HSG Property

HSG Property

Share

11/02/2020

"Apa tu Subsale Tuan?" antara soalan yang biasa ditanyakan kepada saya terutama sekali dari mereka yang belum pernah beli rumah. Memang selalunya blur tentang semua term yang ada. Ini juga berlaku kepada saya satu ketika dulu.
Jadi hari ni gais, saya nak perjelaskan jenis penjualan perumahan yang ada di Malayasia untuk kita ya! Secara mudahnya ianya terbahagi kepada 3 kategori

1. Subsale

Rumah ini kita beli dari owner samada melalui ejen hartanah atau direct owner. Kebanyakan rumah subsale sudah pun berpenghuni samada oleh owner atau disewakan kepada penyewa. Ada juga rumah yang masih baru dan belum pernah diduduki.
Antara kelebihan beli rumah subsale ini ialah kita beli apa yang kita lihat. Lokasi, view, keadaan rumah, keluasan, penduduk sekeliling dan semualah yang berkaitan dengan rumah tu.
Kebetulan sekarang ni trend market agak menurun, jadi kebanyakan subsale dijual lebih rendah dari market value! Kiranya masa terbaik nak beli lah kawan-kawan.
Oh ya, tapi dalam membeli rumah begini, selalunya wang tunai diperlukan agak tinggi. 10% deposit dari harga rumah dan 3%-5% untuk yuran guaman SPA dan pinjaman. Contoh jika rumah RM550,000, anggaran minama wang tunai perlu sedia ialah RM71,500.

2. Underconstruction

Lebih dikenali dengan nama “Undercon”. Ianya adalah projek rumah baru, samada baru nak dibina atau sedang dibina. Adakala belum launch pun, dah mula dijual.
Untuk rumah sebegini, selalunya ada rumah contoh, pelan, layout serta lokasi tapak sahaja untuk gambaran pembeli. Jadinya pembeli tidak dapat melihat. 'actual unit' yang dibeli sehinggalah ianya siap terbina yang mengambil masa kebiasaanya 36 bulan dari tarikh menandatangani SPA.
Dari segi penyediaan wang deposit p**a, selalunya lebih rendah dari rumah Subsale. Ini kerana banyak pemaju dah buat tawaran samada booking serendah RM1, 000 ke RM10,000 serta 0% downpayment. Ada juga yang menawarkan 0% booking. Untuk yuran guaman SPA dan pinjaman p**a, kebanyakan pemaju juga sudah serap.
Yang lebih menarik lagi, mereka sediakan combo hebat seperti perabot percuma dan sebagainya. Hehe tapi mana ada benda percuma di duniakan? Mestilah harganya sudah dikira sekali dalam harga jualan mereka nanti. Mana ada orang nak rugi beb! Tapi apa yang lebih penting kepada pembeli, jangan langgar harga 'median' kawasan yang nak dibeli, kalau tidak merana 30 tahun gais bayar rumah!
Risiko pembelian rumah ini adalah kebarangkalian lambat siap dan terbengkalai. Sebaiknya, pastikan ambil tahu siapa pemaju dan kaji track record mereka sebelum ini. Luangkan sedikit masa sebelum beli, pergi ke tapak projek, lihat rumah contoh dan buat site visit ke ofis pemaju. Apa salahnya kan?

3. Lelong

Rumah yang owner tidak lagi mampu bayar hutang bank dan bayarannya sudah tertunggak. Selalunya harga rumah lelong sangat murah berbanding unit subsale dikawasan sama.
Rumah lelong ini kebiasannya hanya boleh dilihat dari luar sahaja dan tidak boleh tinjau kedalam seperti rumah subsale yang lain.
Ia menjadikan pembelian rumah lelong tidak semudah rumah undercon dan subsale. Namun, bagi mereka yang berilmu tentang ini ia bukan satu perkara mustahil, malah boleh jadi satu pelaburan yang sangatlah menguntungkan berbanding yang lain.
Kalau nak main rumah lelong, belajar dari mereka yang arif ya. Siapa tahu, ia jadi satu cabang kalian untuk jadi jutawan hartanah.
Kawan-kawan. Sungguh membeli rumah bukan hanya semata-mata ikut kemampuan gaji sahaja, tapi pelbagai aspek perlu diambil kira. Galilah sebanyak ilmu hartanah dan kemudian belilah rumah sebaiknya mengikut kemampuan kewangan yang ada. Ikut poket anda sendiri, bukan poket kawan mahupun ejen.
Dengan ilmu, Insya-Allah kalian juga mampu menjadi salah seorang jutawan hartanah dan ia pastilah satu perkara yang sangat membanggakan. Namun jika tersilap percaturan, ia bukan sahaja boleh jadi satu pelaburan yang merugikan tapi menjerat kewangan kita bertahun lamanya!
"Jangan salahkan orang bila kita salah beli rumah. Tapi salahkan diri kita sebab malas nak belajar"
Sharekan post ini jika bermanfaat ya.


Ejen hartanah yang s**a kongsi pendapat dengan client

10/10/2019

TIPS HARTANAH #25
90% jutawan dalam dunia melabur dalam hartanah? FAKTA ke AUTA?

07/10/2019

TIPS HARTANAH #23
Elakkan membeli unit tinggi bagi rumah bertingkat, orang Malaysia ramai gayat

14/05/2019

TIPS HARTANAH #20
Perhatian kepada pembeli rumah pertama, elakkan guna kelayakan maksimum

Want your business to be the top-listed Finance Company in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Kajang
43000