Momen
23/07/2025
Bahana pinjam ahlong.!
10/09/2024
Beberapa tips yang boleh dijadikan panduan untuk memiliki aset dan hartanah jangka masa panjang di usia muda.
1. Jangan 'gatal' untuk ada kad kredit dan buat pinjaman yang 'jahat'
a. Tidak perlu memiliki atau menggunakan kad kredit sekiranya anda masih tidak mampu menguruskan kewangan dengan baik.
b. Elakkan berhutang untuk tujuan kehendak peribadi.
c. Pinjaman kereta boleh dilakukan tetapi perlu mengikut kemampuan. (Pendapatan bulanan X 12 bulan)
2. Kukuhkan simpanan
a. Cari pendapatan sampingan menerusi program affiliate atau pesan hantar (dropship) tanpa menggunakan sebarang modal.
b. Simpan 10 hingga 30 peratus daripada pendapatan bulanan.
c. Berbelanja mengikut kemampuan dan tidak membazir.
3. Uruskan kewangan setiap bulan
a. Bahagikan tabung simpanan kepada kecemasan, percutian dan beberapa lagi bahagian penting mengikut keperluan.
b. Simpan Emas dan melabur di beberapa agensi yang sah seperti ASB Financial dan Tabung Haji.
c. Bayar zakat setiap bulan.
Bagi orang muda yang baru mula bekerja, adalah penting mulakan pelaburan dalam jumlah yang kecil, menambah ilmu tentang pelaburan dan bersabar.
11/03/2024
Bulan Ramadan adalah kesempatan yang istimewa untuk membersihkan hati dan jiwa kita. Semoga Allah subhanahu Wa Ta’ala memberkati setiap langkah kita dalam menjalankan ibadah puasa. Selamat menjalankan ibadah puasa!
23/01/2024
Kekal kedudukan teratas Tarif Air Johor tertinggi dengan kenaikan sebanyak rm25 sen.
Dalam masa yang sama mungkin banyak lagi barang keperluan naik harga. Gula pun dah mula bunyi-bunyi.
Tak dapat nak dielakkan.
Inflasi itu benarr. Satu dunia terasa kenaikan kos.
Jom kita belajar berjimat cermat gunakan air.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Johor Bahru