak kaki di bumi Mekah dan Madinah.

Pasti membentuk generasi rabbani
😍😍😍😍

Want your school to be the top-listed School/college in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Pasti Al Huffaz (Surau Taman Ramal) Lot 17839, Jalan Ramal 5, Taman Ramal Indah, Sg Ramal Luar Kajang
Kajang
43000