MEW Wear
10/03/2026
Kekal sopan di bulan yg mulia ini... Ramadhan Kareem 🩷
Songket Bunga Tanjung - Rich Brown Dapatkan di MEW skrg!
30/01/2026
Kebaya songket tenun kaktus ini milik Puan Presiden sebuah NGO. Daripada pemilihan songket ini sahaja, kita sedikit sebanyak boleh membaca karakter beliau.
Beliau bukan berdiri di hadapan masyarakat untuk dipuja tetapi untuk memikul amanah.
Tenunan kaktus ini p**a bukan dipilih secara kebetulan.
Kaktus hidup di persekitaran yang keras namun tetap teguh dan indah.
Seperti wanita yang memimpin. Lembut pada budi tetapi tegas dan tidak goyah pada prinsip.
Warna kebiruan lembut dengan sentuhan ungu pastel memberi rasa tenang, matang dan penuh kebijaksanaan.
Ia bukan warna yang dahagakan perhatian. Ia warna yang membuat orang rasa yakin dan selesa berada di sekelilingnya.
Potongan kebaya yang kemas dan sopan p**a mencerminkan kepimpinan yang beradab.
Tak perlu riuh, tak perlu berlebihan kerana hormat itu boleh hadir dengan sendirinya.
Dan apabila digayakan di majlis rasmi, ia menjadi bahasa tanpa suara bahawa wanita Malaysia mampu berdiri setaraf di pentas dunia tanpa perlu menanggalkan identiti bangsa.
Songket ini bukan sekadar busana. Ia adalah jati diri yang dipakai dengan penuh sedar.
22/01/2026
Di Davos, Switzerland tempat pemimpin dunia, inovator global dan tokoh besar berkumpul. Kebanyakannya tampil dengan suit gelap, kemas dan seragam.
Namun CEO INSKEN, Puan Viviantie ini membuat pendekatan berbeza.
Beliau dinobatkan sebagai penerima Public Social Innovator of the Year 2026 oleh The Schwab Foundation. Satu anugerah berprestij dunia.
Beliau boleh saja pilih jalan selamat iaitu memakai sut.
Namun beliau memilih songket.
Kebaya songket. Warisan tradisi wanita Malaysia.
Ini kerana beliau tahu siapa diri beliau dan apa yang mahu dibawa ke mata dunia.
Katanya, momen paling membekas adalah bila beliau berdiri di pentas antarabangsa itu sebagai wanita Malaysia dengan busana warisan tanahair tercinta. Bangga dan teruja penuh makna.
Kebaya songket yang beliau sarungkan itu bukan sekadar busana, ia adalah cerita.
Cerita tentang asal-usul, nilai dan tradisi.
Tahniah Puan Viviantie atas penganugerahan penuh berprestij ini. Malaysia bangga!
Jom biasakan pakaian yang sopan & selesa!
Follow kita untuk tips imej ya! Lagi2 sebelum beli baju raya ni! Hiks
17/01/2026
Our Timeless Piece ✨
MEW Baseerah Pantsuit
Sangat sesuai untuk acara formal mahupun kasual, untuk dibawa ke tempat kerja juga ke acara santai dengan kawan-kawan. Ada 13 pilihan warna.
boleh beli di website kami ya 👌🏻
www.letsbemew.com
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
2A, Jalan Pinggiran Putra 4A/1, Desa Pinggiran Putra
Kajang
43800
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:30 |
| Tuesday | 09:00 - 18:30 |
| Wednesday | 09:00 - 18:30 |
| Thursday | 09:00 - 18:30 |
| Friday | 09:00 - 18:30 |
| Saturday | 10:00 - 18:00 |
| Sunday | 10:00 - 18:00 |