Ashraf Muslim

Ashraf Muslim

Share

22/12/2025

Assalamualaikum guys!!

Nak beli rumah pertama? Dah tak perlu termenung lama-lama lagi.

Dengan Skip Jaminan Kredit Perumahan, jaminan pembiayaan melebihi 100% yang diluluskan oleh pihak Bank.

Tunggu apa lagi jom apply SJKP dengan institusi kewangan yang terlibat sekarang!

Layari www.sjkp.com.my untuk maklumat lanjut.

TiadaSlipGaji PekerjaGig Freelancer

20/12/2025

Masih belum terlambat lagi untuk kita membuat perubahan dalam diri kita untuk menjadi lebih baik.

Askar Wataniah memberi peluang kepada rakyat biasa , tak kisahlah berlatar belakang kan apa cth artis, pelajar, usahawan, pendidik , petani, kontraktor, nelayan, chef, kerani, designer, sekuriti, kerja kilang, tokey kedai dan lain lain yang penting dapat menyumbang mengikut kemampuan masing-masing. Ia mengajar kita bahawa cinta kepada negara bukan slogan, tetapi komitmen.

Bagi saya, AW juga menyatukan agama dan patriotisme. Kita belajar bahawa mempertahankan negara adalah sebahagian daripada amanah. Islam mengajar kita menjaga nyawa, maruah dan keamanan. AW menyediakan struktur untuk melaksanakan tanggungjawab itu secara teratur dan sah.

Sebab itu saya terus mempromosikan AW. Bukan kerana pangkat, bukan kerana imej, tetapi kerana saya yakin jika lebih ramai rakyat menyertai AW, negara ini akan lebih stabil, lebih bersatu dan lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan.

AW bukan tentang mencari peperangan.
AW adalah tentang bersedia sebelum diuji.

Kita tidak berdoa untuk perang,
tetapi kita wajib bersedia jika keamanan diuji.
Askar Wataniah adalah bukti bahawa mempertahankan negara
bukan tugas segelintir, tetapi amanah bersama.

Jom bersama-sama saya, menjadikan Askar Wataniah adalah sebahagian hidup kita. Berminat? Boleh tekan link di bio saya.

21/11/2025

Aku sebenarnya tak plan nak jumpa sapa2 malam tadi Yerlah penat drive ke Penang dengan jam nya. Boleh plak terdetik nak call sahabat lama aku ni . Aku try lah text dia, ni pakai lagi tak nombor ni, tgk2 dia balas tpi cara balas tu dia ingat aku ni scammer ke apa haa. Tapi akhirnya dia call jgnlah bile dia baru perasan aku.. apa lagi kiterg lepak kat kedai .png . Tapi nak jadi kan cerita 12 tahun baru jumpa balik.. Dia masih org yang sama sangat berjiwa besar. Aku ingat lagi berlakon ngn dia cerita Polis Gerakan Marin, masa tu partner dia arwah Tokmoh ada lagi. Dierg mmg best. Itu cerita semalam. Gembira tgk kawan2 berjaya dalam kehidupan masing2. Semoga Allah berikan kerahmatan kepada sahabat2 kita semua. Amin.

10/11/2025

Anak muda, kalau benar cintakan negara, bangkit dan tunjukkan!
Sertai barisan yang berjuang bukan kerana nama, tapi kerana jiwa.

Inilah masanya untuk kita bersama-sama Askar Wataniah.

08/11/2025

“Cerita Saya“

Ramai yang tertanya-tanya kenapa saya selalu beruniform. Saya bukan sekadar pelakon. Saya juga seorang pegawai Askar Wataniah, kerana saya percaya cinta pada negara mesti dibuktikan dengan tindakan.

Bila kita melangkah dengan uniform ini, bukan sekadar latihan yang kita bawa… tapi semangat, disiplin, dan cintakan tanah air.

Kepada anak muda di luar sana.
Jangan tunggu. Masanya sekarang.
Buktikan kecintaanmu pada negara. Sertailah Askar Wataniah.

Photos from Ashraf Muslim's post 03/08/2025

Iam back! Now dgn team ATM! Good game guys! Next team mana plak?

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Bandar Seri Putra
Kajang
43000