Polis IPD Julau
11/05/2026
PERLAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA IPD JULAU
IPD Julau - 11 MEI 2026, Pelaksanaan amalan nyanyian lagu negaraku dan lafaz ikrar telah di adakan bertempat di perkarangan Balai Polis Julau. Kehadiran seramai 49 orang terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam polis.
Majlis dimulakan dengan ketibaan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam polis diikuti ucapan alu-aluan, nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku, Sang Saka Biru serta doa. Seterusnya lafaz ikrar Rukun Negara sebelum diakhiri dengan nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat.
Program berjalan lancar dan bertujuan memupuk semangat patriotisme dan taat setia dalam kalangan warga IPD Julau.
28/04/2026
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS
KETUA POLIS DAERAH JULAU
IPD Julau, 28 April 2026 – Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Julau telah berlangsung dengan lancar dan penuh istiadat, disaksikan oleh YDH CP Datuk Mohamad Zainal bin Haji Abdullah, Pesuruhjaya Polis Sarawak.
Majlis ini menyaksikan penyerahan tugas daripada YDH DSP Alif Haiqal Ramesh bin Abdullah kepada Insp Marson Lawai, serta turut melibatkan serah terima jawatan Pengerusi PERKEP IPD Julau.
Dalam majlis yang sama, YDH DSP Alif Haiqal Ramesh bin Abdullah turut menyatakan perletakan jawatan beliau sebagai Ketua Polis Daerah Julau kerana akan meneruskan perkhidmatan di Sarawak Energy Berhad.
Turut hadir wakil ketua-ketua jabatan, agensi kerajaan, ketua kaum dan ketua masyarakat dari daerah Julau dan Pakan.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan tengah hari.
“Setiap amanah yang disempurnakan adalah satu legasi. Walau langkah diteruskan ke medan berbeza, khidmat bakti dan pengalaman yang ditinggalkan kekal menjadi inspirasi untuk terus memacu kecemerlangan organisasi.”
Pergi belayar ke pulau seberang,
Singgah sebentar membeli raga;
Jasa dan bakti tetap dikenang,
Menjadi ingatan sepanjang masa.
Pucuk pauh di tengah laman,
Rimbun rendah tempat berteduh;
Walau beralih medan dan amanah,
Khidmat diberi tetap bersungguh.
Terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan menjayakan majlis ini.
24/04/2026
MAJLIS MAKAN MALAM “JASAMU DIKENANG”
IPD Julau - Majlis Makan Malam “Jasamu Dikenang” sempena meraikan Ketua Polis Daerah Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh bin Abdullah telah diadakan pada 24 April 2026 bertempat di Hotel Kingwood, Sibu, dengan tema Casual Smart.
Majlis ini telah dihadiri oleh YB Datuk Larry Sng Wei Shien, Ahli Parlimen P.209 Julau. Turut hadir Ydh DSP Alif Haiqal Ramesh bin Abdullah KPD Julau, Pengerusi PERKEP Ybg Puan Azimah binti Malek, pegawai-pegawai kanan polis, pegawai rendah polis, pegawai awam serta jemputan daripada wakil ketua-ketua jabatan Daerah Julau dan Pakan.
Majlis dimulakan dengan ketibaan para jemputan diikuti jamuan makan malam. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan pengerusi majlis, ucapan pegawai yang diraikan, ucapan DSP Alif Haiqal Ramesh bin Abdullah serta ucapan daripada YB Datuk Larry Sng Wei Shien.
Majlis turut diserikan dengan tayangan montaj, acara memotong kek, persembahan, cabutan bertuah serta penyampaian hadiah dan cenderahati sebagai tanda penghargaan atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan.
Majlis berakhir dalam suasana penuh penghargaan dan kenangan.
24/04/2026
PROGRAM KEPOLISAN KOMUNITI IPD JULAU
“Polis dan Murid Bersama Cegah Jenayah”
IPD Julau - Pada 23 April 2026, IPD Julau telah menganjurkan Program Kepolisan Komuniti bersama SK Ulu Pedanum, Pakan dengan penglibatan pelbagai agensi termasuk PPD Julau, Klinik Kesihatan Pakan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Bintangor serta wakil-wakil agensi sekitar Julau dan Pakan.
Program ini turut dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Julau, Ydh DSP Alif Haiqal Ramesh bin Abdullah, Guru Besar SK Ulu Pedanum Encik Donny anak Jangan serta wakil-wakil jabatan/agensi.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan diteruskan dengan ceramah daripada pihak PDRM berkaitan buli, jenayah siber serta keselamatan diri. Turut diadakan ceramah kesihatan oleh wakil Klinik Kesihatan Pakan serta demonstrasi memadam kebakaran oleh JBPM Bintangor.
Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan seperti sukaneka, pameran aset dan peralatan PDRM, pameran bomba serta talk to us . Program ini telah disertai lebih kurang 120 orang terdiri daripada guru, murid, ibu bapa serta komuniti setempat.
Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara PDRM, sekolah dan komuniti selain meningkatkan kesedaran tentang jenayah, keselamatan diri dan kesihatan dalam kalangan murid.
Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderahati, nyanyian lagu Fly Kenyalang Fly serta sesi bergambar.
Secara keseluruhannya, program berjalan lancar dan mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat setempat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Ibu Pejabat Polis Daerah Julau, Polis Diraja
Julau
96600