Figura RICH Legacy
Amalan yg sangat baik utk buka pintu rezeki.
29/03/2024
Terkenang masa arwah mak abah ada lagi,setiap kali raya kami balik kampung memang gini la beg bersusun,maklum anak ramai.
Bab kemas bag ni boleh buat mak mak stress tahap nak jadi hulk.Semua nak fikir,risau ada yg tertinggal,kena pastikan ada plan kecemasan pulak.Semua barang kene ada ektra utk emergency.
Paling menyakitkan hati bila si bapak asyik bebel "cepatla ckit,dok buat apa lagi tu nanti jln jem,panas", mcm2 la komplen si bapak yg boleh mencetuskan perang dingin sepanjang perjalanan balik kampung.Tu belom bab komplen bawak apa banyak sangat sampai penuh kete,kadang anak terpaksa duduk atas bag.Dah sampai kampung nanti si bapak la orang yang sibuk tanya bawak ni tak,bawak tu tak.....π«£
Salam 18 Ramadan.
Jangan kau pertikai apa bini kau buat.
Jangan ingat kemas beg tu senang.
Walaupun kemas beg tu like kemas BEG je, tapi ia merupakan task paling mencabar bagi seorang isteri.
Dia perlu fikiran yang tenang, mood yang stabil, fokus yang bertumpu dan masa yang optimum untuk lakukan task tu dengan baik.
Jangan kau fikir semua baju adalah BAJU.
Baju ni ada banyak jenis baju.
Baju balik kampung.
Baju untuk masak di malam raya.
Baju pagi raya.
Baju ke dapur pada hari raya.
Baju berjalan ke rumah saudara.
Baju casual di malam hari pada hari raya.
Tu baru kategori baju isteri tu sendiri.
Belum masuk tudung.
Tudung jangan kau ingat satu jenis je.
Ada tudung sarung untuk ke dapur.
Ada shawl nak pakai pagi raya.
Ada tudung bawal nak match dengan baju casual.
Inner tudung.
Anak tudung.
Pin tudung.
Pin ni pun ada banyak kelas.
Pin kat telinga kena tajam.
Pin kat dagu kene kecik.
Pin kat bahu kena besar sikit.
Pin kat baju kebaya kena besar gedabak.
Pin baju biasa tu pun kena ada takut kain longgar πππ
Belum baju anak.
Uiii..tu lagi banyak jenis.
Baju raya.
Baju bila dah tengah hari.
Baju tidur.
Baju ganti kalau baju raya dah comot.
Baju kalau tido dalam aircond.
Baju untuk turn tidur rumah yang takde aircond.
Baju berlubang, baju takde lubang.
Tu kalau seorang anak.
Kalau ada 5?6? π
Suami punya pun dia kena fikirkan jugak.
Bukan takat baju melayu je.
Butangnya, sampin nya, songkoknya.
Itu baru baju.
Baju tu pulak ada dekat 20 pasang yang dia dah siap iron. Siap congak hari pertama baju ni, hari kedua baju ni. Kalau seminggu kau balik kampung, ha memang nak roboh lah handle tangan kat ceiling kereta tu dia sangkut. Silap aribulan boleh melengkung bumbung kereta.
Belum dia nak bawa balik kipas, tilam, bantal selimut, extension, ubat nyamuk letrik dan segala keperluan alat tidur agar tidur suami dan anak anak lena.
Iron pun dia bawak weh!
Kasut?
Ha..ada kasut raya.
Ada kasut kalau nak pergi pasar kat rumah mak nanti.
Ada kasut kalau nak jalan jauh.
Hmmmmmm π―
Fuh...tu je..
Tu je?
Belummmmmm...
Kuih raya..kerepek raya..kek lapis..kek coklat...serunding..dodol...
Ha...mandi cemane mandi...
Sabun mak..sabun anak..sabun bapak tak payah. Dia tibai je sabun apa apa yang ada dalam bilik mandi tu karang.
Shampu, ubat gigi, berus gigi, semua tu mesti cukup. Takde nak main sebat je orang lain punya walaupun dalam bilik air rumah mak tu karang ada dekat 10 jenis sabun mandi sebab semua orang bawak sendiri punya π
Ha..ok...cukup dah kot. Nak meletup dah pun beg tu ha.
Eh...ada lagi!
Barang mekaaappppp...
Bedak anak, bedak mak, shaver bapak, minyak rambut bapak..deodoran aih semualah... Ketip kuku pun dia bawak.. Cotton bud.. Dan penyepit bulu ketiak pun ada. Entah bila dia ada masa nak proses pun tak tahu π
Charger handphone..charger charger..
Tuuuuu kalau dia tak ingat memang takde le bercaj handphone tu karang.
Dan...dan...
Dia siap ada plan kontigensi.
Bawak panadol..minyak angin..blood pressure meter..home thermometer..mopiko..tiger balm..kot anak demam lah..takut anak kene gigit sengkenit lah. Macam macam.
Jarum jahit pun ada..benang..gunting...kot tertetas jahitan kat ketiak ke..tercabut butang baju raya anak ke..
Haaaaa......
Ok.
Ada dah semua.
Fuhh...legaa....
Ok zip beg!
Suami kerjanya apa?
Angkat je beg banyak banyak tu susun dalam kereta.
Jangan cakap pape.
Angkat.susun.senyum.
πππππ
Sumber : Izyan Izdihar Shaarani
Inilah Professor yg menjadi Panel Penyelidik Produk Figura International.
Kami bukan "pinjam" nama jer tapi mereka turun padang bersama agen-agen Figura menyokong syarikat dan turut mengamalkan produk-produk Figura.β€οΈ
Inilah syarikat yang kita patut join jika nak buat bisnes,setiap kata adalah fakta bukan auta.
"FIGURA POWERβΌοΈPOWERβΌοΈPOWERβΌοΈ"π
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Kajang
43000