Sifoopropertydotcom
19/02/2023
πPELUANG MEMILIKI HARTANAH UNTUK KEDIAMAN / PELABURAN @ BANGI AVENUE π
πNear Bangi Wonderland π
π Freehold π
π₯Percuma 80% furnitureπ₯
π Peti Sejuk
π Kitchen Cabinet
π 3 Wardrobe
π 3 Aircond
π 3 Water Heater
π 32" TV
π TV CabineT
πKitchen Cabinet( Up&Down )
π Free 2 Parking Lot π
π₯5 minit ke Ktm Bangi
π₯5 minit ke Bangi Water Theme park
π₯10 minit ke UKM, Jalan Reko
UNIT SIZE : 1045sf ( π 3room3bath π )
PRIZE : RM 307k π±
BOOKING : RM1,000
Kalau berminat untuk view rumah contoh
Sila reply YA or Clicks Link
https://wa.link/j08l1j
https://wa.link/j08l1j
https://wa.link/j08l1j
10/11/2022
7 Tips Beli Rumah Pertama di Malaysia yang Anda Perlu Tahu
Proses beli rumah tidaklah terlalu rumit jika dilakukan dengan cara yang betul. Sekiranya anda dalam perancangan membeli rumah pertama, berikut tujuh cara beli rumah pertama yang anda perlu ambil kira sebelum membeli rumah baru untuk rujukan dan panduan anda.
1. Kemampuan Kewangan
Mungkin ramai dalam kalangan anda yang ingin beli rumah pertama tertanya-tanya berapakah gaji yang perlu untuk beli rumah atau adakah gaji RM1,500 boleh beli rumah? Secara amnya, anda boleh gunakan kalkulator di internet untuk menjawab soalan ini. Anda hanya perlu masukkan gaji serta komitmen bulanan dan tempoh pinjaman untuk mengetahui jumlah pinjaman yang sesuai dengan kemampuan anda.
Untuk membeli rumah, pakar kewangan berpendapat pinjaman perumahan atau ansuran bulanan anda tidak boleh melebihi satu pertiga (β
) daripada gaji kasar. Jika gaji anda ialah RM3,000 sebulan, anda tidak sepatutnya membayar lebih daripada RM900 untuk pinjaman rumah pertama.
2. Beli Rumah Pertama yang Sesuai
Setelah mengetahui jumlah pinjaman yang layak, anda boleh melakukan tinjauan dan mencari rumah yang sesuai dengan bajet anda. Anda boleh pilih jenis rumah yang sesuai dengan keperluan dan citarasa anda seperti kondominium, apartmen, rumah teres, semi-D, banglo dan sebagainya. Secara amnya, banyak perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih atau beli rumah pertama, antaranya:
Lokasi rumah;
Jumlah kaki persegi (kps);
Kemudahan lain yang ada seperti sekolah, pasaraya, masjid dan sebagainya.
Sekiranya anda sudah mengetahui jenis rumah yang anda mahukan, anda boleh minta bantuan ejen hartanah untuk membantu anda. Biasanya, ejen hartanah akan menasihati anda tentang perkara berkaitan pembelian rumah seperti nilai pasaran semasa, latar belakang dan rekod pemaju.
3. Peguam Hartanah
Melantik peguam yang sesuai sangat membantu terutamanya melibatkan proses pembelian rumah. Peguam hartanah boleh membantu anda memahami proses dan dokumen terlibat (termasuk istilah asing dalam perjanjian) dengan lebih baik dan memastikan anda tidak terlepas pandang perkara-perkara penting dalam perjanjian.
4. Dokumen Jual Beli
Selain itu, anda juga perlu memahami dokumen-dokumen berkaitan pembelian rumah antaranya Letter of Offer to Purchase (Surat Tawaran Pembelian). Apa itu Letter of Offer to Purchase? Ia merupakan dokumen rasmi yang menyatakan hasrat anda untuk membeli rumah tersebut. Biasanya, dokumen ini mengandungi maklumat-maklumat seperti:
Maklumat pembeli dan penjual;
Jumlah yuran tempahan dan baki bayaran pendahuluan yang perlu dijelaskan termasuk tempoh penjelasan bayaran;
Tempoh untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli atau Sales and Purchase Agreement (SPA);
Tempoh bayaran balik pinjaman.
Selain Letter of Offer to Purchase, kontrak Perjanjian Jual Beli (SPA) merupakan antara dokumen jual beli yang perlu diberi perhatian yang menyatakan terma dan syarat pembelian anda. Berikut merupakan maklumat yang biasa dinyatakan dalam SPA:
Maklumat berkaitan rumah yang dibeli termasuk alamat, keluasan tanah atau unit dan sebagainya;
Jenis hak milik sama ada pegangan bebas (freehold) atau pajakan (leasehold);
Maklumat terperinci mengenai binaan rumah (bahan yang digunakan untuk pintu, tingkap, dinding atau lantai);
Jangkaan tarikh rumah dijangka siap.
