SETIA AR Raudhah
17/03/2026
Majlis Khatam Al Quran 2026
Isnin, 17 Mac 2026
05/03/2026
Iftar Qiyadi 2026
27 Feb 2026
Jumaat
Melibatkan semua Pemimpin Muda dikalangan Pengawas, BADAR, PRS, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.
02/02/2026
Nisfu Syaaban merupakan malam pertengahan bulan Syaaban (15 Syaaban | 2 Februari 2026), satu malam yang penuh rahmat dan keampunan daripada Allah SWT. Ia menjadi saat yang sangat bermakna untuk setiap hamba bermuhasabah diri, membersihkan hati dan memperbaiki hubungan dengan Allah sebelum melangkah ke bulan Ramadan yang mulia..💫
Pada malam ini, Allah SWT membuka seluas-luasnya pintu keampunan kepada hamba-Nya yang kembali bertaubat dengan penuh keikhlasan. Doa-doa diangkat dengan rahmat, menjadi peluang terbaik untuk memohon kebaikan, ketenangan jiwa dan kekuatan iman sebagai persediaan menyambut Ramadan..✨️
Marilah kita menghidupkan Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan ibadah, mensucikan hati daripada segala noda, serta memperbaharui niat semata-mata kerana Allah SWT, agar langkah kita menuju Ramadan lebih diberkati dan bermakna.🤲
29/01/2026
Keputusan Rasmi PRS Kali 5 2026
Bermula jam 8.00 pagi telah mula pengundian untuk jawatan Ketua Murid dan Penolong Ketua Murid. Tepat jam 9.30 pagi, pusat pengundian telah pun ditutup dan proses pengiraan undi telah dilakukan secara teliti.
Keputusan rasmi telah pun dikeluarkan dan Ketua Murid 2026 ini disandang oleh saudara Muhammad Ikram Rostam Muslimin bin Abdullah dengan undian sebanyak 135 undi menewaskan kedua-dua lawannya iaitu Faatih, 101 undi dan Adam, 31 undi.
Manakala Penolong Ketua Murid di menangi oleh Saudari Haura Ersalina Binti Ezharizan dengan undian sebanyak 222 undi mengalah lawannya Puteri Camrylia memperoleh 55 undi.
Alhamdulillah, Pilihan Raya Sekolah kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Tahniah kepada calon yang telah memenangi jawatan Ketua Murid dan Penolong Ketua Murid 2026. Semoga dapat menjalankan segala yang diamanahkan sebaik mungkin.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
No 20A Jalan Belatuk 4, , Taman Scientex
Johor Bahru
81700
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 12:00 |
| 14:00 - 16:00 | |
| Tuesday | 08:00 - 12:00 |
| 14:00 - 16:00 | |
| Wednesday | 08:00 - 12:00 |
| 14:00 - 16:00 | |
| Thursday | 08:00 - 12:00 |
| Sunday | 08:00 - 12:00 |
| 14:00 - 16:00 |