Manaseek Travel
Catatan Qurban Kemboja: Apa Yang Kami Saksikanโฆ
Ramai fikir qurban hanya tentang sembelih dan agih.
Hakikatnyaโฆ
apa yang berlaku di Kemboja jauh lebih menyentuh daripada itu.
Ikuti perjalanan FBI bersama team Manaseek melihat sendiri bagaimana satu ibadah kecil bagi kitaโฆ
boleh jadi sesuatu yang sangat besar buat mereka di sana.
Ini bukan sekadar video.
Ini adalah realiti........................................................................................
Alhamdulilah syukur kepada Allah swt kerana Misi Qurban Kemboja 1447H telah selesia dengan jayanya.
Manaseek mengucapkan terima kasih kepada para peserta qurban tahun ini yang mempercayai kami bagi melaksanakan ibadah dan menyampaikan amanah kepada saudara seagama di Tbung Khmum, Kemboja.
Jutaan terima kasih juga kepada Us Hj Rafath, Pengasas Madrasah Tahfizul Quran Annur, Tbung Khmum kerana buat ke sekian kali sudi membantu urusan perjalanan dan pelaksanaan ketika team Manaseek di sana. Tak lupa juga anak-anak tahfiz dan para ustaz yang turut membantu bagi memastikan agihan daging dan sumbangan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Jumpa lagi untuk Misi Qurban Kemboja1448H!
Terima Kasih Us Hj Rafath
Alhamdulillah selesai sudah perjalanan 3 hari kami di Kemboja menjalankan ibadah dan menyampaikan amanah para peserta Qurban. Terima kasih kepada anda yang sokong dan mendoakan perjuangan kami buat saudara segama di sini. Tak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada Us Hj Rafath yang melengkapkan misi tahun ini dengan jayanya.
"Di sini lebih cekap & lebih laju proses qurban berbanding kebiasaan di Malaysia"
Jom kita dengarkan satu-satunya peserta yang sertai Misi Qurban Kemboja tahun ini merangkap penyembelih bagi penama-penama qurban bersama Manaseek. Subhanallah, Tn Hj Hamdi sendiri yang selesaikan 40 ekor lembu dengan kemahiran dan pengealaman beliau yang sebelum ini mengendalikan sembelihan di tanah air.
"Satu pengalaman yang cukup bernilai & cukup berharga"
Jom kita dengarkan pengalaman FBI sepanjang berada di bumi Kemboja untuk melaksanakan ibadah qurban bersama penduduk Tbung Khmum & para pelajar madrasah tahfiz.
Hari 2 - Misi Qurban Kemboja 1447H
Jom jalan-jalan sambil tengok agihan daging & beras di sekitar madrasah. Sumbangan ini dah termasuk dalam pembayaran setiap bahagian qurban yang dibuat oleh peserta qurban tahun ini. Subhanallah
Semoga Allah redha dan terima amal soleh yang kita laksanakan.
27/05/2026
Hari 2 - Misi Qurban Kemboja 1447H
Selesai lagi satu amanah untuk warga setempat iaitu agihan daging & beras di sekitar madrasah. Sumbangan ini dah termasuk dalam pembayaran setiap bahagian qurban yang dibuat oleh peserta qurban tahun ini.
Semoga Allah redha dan terima amal soleh yang kita laksanakan.
Hari 2 - Misi Qurban Kemboja 1447H
Alhamdulilah selesai 55 ekor lembu disembelih. Terima kasih kepada tuan/puan yang melaksanakan qurban bersama Manaseek tahun ini.
Jom kita sambung perjalanan untuk agihan daging dan beras kepada penduduk kampung setempat
Tadabbur Surah al-Hajj : TAQWA DI SEBALIK HAJI & QURBAN
"...Kadang kita nampak ibadah haji & qorban hanya pada perjalanan, pakaian ihram & darah sembelihan semata-mata..
Sedangkan Allah swt menyebut:
โBukan daging dan darah itu yang sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah taqwa daripada kamu.โ
Surah Al-Hajj: 37): "Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan daripada kamu.
27/05/2026
Hari 2 - Misi Qurban Kemboja 1447H
Pelaksanaan dah bermula, 55 ekor lembu & nama peserta Qurban dibaca oleh FBI
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
1-3 Jalan Seri Putra 1/2, Bandar Seri Putra
Kajang
43000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |