USRAH
08/11/2021
💝 PRE ORDER ETA JAN/FEB 2022 💝
Made in England Includes:
💝 10" Plate x6 - Makan nasi special raya
💝 8" Plate x6 - Makan lemang/ketupat dan rendang. Boleh guna untuk hidang lauk bila makan nasi
💝 8" Pasta Bowl x6 - Makan ketupat nasi dan kuah kacang/lontong/lodeh etc. Boleh guna untuk hidang lauk berkuah bila makan nasi
💝 15cm Bread Plate x6 - Makan kuih raya
💝 2pt Teapot x1 - 1st quality, motif as shown
💝 Tea Cup x6 and Saucer x6 - 1st quality, motif as shown
💝🌹 RM2076/Set 🌹💝
Random motifs, can request if available
Depo: RM519
2nd: RM519
3rd: RM519
Upon Receival: RM519
Whatsapp for order - https://wa.me/60193648685
13/07/2020
Ted Baker London
RM 167
ETA September
*Tazkirah Hari Ini (23.10.2016)*
Ketahuilah bahawa seberat-berat musuh yang harus engkau hadapi ialah jiwamu yang ada di antara kedua rusuk kamu. Jiwa memang sesuai dengan watak dan tabiatnya yang sangat s**a mengarah kepada perbuatan yang salah dan buruk, cenderung kepada kejahatan, lari dari kebaikan dan enggan menerima petunjuk.
Kemudian datanglah perintah agama agar jiwa itu disucikan, diluruskan dan diikat dengan rantai yang merupakan suatu larangan, agar mahu menyembah Allah. Selain itu dilarang p**a mengikut keinginan syahwat dan dicegah sekeras-kerasnya dari keseronokan yang tidak sepatutnya.
Oleh kerana itu, jikalau jiwa dibiarkan tidak terurus sebagaimana mestinya, maka ia akan lari semahunya tanpa pengendalian, ia akan bersikap sebagai _kuda jalang_ yang tidak dapat diarahkan lagi ke jalan yang benar dan bahagia.
Maka dari itu, janganlah engkau lalai sesaat pun untuk mengingatkan jiwamu sendiri. Ingatlah selalu firman Allah SWT ini:
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
_Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. (Surah Adh-Dhariyat:55)_
(Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi - Mauizatul Mukminin)
Tazkirah Malam
Setiap usaha yang ditujukan untuk memberi perkhidmatan atau bantuan kepada para taghut dan penguasa yang zalim dianggap sebagai satu jenayah yang diharamkan oleh syariah. Sebab syariah menyuruh kita untuk saling bantu membantu dalam kebajikan dan ketakwaan dan melarang kita untuk bantu membantu dalam dosa dan pemusuhan. Firman Allah:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
_Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.(Surah Al-Maeda:2)_
Tolong menolong dalam mengerjakan kebajikan dan ketakwaan memiliki peringkat-peringkat yang tidak serupa antara satu dengan yang lain, sebagaimana tolong menolong dalam melakukan dosa dan pemusuhan pun juga memiliki peringkat-peringkat yang berbeza-beza p**a. Allah SWT berfirman:
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ
_Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.(Surah Hud:113)_
Agar tidak disentuh api neraka dan tidak dijauhkan daripada perlindungan Allah, seorang muslim mesti menjaga hatinya supaya tidak menuruti kecenderungan hawa nafsu orang-orang yang zalim. Jika ayat ini melarang hati kita untuk tidak cenderung kepada perilaku orang-orang yang zalim, bagaimana p**a dengan memberi mereka bantuan yang bersifat material?
(Dr. Yusuf Al-Qaradhawi - Fiqh Kenegaraan)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kajang