Nota Visual
25/10/2024
08/08/2024
Kita ini ada banyak idea. Idea baik, idea tidak baik.
Idea yang baik hanya tinggal idea jika tiada tindakan susulan.
Ada idea? Bertindaklah.
30/07/2024
Berlatih dulu.
Walaupun esok mahu ajar anak-anak usia 7 ke 8 tahun; tetap kena bersedia. Lebih-lebih lagi ia melibatkan medium mewarna yang tidaklah saya gemar sangat - oil pastel.
Aaauuuummmmm!
09/07/2024
Melakar sesuatu di atas papan putih adalah perkara yang lazim seseorang pelatih itu lakukan. Selain menggunakan power point maka papan putih atau kertas mahjong digunakan untuk sekiranya perlu untuk memberi penjelasan yang lanjut.
Pemerhatian saya ketika saya hadir latihan secara bersemuka atau dalam talian adakalanya saya dapati ada kecanggungan di situ.
Tujuan pelatih itu melakar dan kesan lakarannya itu.
Ada pelatih, saya dapati lebih kepada untuk memberikan tanggapan hebat kepada pesertanya. Namun lakarannya tidak membantu pun. Tidak boleh difahami. Ia berakhir menjadi contengan.
Ada pelatih ingin membantu peserta memahami subjek yang disampaikan itu namun lakarannya juga tidak membantu. Lazimnya ia hanya boleh difahami dengan penerangan. Selepas itu, melihat semula lakaran itu peserta terus keliru kerana hanya pelatih sahaja faham lakaran tersebut.
Sepatutnya lakaran dapat digunakan untuk membantu peserta mendapat kefahaman yang lebih baik. Ujian kertas litmusnya? Tinggalkan sebentar lakaran tersebut dan lihat semula beberapa ketika selepasnya. Jika peserta boleh ingat dan faham maka lakaran itu memberi makna.
Akhir sekali adalah lakaran tersebut dapat digunakan untuk mencetuskan idea kepada peserta untuk menyelesaikan isu di tempat kerjanya. Inilah yang terbaik.
Lakaran sebegini hanya dapat dihasilkan sekiranya kita memahami beberapa prinsip untuk melakar. Kemahiran melakar perlu ada di dalam diri setiap pelatih. Ia perlu diasah setiap masa dan beruntungnya ia boleh dilakukan ketika sedang menjalankan latihan.
Maka para pelatih sekalian (juga para pensyarah dan guru), belajarlah melakar untuk kebaikan audiens kita semua.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kajang
43000