ATS Selatan

ATS Selatan

Share

16/03/2026

𝟏𝟔 𝐌𝐚𝐫 𝟐𝟔 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Penyerahan sumbangan kepada Puan Zainap Binti Abdul Ghani, beliau salah satu penerima yang pernah pihak kami berikan sebelum ini. Beliau seorang penghidap sakit kronik.

Sumbangan berupa lampin pakai buang dewasa sebanyak 4 beg serta barangan asas dapur telah diserahkan kepasa suaminya.

Penyerahan dilakukan oleh Pengerusi ATS Selaran iaitu En Nadim bersama Timbalan Pengerusi ATS Selatan iaitu En Azrul di kediamannya di Kulai.

Semoga sedikit sebanyak sumbangan yang kami berikan ini kepada penjaga/waris mak cik ini dapat mengurangkan tanggungjawab yang ditanggung oleh mereka serta mengukir sedikit senyuman diwajah mereka.

Maka dengan ini secara Rasminya berakhirlah Program Infaq Ramadhan Siri Ke 3 Tahun 2026.

In shaa Allah, Ada rezeki kita bersua lagi di Program Akan Datang.

- 𝘒𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘋𝘪 𝘋𝘶𝘯𝘪𝘢, 𝘒𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘋𝘪 𝘈𝘬𝘩𝘪𝘳𝘢𝘵 -

𝙅𝙊𝙈 𝙁𝙊𝙇𝙇𝙊𝙒 𝘾𝙃𝘼𝙉𝙉𝙀𝙇
https://whatsapp.com/channel/0029VaIMjSs90x302f6r4C2F

𝙅𝙊𝙈 𝙁𝙊𝙇𝙇𝙊𝙒 𝙁𝘼𝘾𝙀𝘽𝙊𝙊𝙆
https://www.facebook.com/share/183V5aFC5V/

16/03/2026

𝟏𝟔 𝐌𝐚𝐫 𝟐𝟔 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Ketika serahan dilakukan di Flat Kenari Kampung Melayu Kangkar Pulai, diberitakan oleh wakil JPKK iaitu Puan Ros bahawa salah seorang penerima yang tersenarai di dalam senarai nama tersebut adalah pesakit yang terlantar dan tidak boleh berjalan.

Mendapat maklumat tersebut pihak ATS Selatan memilih untuk menghantar sendiri sumbangan tersebut sambil melihat kondisi tubuh penerima tersebut. Pihak ATS Selatan telah ke Flat B4 Tingkat 5.

Maklumat yang diterima mak cik ini telah 2 tahun menghadapi stroke oleh kerana sakit kencing manis, darah tinggi yang kritikal. Serahan sumbangan dilakukan oleh Pengerusi ATS Selatan iaitu En Nadim.

Semoga sedikit sebanyak sumbangan yang kami berikan ini kepada penjaga/waris mak cik ini dapat mengurangkan tanggungjawab yang ditanggung oleh mereka serta mengukir sedikit senyuman diwajah mereka.

Setinggi ucapan terima kaseh kepada Ketua Kampung Kangkar Pulai diatas kerjasama yang diberikan.

- 𝘒𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘋𝘪 𝘋𝘶𝘯𝘪𝘢, 𝘒𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘋𝘪 𝘈𝘬𝘩𝘪𝘳𝘢𝘵 -

𝙅𝙊𝙈 𝙁𝙊𝙇𝙇𝙊𝙒 𝘾𝙃𝘼𝙉𝙉𝙀𝙇
https://whatsapp.com/channel/0029VaIMjSs90x302f6r4C2F

𝙅𝙊𝙈 𝙁𝙊𝙇𝙇𝙊𝙒 𝙁𝘼𝘾𝙀𝘽𝙊𝙊𝙆
https://www.facebook.com/share/183V5aFC5V/

Photos from ATS Selatan's post 14/03/2026

𝟏𝟒 𝐌𝐚𝐫 𝟐𝟔 | 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Sesi yang ditunggu-tunggu oleh setiap jemaah didalam program adalah sesi mengisi dan membungkus bubur lambuk.

Alhamdulillah Alla Kulli Hal, progam berjalan dengan lancar sehingga ke penghujungnya seperti yang diaturkan.

Pihak ATS Selatan amat menghargai setiap jemaah yang terlibat dalam memberikan komitmen bersama-sama bagi menjayakan program ini. Semoga ukhwahfillah antara kita semua senantiasa berada di dalam rahmat Allah swt.

Dan penyerahan setiap bubur lambuk ke seluruh Surau dan Masjid Zon Senai Dan Kulai.

- 𝘒𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘋𝘪 𝘋𝘶𝘯𝘪𝘢, 𝘒𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘋𝘪 𝘈𝘬𝘩𝘪𝘳𝘢𝘵 -

𝙅𝙊𝙈 𝙁𝙊𝙇𝙇𝙊𝙒 𝘾𝙃𝘼𝙉𝙉𝙀𝙇
https://whatsapp.com/channel/0029VaIMjSs90x302f6r4C2F

𝙅𝙊𝙈 𝙁𝙊𝙇𝙇𝙊𝙒 𝙁𝘼𝘾𝙀𝘽𝙊𝙊𝙆
https://www.facebook.com/share/183V5aFC5V/

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Johor Bahru