AsamGaram
Rahsia hidup tenang di Tahun 2026 ada di sini.
Ada 4 elemen penting untuk dapat hidup bahagia, datanglah masalah macamana pun, tetap boleh hadap dengan bijaksana:
1. Fizikal.
- Pastikan bangun 2 jam lebih awal dari biasa.
- Shower sejuk, bagus untuk peredaran darah.
- Minum air masak 2 gelas.
2. Minda.
- Membaca Al-Quran untuk kelapangan fikiran.
- Hayati maksud dan fikirkan mesejnya.
- Kaitkan mesej tersebut untuk pembelajaran kehidupan kita.
- Mula menulis jurnal tentang apa wishlist dan manfaat yang kita nak sumbangkan hari ini.
3. Jiwa.
- Solat Subuh berjemaah di masjid.
- Jika masjid dekat, jalan kaki.
- Sepanjang jalan dapat lihat suasana yang tenang untuk 'healing' kan jiwa.
- Berzikir sepanjang jalan, kerana ia adalah makanan untuk jiwa.
- Target untuk solat awal waktu.
- Sedekah subuh di masjid.
4. Hubungan.
1. Pastikan hubungan kita dengan Allah SWT semakin dekat.
Sentiasa menyebut nama Allah dalam setiap percakapan harian kita.
Contoh:
"Alhamdulillah, dapat juga aku ke masjid subuh ini. Ini semua, Allah permudahkan."
Pastikan hubungan kita dengan sesama manusia pun semakin dekat.
Sentiasa bantu diri sendiri, ahli keluarga, sahabat handai yang berada dalam kesulitan.
Hulurkan tangan dan ringankan beban mereka.
2. Sentiasa letak dalam kepala bahawa, "aku nak bantu orang hari ini iaitu ..."
Pastikan hubungan kita dengan sesama manusia pun semakin dekat.
Sentiasa bantu diri sendiri, ahli keluarga, sahabat handai yang berada dalam kesulitan.
Hulurkan tangan dan ringankan beban mereka.
Sentiasa letak dalam kepala bahawa, "aku nak bantu orang hari ini iaitu ..."
Semoga tahun ini, hidup kita lebih tenang untuk menang. Ada kejayaan luar biasa yang kita idamkan selama ini. Dan rezeki mencurah-curah serta dipermudahkan oleh Allah SWT juga.
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Berjuang terus yaa!
26/02/2026
TRAGEDI KEBAKARAN LIMA SEKELUARGA
Salah seorang mangsa yang terkorban dalam kebakaran rumah di Kampung Pamah Kulat, Raub pagi tadi merupakan pelajar MRSM Bentong yang sedang menunggu keputusan SPM.
Kakak kepada pelajar terbabit terselamat kerana sedang menuntut di matrikulasi, manakala adiknya tidak berada di rumah kerana menetap di asrama SMK D**g.
Tragedi sekitar jam 3.44 pagi itu melibatkan kebakaran sebuah rumah yang akhirnya meragut lima nyawa sekeluarga termasuk kedua ibu bapa pelajar itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Datuk Mohd Razam Taja Rahim dalam kenyataan hari ini berkata kebakaran berkenaan telah memusnahkan 100 peratus struktur rumah selain turut melibatkan tiga kereta dan tiga motosikal yang turut terbakar.
Salam takziah dan semoga kesemua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
➡️Almarhum Mohd Alawi bin Mohammad 57 tahun
➡️Almarhumah Zaleha binti Adam@Ibrahim 45 tahun
➡️Almarhumah Ruby adira batrisya 17 tahun
➡️Almarhumah Ruby adlina banin 14 tahun
➡️Ruby Azyan barizah 9 tahun
17/02/2026
Tragedi Menjelang Ramadan – Bila Rumah Yang Sepatutnya Jadi Syurga, Bertukar Tragis
Tragedi menyayat hati di Kuantan ini bukan sekadar berita jenayah. Ia adalah cerminan luka yang mungkin terlalu lama dipendam. Lima nyawa terkorban – dua kanak-kanak kecil, seorang ibu, seorang nenek, dan akhirnya si ayah sendiri. Semua berlaku ketika umat Islam sedang bersiap menyambut Ramadan, bulan rahmat dan keampunan.
Ramadan sepatutnya membawa damai. Tetapi tragedi ini mengingatkan kita bahawa ada keluarga yang sedang berperang dalam diam.
Mohon kita sedekahkah Al-Fatihah pada semua yang terkorban.
Semoga tragedi ini tidak lagi berulang.
08/02/2026
SENAMAN ANGKAT KAKI KE DINDING KURANGKAN STRES
Senaman angkat kedua kaki ke dinding atau dipanggil Legs Up the Wall / Viparita Karani boleh bantu hilangkan stres dan banyak lagi kebaikannya.
Ia nampak ringkas, tapi kesannya kuat kalau dibuat dengan betul dan konsisten.
Antara kebaikannya:
1. Kurangkan stres & tenangkan emosi
✔️ Posisi ini mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik (mod tenang).
✔️ Degupan jantung jadi perlahan, minda lebih damai.
✔️ Sesuai dibuat bila emosi penat dan
fikiran berserabut, lepas seharian urus rumah/kerja
Ramai rasa tenang dalam 3–5 minit pertama sahaja.
2. Legakan kebimbangan & bantu tidur lena
✔️ Amalan sebelum tidur boleh:
kurangkan overthinking
bantu tidur lebih lena
sesuai untuk yang susah lelap malam
3. Kurangkan lenguh & bengkak kaki
✔️ Aliran darah kembali ke jantung dengan lebih baik.
✔️ Sangat bagus untuk yang banyak berdiri
banyak berjalan dan ibu yang aktif seharian.
