RareCafe
14/06/2026
Fuh, power betul penangan hari Ahad ni dik! Dari pagi bawa ke petang, krew RareCafe langsung tak menang tangan. Mana tidaknya, di dalam cafe orang pakat beratur nak makan, dekat pekarangan luar p**a tengah rancak berlangsung Pesta Durian RPWP AGRO.
Bau kopi premium berbaur p**a dengan aroma raja buah, memang meriah habis!
Tapi Abang faham dik, mesti ada di antara korang yang gigit jari hari ni sebab tak sempat nak singgah atas kekangan waktu, kan?
Jangan risau dik. Kebanyakan cafe di sekitar Bangi memang selalunya cuti hari Isnin.
Tapi di RareCafe, KAMI BUKA SETIAP HARI!
So dik, esok pagi-pagi lagi kau dah boleh balas dendam pekena Mee Kari Nyonya Mak Long Werda yang padu tu.
Seawal jam 9.00 pagi pintu cafe dah sedia ternganga luas. Kalau kau nak jenis sarapan santai, Nasi Lemak DRP bungkus yang daun pisangnya masih panas-panas suam pun dah sedia menanti untuk dijamah.
Abang nak ucap jutaan terima kasih buat semua yang sudi singgah hari ni. Kalau semalam kita terima tetamu dari Singapura, hari ni rupa-rupanya ramai yang datang menyahut seruan dan cabaran Abang pagi tadi.
Bila Abang tanya seorang demi seorang dekat kaunter, Abang sendiri rasa terharu dik.
Ada yang memandu jauh dari Klang.
Ada yang sanggup turun dari Bahau.
Ada yang datang merentas jalan dari Batang Kali.
Ada yang mari sejauh dari Gombak.
Kebanyakannya datang dengan satu misi yang sama, semangatnya semata-mata nak merasa sendiri keunikan hidangan dari RareCafe.
Tapi apa yang paling sejuk mata Abang memandang hari ni ialah bila melihat RareCafe dah mula bertukar menjadi port berkumpul keluarga besar.
Seronok tengok korang usung anak isteri, ajak sekali atuk nenek datang duduk semeja untuk bersilaturahim. Cafe kami ni dah macam rumah kenduri, dik. Meriah!
Bagi kau yang jenis risau nak bawa famili sebab takut sesak, meh sini Abang nak bagi jaminan:
1. KAWASAN PARKING LUAS. Hah, kau tak payah pening kepala nak pusing-pusing cari parking atau takut kena saman. Kawasan kompleks RPWP ni sangat mesra kenderaan.
2. MEJA PUN BANYAK. Ruang santai kita luas, meja banyak. Bawa sanak-saudara seangkatan pun kita boleh ejas bagi duduk sekali. Dah, jangan risau. Kau datang jer dik.
3. SURAU PUN BESAR. Nak makan pun tak perlu risau dik. Tak payah nak terkejar waktu solat. Lepas order kat kaunter, sempat jer jaga hubungan kita dengan Allah. Rezeki pun berkat bila kita jaga solat.
Orang selalu cakap, "Alah Abang, waktu tengah bulan macam ni selalunya orang tak ramai, cafe mesti lengang."
Entahlah dik, Abang pun tak pasti teori mana dorang pakai. Setahu Abang, hari-hari perut orang perlu diisi, hari-hari orang nak makan dan minum. Hahaha!
Jadi, apa kata minggu ni kita pakat pecahkan teori tu?
Kita buktikan dan meriahkan RareCafe sepanjang minggu ni dark Isnin sampai Ahad sebagai destinasi utama untuk kau bonding dengan keluarga.
Abang tunggu kau esok pagi dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Lokasi macam biasa, Abang dah pin siap-siap dekat komen pertama di bawah.
Jangan sesat ya dik!
Terima kasih semua.
Shauqi Hasan
Sentiasa gembira tengok famili korang kenyang.
Abang nak buat bancian sikit untuk persediaan dapur esok. Antara Mee Kari Mak Long dengan Shakshouka, mana satu menu yang kalau kau sampai RareCafe esok, kau akan order dulu tanpa fikir panjang?
Cuba komen lokasi korang dari mana sekali, Abang nak tengok dari jajahan mana paling jauh!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Lot 79979, Kompleks RPWP, Jalan Abim, Sungai Ramal Dalam
Kajang
43000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 20:00 |
| Tuesday | 09:00 - 20:00 |
| Wednesday | 09:00 - 20:00 |
| Thursday | 09:00 - 20:00 |
| Friday | 09:00 - 20:00 |
| Saturday | 09:00 - 20:00 |
| Sunday | 09:00 - 20:00 |