TLP Terminal

TLP Terminal

Share

Photos from TLP Terminal's post 21/05/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA SEKURITI DAN TEKNIKAL (MFSO)

Pada 20 Mei 2026, Mesyuarat ISPS yang melibatkan semua Maritime Facility Security Officer (MFSO) Negeri Johor telah berjaya diadakan di Pelabuhan Tanjung Langsat.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Johor, YBrs. Tuan Haji Kamaruzaman, dan telah menjadi platform penting dalam memperkukuh koordinasi serta penyelarasan antara semua fasiliti maritim di negeri Johor.

Sesi ini memberi tumpuan kepada aspek keselamatan pelabuhan selaras dengan keperluan International Ship and Port Facility Security (ISPS) Code, termasuk penilaian risiko keselamatan, pematuhan prosedur operasi standard (SOP), serta pengukuhan langkah-langkah kawalan dan mitigasi keselamatan di setiap fasiliti pelabuhan.

Selain itu, perbincangan turut merangkumi isu-isu teknikal serta penambahbaikan berterusan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan keselamatan pelabuhan berada pada tahap optimum, sejajar dengan piawaian antarabangsa dan keperluan industri maritim semasa.

Mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memastikan keselamatan pelabuhan, keselamatan kargo, serta keselamatan fasiliti maritim sentiasa diperkukuh dan dipertingkatkan secara holistik.

Photos from TLP Terminal's post 10/05/2026

PERLAWANAN FUTSAL PERSAHABATAN | KRTLP (TLP) vs KSRT (JPG)

8 Mei 2026 – Perlawanan futsal persahabatan telah berlangsung antara KRTLP (Tanjung Langsat Port) dan KSRT (JPG) di Padang Futsal JPG, Ulu Tiram.

Perlawanan ini dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dan kerja berpasukan antara kedua-dua pasukan. Sepanjang perlawanan, setiap pasukan telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta komitmen yang baik dalam suasana yang sihat dan mesra.

Inisiatif seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk mengukuhkan hubungan strategik dan jaringan kerjasama antara organisasi.

30/04/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026
TLP | 1 MEI 2026

Want your business to be the top-listed Transport Service in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Bangunan Pentadbiran, Langsat Marine Terminal, Lot 1, PTD 4845, Jalan Persiaran Tanjung Langsat, Tanjung Langsat, Pasir Gudang
Johor Bahru
81700