AQY Show
.
AQY Show Episod Terakhir (19), Musim Kedua : Sebuah siaran langsung istimewa dari Kantan Business Centre (KBC), Kajang.
Setelah 18 episod dijalankan secara remote, episod penutup ini dipancarkan live bersama set yang menarik di KBC.
Bersama hos, Erwan Muhibbain dan Jurulatih Keto Fairuz Adzahan, AQY Show akan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam penyediaan makanan sihat dan rendah karbohidrat. Bagi mereka yang hadir di KBC untunglah! Dapat merasa sendiri hidangan yang disediakan oleh Coach Fairuz!
Episod penutup ini juga ditaja oleh AQY Bakemart manakala kelengkapan teknikal dan set disediakan oleh Photoclique Studio.
Mudah-mudahan dengan episod istimewa ini, anda semua yang menonton mendapat manfaat yang berpanjangan dan semangat untuk terus hidup sihat dan positif!
Watch all episodes now. Link in bio.
Want to be our guest?
Want to advertise?
Want to collaborate?
We'd love to hear from you!
Leave a comment or pm us.
my
.photographer
02/12/2021
'Refined Carbs' adalah karbohidrat yang telah diproses dan boleh dikategorikan sebagai
1. Gula - seperti gula putih dan 'high fructose corn syrup' (HFCS)
2. Bijirin - yang telah diproses menjadi tepung seperti tepung gandum, tepung jagung, tepung beras.
Melalui pemprosesan ini kebanyakan serat, vitamin dan mineral telah hilang atau musnah. Ini bermakna kalori daripada 'refined carbs' ini adalah kalori 'kosong', tanpa zat.
Ia juga cepat dicernakan dan mempunyai 'glycemic index' yang tinggi. Ini selalunya mengakibatkan peningkatan kadar gula di dalam darah secara mendadak yang secara langsung menyebabkan kadar insulin juga naik dengan mendadak. Kesan jangka panjang adalah 'insulin resistant' dan seterusnya boleh menyebabkan penyakit kencing manis.
'Refined carbs' ini banyak terdapat di dalam tepung putih, roti putih, nasi putih, pastri, minuman berkarbonat, pasta, bijirin sarapan, dan pelbagai makanan ringan manis yang lain. Makanan yang banyak diproses selalunya mengandungi 'refined carbs'.
Jadi, kurangkanlah pengambilan 'refined carbs' secara berlebihan demi kesihatan tubuh badan kita. Lebihkan makan sayuran dan 'whole foods'.
Don't miss next ep. Link in bio.
Want to be our guest?
Want to advertise?
Want to collaborate?
We'd love to hear from you!
Leave a comment or pm us.
my
.photographer
25/11/2021
ALIRAN TUNAI BISNES
Wahai Usahawan sekalian, tolonglah fahami dan ingat akan pernyataan ini...
KEUNTUNGAN (PROFIT) YANG DIREKODKAN BUKANNYA BAKI TUNAI (CASH BALANCES)..
KEUNTUNGAN adalah perbezaan di antara Pendapatan dan Perbelanjaan.
Pendapatan dikira ketika Jualan direkodkan (bukan ketika pembayaran penuh diterima).
Perbelanjaan dikira ketika pembelian dibuat (bukan ketika pembayaran penuh dibuat).
ALIRAN TUNAI adalah perbezaan di antara ALIRAN TUNAI MASUK SEBENAR dan ALIRAN TUNAI KELUAR SEBENAR.
Perolehan tidak dikira selagi bayaran tidak diterima & Perbelanjaan tidak dikira selagi pembayaran belum dibuat.
Aliran Tunai juga termasuk aliran wang dari modal pusingan dari pelabur atau pinjaman kewangan.
Semoga bermanafaat.
Selamat mengurus aliran tunai bisnes kita dengan efektif!
Don't miss next ep. Link in bio.
Want to be our guest?
Want to advertise?
Want to collaborate?
We'd love to hear from you!
Leave a comment or pm us.
my
.photographer
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Culinary Team
Attire
Contact the business
Telephone
Website
Address
7 Jalan Bunga Kantan 1
Kajang
43000