Azlin Mohd Said
07/06/2026
# MONEY BEHAVIOUR #003
βKalau RM3 sehari pun susah simpan?"
Baru-baru ni Coach Lin terbaca satu persoalan yang menarik.
Kalau bekerja 5 tahun...
Kenapa ada orang masih tak ada simpanan RM5,000?
Kalau dikira-kira...
RM5,000 dalam 5 tahun bersamaan lebih kurang RM3 sehari sahaja.
Jadi ke mana perginya duit itu?
π€
Sebelum kita cepat menghukum...
Coach Lin rasa kita perlu faham bahawa setiap orang mempunyai cerita yang berbeza.
Ada yang gajinya cukup-cukup makan.
Ada yang menanggung ibu bapa.
Ada yang membantu adik-beradik belajar.
Ada yang berdepan masalah kesihatan.
Ada yang terpaksa menyara keluarga seorang diri.
Tetapi selepas bertahun-tahun menjadi Financial Coach...
Coach Lin juga belajar satu perkara.
Kadang-kadang masalah simpanan bukan masalah pendapatan semata-mata.
Ia adalah masalah behaviour.
Ramai orang tidak membelanjakan RM3 sehari.
Mereka membelanjakan:
RM15 kopi fancy.
RM30 food delivery.
RM50 sale yang "rugi kalau tak beli".
RM100 gadget yang "reward diri sendiri".
Sedikit demi sedikit.
Tanpa sedar.
Masalahnya bukan satu keputusan besar.
Masalahnya ialah ratusan keputusan kecil yang dibuat setiap hari.
π
Setiap kali kita berkata:
"Alah... RM10 je."
"Alah... RM20 je."
"Alah... RM50 je."
Sebenarnya kita sedang membentuk tabiat kewangan kita.
Money Behaviour Reflection
Kekayaan jarang dibina melalui satu keputusan besar.
Ia dibina melalui keputusan kecil yang diulang setiap hari.
Kerana akhirnya...
Bukan pendapatan yang menentukan masa depan kewangan kita.
Tetapi apa yang kita lakukan dengan pendapatan tersebut.
04/06/2026
MONEY BEHAVIOUR #002
"Pasti Ke Sempat Umur 55?"
Setiap kali Coach Lin bercakap tentang retirement planning...
Pasti ada yang komen:
"Pasti ke sempat hidup sampai umur 55?" π
Saya faham.
Tiada siapa yang tahu berapa panjang umur kita.
Esok pun bukan dalam jaminan kita.
Tetapi Coach Lin selalu terfikir...
Bagaimana kalau kita sempat?
π€
Bagaimana kalau umur kita sampai 60?
65?
70?
80?
Baru-baru ini Coach Lin terbaca satu komen yang membuatkan saya berfikir.
"Ayah saya sekarang umur 56 tahun.
Tiada simpanan.
KWSP pun sudah habis.
Bila umur 60 nanti dan sudah tidak mampu bekerja...
Dia nak makan apa?"
π
Ramai orang merancang untuk kemungkinan yang kecil.
Tetapi tidak merancang untuk kemungkinan yang lebih besar.
Mereka merancang jika tidak sempat tua.
Tetapi tidak merancang jika mereka benar-benar menjadi tua.
Hakikatnya...
Ramai rakyat Malaysia hidup sehingga umur 70, 80 tahun dan lebih.
Persoalannya bukan:
"Adakah saya sempat bersara?"
Persoalannya ialah:
"Kalau saya sempat bersara, adakah saya mempunyai wang yang mencukupi?"
Money Behaviour yang berlaku di sini dipanggil:
Optimism Bias
Kita percaya perkara buruk tidak akan berlaku kepada kita.
Kita percaya kita akan sentiasa sihat.
Kita percaya kita akan sentiasa mampu bekerja.
Kita percaya nanti ada jalan.
Sedangkan masa depan tidak dibina atas harapan.
Ia dibina atas persediaan.
π Money Behaviour Reflection
Kita beli takaful bukan kerana kita mahu sakit.
Kita pakai tali pinggang keledar bukan kerana kita mahu kemalangan.
Dan kita merancang persaraan bukan kerana kita pasti hidup lama.
Tetapi kerana kita mahu bersedia jika Allah mengizinkan umur yang panjang.
Kadang-kadang masalah kewangan bukan masalah duit.
Ia adalah masalah behaviour.
π€
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Plaza Bangi Perdana, Jalan Gerbang Wawasan 1, Sekayen 15
Kajang
43650