AFZ Homestay
19/05/2026
Sempena pertandingan Mahrajan Al-Quran dan Khat 2026 peringkat Negeri Selangor pada 9 Mei lalu, Alhamdulillah AFZ Homestay telah menjadi tempat menginap kepada peserta dari Daerah Sabak Bernam dan Gombak, Selangor. Pertandingan telah diadakan di SMK Dato Abu Bakar Baginda yang jaraknya cuma dalam 3KM dari AFZ Homestay.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh klik link whatsapp dibawah. Terima Kasih.
10/05/2026
Alhamdulillah, sempena Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) 2026 pada 4-7 Mei lepas, AFZ Homestay telah menjadi tuan rumah kepada pasukan B18 dari daerah Klang. Kejohanan telah diadakan di UPM (kira-kira 8KM dari AFZ Homestay).
Tahniah kepada pasukan ragbi B18 Klang Tiger yang berjaya menjuarai kategori Plate untuk tahun ini.
Dengan 4 unit rumah setempat, AFZ Homestay amat sesuai menjadi tempat menginap mana-mana pasukan sukan yang bertanding sekitar UPM, UKM, UNITEN, dan Putrajaya. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh klik link whatsapp dibawah. Terima Kasih.
05/05/2026
Cerita bulan lepas, Alhamdulillah, sempena acara SMASTAEC 2026 (Pertandingan Sekolah Menengah Agama SeMalaysia Taekwondo), AFZ Homestay sekali lagi menjadi tempat menginap bagi wakil dari Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah (MTSTM) pada 24-26 April yang lalu. Tahun ini pertandingan telah diadakan di Dewan Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Presint 3, Putrajaya. (Kira-kira 9KM dari AFZ Homestay).
Ini kali ke-3 mereka menginap disini setiap kali pertandingan SMASTAEC diadakan. Dan tahun ini tahniah diucapkan kerana MTSTM berjaya menjadi Juara Keseluruhan SMASTAEC 2026 dengan mengutip 11 Emas, 11 Perak dan 11 Gangsa.
Dengan 4 unit rumah setempat, AFZ Homestay menjadi tempat yang sesuai untuk mana-mana pasukan sukan menginap jika ada acara sekitar Putrajaya, Bangi, Kajang atau Serdang. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh klik link whatsapp dibawah. Terima Kasih.
23/04/2026
Sempena Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Hulu Langat 2026 B12 yang berlangsung di Padang IPGM Kampus Pendidikan Islam Bangi (IPG Bangi) pada 14-16 April lepas, AFZ Homestay telah menjadi tempat penginapan bagi Pasukan Ragbi Black Rhino dari Sekolah Lembah Jaya, Kg Lembah Jaya Selatan, Ampang, Selangor.
Tahniah kepada Team A yang menjadi Naib Johan Cup dan Team B yang menjadi Naib Johan Shield.
IPG Bangi hanya kira-kira 3KM dari AFZ Homestay. Dengan 4 unit rumah setempat, menjadikan AFZ Homestay tempat penginapan yang amat sesuai dan selesa untuk mana-mana pasukan sukan menginap. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh klik link whatsapp dibawah. Terima Kasih.
22/02/2026
Selamat menjalani ibadah puasa, semoga ibadah kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan diterima Allah swt.
Alhamdulillah, beberapa hari sebelum puasa bemula, AFZ Homestay telah menjadi tempat menginap kepada wakil pasukan sepak takraw dari IPK Selangor sempena Kejohanan Piala Ketua Polis Selangor 2026 yang diadakan di INSPEN (hanya 2km dari sini). Ini kali ke-2 mereka menginap disini sejak 2023.
Kemudian Pasukan Kabaddi dari Masjlis Sukan Negeri Terengganu p**a menginap sempena perlawanan persahabatan dengan Universiti MAHSA (26KM dari sini) disamping meninjau kawasan untuk persediaan sukan SUKMA 2026 yang acara sukan Kabaddi ini akan diadakan di Stadium Tertutup MBSJ, Sri Serdang (hanya 9KM dari sini). SUKMA 2026 akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.
Dengan 4 unit rumah setempat, ruang parking yang luas menjadikan AFZ Homestay tempat yang sesuai untuk diduduki oleh mana-mana pasukan sukan. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh klik link whatsapp dibawah. Terima Kasih.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the hotel
Telephone
Address
Lot 43198 (5066), Jalan Sg Merab/Bangi, Kg Dato Abu Bakar Baginda
Kajang
43000