M-Academy
31/07/2025
MIROS is running a quick survey to better understand how users like you travel and ride.
🎁 Be among the first 200 participants and receive an e-wallet reward!
Take the survey now at https://forms.gle/zu9SY6dE3BmCgCX16 or scan the QR code and make a difference!
07/07/2025
🚨 Malaysia Launches the Micromobility Rating Program (MiRA)! 🛴🇲🇾
MiRA — developed by the Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) — sets the benchmark for:
✅ Safety Features
✅ Sustainability
✅ Support Program
🌟 Top-rated models like KAABO MANTIS X and SKYWALKER 10C scored an impressive 4.77/5.0!
🚫 But not all made the cut — some scored below 3 stars.
🔎 Want to see how your ride ranks? Browse through the following pictures for full ratings.
19/02/2025
Pada 12 Februari 2025, satu program pengendalian dan pemeriksaan keselamatan kenderaan mikromobiliti telah diadakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP). Program ini dikendalikan oleh M Academy dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama UTP bagi memastikan keselamatan pengguna, kenderaan, serta persekitaran pengoperasian mikromobiliti berada pada tahap optimum.
Program ini dihadiri oleh pegawai keselamatan dan kesihatan serta pelajar UTP yang merupakan pengguna kenderaan mikromobiliti. UTP juga merupakan salah satu lokasi pelaksanaan sandbox mikromobiliti yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan.
Untuk makluman, projek sandbox mikromobiliti di UTP akan berlangsung selama dua tahun, bermula pada 1 Februari 2025.
17/02/2025
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan menjalankan satu ujian pilot bagi menilai keberkesanan kandungan, kaedah penyampaian, dan penglibatan peserta dengan bahan yang digunakan di dalam modul kelas antenatal bagi topik berkaitan keselamatan penumpang kanak-kanak. Responden akan menghadiri kelas ini selama 1 jam dan akan memberikan maklum balas melalui borang penilaian yang akan diberikan pada hari tersebut.
SETIAP PESERTA YANG MENYERTAI AKAN DIBERIKAN TOKEN E-WALLET RM25 DAN SIJIL PENGHARGAAN.
Sesiapa yang berminat untuk menyertai boleh mengisi pautan yang berikut https://forms.gle/4yFG5ARq7WorxzjR9 atau imbas kod QR.
Terima kasih di atas sokongan anda.
04/01/2025
PROGRAM LIBAT URUS BAGI PROJEK SANDBOX MIKROMOBILITI DI KAWASAN
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA) MELALUI GARIS PANDUAN
PELAKSANAAN SANDBOX MIKROMOBILITI (GPPSM)
28/10/2024
PAMERAN SEMPENA KONGRES PERANCANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 (NATIONAL PLANNING CONGRESS/NPC2024) BERSAMA MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) sedang mengikuti pameran di Kongres Perancangan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 (National Planning Congress/NPC2024) di The Everly hotel,Putrajaya pada 28 - 29 Oktober 2024 (Isnin dan Selasa) :
8.30 pagi sehingga 5.00 petang.
Majlis akan mempamerkan projek Sandbox Mikromobiliti yang sedang dilaksanakan di Shah Alam untuk mendapatkan maklum balas, pandangan dan cadangan yang akan diambilkira dalam projek tersebut.🫰
28/10/2024
Pihak MIROS ingin mempelawa semua warga pengguna jalan raya Malaysia untuk menyertai kaji selidik berkenaan persepsi pengguna jalan raya di Malaysia terhadap sistem teknologi keselamatan motosikal.
Sila imbas kod QR di atas atau klik di pautan https://form.jotform.com/242828309362460
Jom sertai sekarang, maklum balas anda dapat membantu meningkatkan keselamatan motosikal di Malaysia.
Pemberian saguhati menanti kepada 300 orang yang terawal.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
135 Jalan TKS 1 Taman Kajang Sentral
Kajang
43000