5. Pinjaman Perumahan atau Loan Rumah
Secara amnya, pinjaman perumahan (pembiayaan perumahan) atau loan rumah merupakan perjanjian persetujuan antara anda dan pihak bank. Pembiayaan perumahan terbahagi kepada beberapa kategori, antaranya:
Pinjaman perumahan konvensional;
Pinjaman perumahan fleksi;
Pembiayaan perumahan Islamik.
Jumlah pinjaman, kadar faedah pinjaman perumahan dan tempoh pinjaman merupakan antara perkara penting yang perlu diberi perhatian. Selain itu, terma dan syarat setiap pakej pinjaman yang ditawarkan adalah berbeza bergantung pada bank β buat perbandingan sebelum memilih pinjaman yang sesuai untuk anda.
6. Pindah Milik Rumah
Proses pindah milik rumah merupakan proses pertukaran milikan daripada penjual kepada pembeli. Ia sekali gus menandakan anda sebagai pemilik rumah yang sah. Berikut dokumen-dokumen berkaitan pindah milik rumah yang perlu anda tahu:
Notis Pemilikan Kosong (Vacant Possession) yang merujuk proses serahan rumah kosong dan apa-apa kelengkapan dan perabot lain yang disenaraikan dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) kepada pembeli rumah selepas transaksi pembelian rumah tersebut selesai;
Perakuan Siap dan Pematuhan atau Certificate of Completion and Compliance (CCC) yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan menyatakan hartanah terbabit telah siap dan selamat untuk diduduki;
Memorandum Permindahan atau Memorandum of Transfer (MOT) yang merujuk pada dokumen yang ditandatangani oleh pembeli untuk pindah hak milik daripada penjual.
7. Tempoh Tanggungan Kecacatan, Tuntutan Ganti Rugi
Tempoh Tanggungan Kecacatan atau Defects Liability Period (DLP) merujuk pada tempoh jaminan daripada pemaju untuk membaiki sebarang kecacatan yang dikenal pasti selepas sesuatu kerja diperakukan siap.
Semua perbelanjaan untuk membaik pulih kecacatan ini hendaklah ditanggung oleh pemaju dan tiada sebarang kos tambahan dikenakan. Biasanya, tempoh tanggungan kecacatan bermula daripada tarikh serahan milikan kosong atau tarikh anda menerima kunci sehingga 24 bulan daripada tarikh tersebut.
Selain DLP, turut terdapat Tuntutan Ganti Rugi (LAD) sekiranya pemaju lewat menyerahkan milikan kosong hartanah. Secara asasnya, tuntutan LAD boleh dibuat jika pemaju lambat menyiapkan pembinaan seperti yang dipersetujui berdasarkan klausa dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) anda.
04/11/2020
Semalam saya dan beberapa kenalan baru (Agen Hartanah) duduk di kedai mamak..
Saya beri idea tentang content marketing untuk Agen Hartanah..
Salah seorang rakan order mee goreng mamak : "Boss, mee goreng satu"
Mamak tadi terus tanya : "Mau telur mata atau telur dadar?"
"Telur mata" jawab rakan saya tu.
Bila perhatikan kembali perbualan tadi, kawan saya senang-senang kena Upsell dengan mamak..
Kita pun selalu kena kan? π
Mamak tadi tak beri pilihan untuk rakan saya kata tidak.
Hanya dua pilihan, telur mata atau telur dadar.
Power kan?
Bila kita nak Offer sesuatu kepada pelanggan, jangan beri pilihan yang dia boleh kata tak nak.
Jika dia kata tak nak, itu pilihan pelanggan itu sendiri bukan pilihan yang kita beri.
Itu yang saya kongsi pada Agen Hartanah yang saya jumpa semalam.
Saya ajak mereka berfikir apa yang boleh mereka UPSELL/DOWNSELL/CROSS-SELL kepada pelanggan.
Contoh :
1) Jual rumah dengan pakej renovation.
2) Jual rumah dengan pakej penapis air/udara
3) Jual rumah dengan pakej kabinet dapur
4) Jual rumah dengan pakej perabot
Dunia sekarang adalah dunia kolaborasi.
Contoh : Agen Hartanah collaborate dengan Agen Penapis Air/Udara
Atau Collaborate dengan contractor renovation rumah
Win-win kan? Pandai-pandai la kawtim komisyen. π
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No. 6, 1st Floor, Jalan BM2/1, Bandar Bukit Mahkota
Kajang
43000