4. Kurangkan sakit kepala & keletihan
✔️ Membantu aliran oksigen ke otak.
✔️ Badan rasa “reset” walaupun tanpa senaman berat.
5. Baik untuk kesihatan jantung & peredaran darah
✔️ Posisi terbalik ringan (gentle inversion).
✔️ Tidak membebankan badan, sesuai untuk semua peringkat umur.
Cara Buat (Ringkas & Selamat)
1. Baring rapat ke dinding
2. Angkat kedua kaki dan sandarkan ke dinding
3. Tangan di sisi, pejam mata
4. Tarik nafas perlahan 4 saat, hembus 6 saat
Buat 5–15 minit
Tip ekstra:
Pasang lampu malap
Boleh tambah zikir atau muzik tenang
Siapa perlu berhati-hati:
Elakkan atau rujuk doktor jika ada:
tekanan darah tinggi serius, glaukoma
masalah tulang belakang teruk
Kadang-kadang, badan tak perlukan “lari lebih laju”, tapi berhenti sekejap dan terbalikkan kaki ke dinding.
Tenang itu juga satu bentuk kekuatan.
08/02/2026
AMARAN KERAS UNTUK IBU BAPA & ANAK LEPASAN SPM
Dalam dunia yang semakin mencabar dan kompetitif, keputusan memilih kursus pengajian selepas SPM bukan lagi sekadar memenuhi minat atau mengikut arus semasa.
Kesilapan dalam membuat pilihan ini mampu memberi kesan jangka panjang terhadap masa depan seseorang anak.
Realitinya, saban tahun kita menyaksikan semakin ramai graduan berijazah yang masih bergelut mencari pekerjaan, malah ada yang terpaksa menerima pekerjaan yang tidak setimpal dengan kelayakan mereka.
Keadaan ini bukan berpunca daripada sikap malas, tetapi sering kali disebabkan oleh pemilihan kursus yang tidak seiring dengan keperluan pasaran pekerjaan.
Oleh itu, ibu bapa dan anak-anak perlu lebih peka dan bertanggungjawab dalam menilai setiap pilihan yang dibuat agar pengorbanan masa, tenaga dan wang yang dicurahkan tidak berakhir dengan penyesalan. Pemilihan kursus yang bijak bukan sahaja menjamin kebolehpasaran graduan, malah menjadi kunci kepada pembinaan masa depan yang stabil dan bermakna.
Untuk lepasan SPM yang sedang memohon bidang pengajian di UPU berikut admin kongsikan panduan untuk memilih kursus sesuai dengan pasaran kerjaya.
ELAKKAN BIDANG INI JIKA TIADA PELAN SAMBUNGAN KEMAHIRAN
1. Bidang Umum Tanpa Kepakaran
Pengajian Am / General Studies
Liberal Arts (tanpa fokus industri)
Mengapa kerana ia terlalu umum, majikan tidak nampak kemahiran spesifik.
2 Sastera & Bahasa (Tanpa Profesional Path)
Sastera Melayu / Inggeris
Linguistik (tanpa ambil sijil penterjemahan, TESL dan lain-lain).
Masalah apabila peluang kerjaya terhad kecuali sambung pengajian ke pendidikan, media atau terjemahan profesional.
3. Seni Persembahan & Kreatif Tradisional
Teater, muzik klasik dan tarian tradisional.
Masalah apabila industri kecil, persaingan tinggi, pendapatan tidak stabil. Kecuali digabungkan dengan media digital / content creation.
4. Sejarah, Falsafah, Antropologi (Tanpa Laluan Kerjaya)
Masalahnya apabila kursus biasanya terhad kepada akademik, penyelidikan atau muzium.
5. Sains Sosial Umum
Sosiologi, Sains Politik (tanpa data analisis / polisi skills) .
Masalah apabila graduan ramai manakala jawatan terhad.
6.Bidang Pop**ar Tapi Terlalu Ramai Graduan
Pengurusan Perniagaan Am, Pemasaran Am
Komunikasi Massa (tanpa kemahiran digital) Masalah apabila oversupply majikan hanya pilih yang ada skill tambahan.
Penting Faham Ini:
❌ Bukan bermaksud bidang ini “tidak berguna”
✅ Tapi SUKAR dapat kerja jika:
Tiada kemahiran tambahan
Tiada pengalaman industri
Tiada sijil profesional
Tips PENTING untuk Lepasan SPM (Wajib Baca)
1. Pilih Bidang dan Skill
Jangan ambil kursus sahaja, ambil kursus dan kemahiran.
Contoh:
Bahasa + penterjemahan profesional
Bisnes + data analytics / digital marketing
Seni + AI design / video editing
2. Tanya Soalan Ini Sebelum Mohon
Lepas kursus ini kerja apa?
Gaji permulaan realistik?
Industri sedang berkembang atau mengecil?
Jika jawapan kabur fikir semula.
3. TVET Bukan Pilihan Kedua
Bidang seperti:
Kejuruteraan teknikal
Mekatronik
Elektrik & automasi
Hospitaliti kemahiran tinggi
Lebih cepat kerja, gaji stabil, demand tinggi.
4. Jangan Ikut Trend Semata-mata
“Kawan ambil, aku pun ambil”
“Course ni nampak senang”
Dunia kerja tak peduli senang atau susah, majikan hanya memilih graduan yang boleh buat kerja atau tidak.
5. Minat + Realiti =pekerjaan terbaik
Minat itu penting
Tapi realiti pekerjaan lebih penting untuk kelangsungan hidup.
Kesimp**annya Ijazah tanpa kemahiran agak susah mencari kerja.
Kemahiran tanpa arah p**a akan menyebabkan penat sendiri.
Justeru pilih bidang yang ada masa depan, bukan sekadar ada nama.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Jalan Ikram Uniten
Kajang
43000