TNB Integrated Learning Solution - ILSAS
03/07/2026
BAKAT MADANI: MEMPERKASA BAKAT, MEMBINA MASA DEPAN NEGARA
Seremban, 29 Jun 2026 | Inisiatif Bakat Madani telah dilancarkan oleh Anwar Ibrahim sebagai usaha strategik negara yang menghimpunkan PETRONAS, GLIC dan GLC bagi memperkasa pembangunan bakat serta memperluas peluang kerjaya rakyat Malaysia.
Inisiatif ini menyasarkan seramai 25,000 penerima manfaat menjelang 2027 melalui peluang latihan, peningkatan kemahiran, pensijilan profesional dan penempatan pekerjaan dalam sektor strategik negara.
Sebagai institusi latihan teknikal dan profesional di bawah Tenaga Nasional Berhad (TNB), ILSAS menyokong aspirasi ini menerusi tiga inisiatif utama iaitu TVET Learn and Work (LTW), Program PROTÉGÉ Ready to Work (RTW) dan Energy Transition & Sustainability Academy (ETSA). TVET LTW menggabungkan 20% teori dan 80% latihan praktikal, manakala Program PROTÉGÉ RTW telah melatih 7,216 graduan dengan kadar kebolehpasaran 72% serta menyerap 559 peserta ke dalam Kumpulan TNB.
Melengkapkan ekosistem pembangunan bakat, ETSA memberi tumpuan kepada pembangunan kompetensi dalam teknologi tenaga masa hadapan seperti solar fotovolta (PV), Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS), hidrogen, kenderaan elektrik (EV), Carbon Capture, Utilisation and Storage (CCUS) serta amalan ESG.
Melalui kerjasama kerajaan, GLIC, GLC dan institusi latihan seperti TNB ILSAS, Bakat Madani diyakini mampu melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia menerajui masa depan negara, di samping membuka lebih banyak peluang kepada golongan B40, asnaf dan individu yang memerlukan peluang kedua.
01/07/2026
Sekalung Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Ir. Mohd Riza Zalmee bin Mohd Ghazali atas pelantikan sebagai Chief Operating Officer, Sabah Electricity Sdn. Bhd. berkuat kuasa 1 Julai 2026.
Warga kerja TNB ILSAS mendoakan kejayaan dan kecemerlangan berterusan.
30/06/2026
Sekalung Tahniah
Tahniah diucapkan kepada Ir. Ts. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof atas pelantikan sebagai Head (Operations), Distribution Network, Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkuat kuasa 1 Julai 2026.
Warga kerja TNB ILSAS mendoakan kejayaan dan kecemerlangan berterusan.
29/06/2026
🌱 Tingkatkan Kemahiran Demi Masa Depan Lestari!
Menuju ke arah ET, industri tenaga kini menuntut pemikiran kritikal, kepimpinan, dan penyelesaian masalah yang lebih mantap berbanding sebelum ini.
💡 AI Role Play di LinkedIn Learning membolehkan anda berlatih perbualan dunia sebenar berkaitan kelestarian dan peralihan tenaga — supaya anda boleh memimpin dengan yakin!
🚀 Bersedia untuk memimpin masa depan? Mulakan pembelajaran anda hari ini!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
ILSAS, University Tenaga Nasional, Jalan Ikram/UNITEN, Km 7, Bandar Baru Bangi
Kajang
43000
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:00 |
| Tuesday | 08:30 - 17:00 |
| Wednesday | 08:30 - 17:00 |
| Thursday | 08:30 - 17:00 |
| Friday | 08:30 - 17:00 |