Endowmen UTM

Endowmen UTM

Share

02/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato' Dr. Daing A. Malek bin Daing A. Rahaman, Tokoh Alumni UTM dan alumni Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah (1979), atas pengurniaan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2026 hari ini.

Pengiktirafan ini merupakan penghormatan kepada sumbangan besar beliau dalam pembangunan negara, kepimpinan industri, pembangunan modal insan serta komitmen berterusan beliau terhadap pendidikan dan kebajikan pelajar.

Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga dan alumni UTM.

Faculty of Built Environment & Surveying, UTM Johor Bahru
UTM Student Affairs

30/05/2026

✨𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒂𝒎𝒃𝒖𝒕 𝑷𝒆𝒔𝒕𝒂 𝑲𝒂𝒂𝒎𝒂𝒕𝒂𝒏 & 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑮𝒂𝒘𝒂𝒊 𝑻𝒂𝒉𝒖𝒏 𝟐𝟎𝟐𝟔✨

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.

“𝑲𝒐𝒕𝒐𝒃𝒊𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒅𝒂𝒖 𝑻𝒂𝒈𝒂𝒛𝒐 𝑫𝒐 𝑲𝒂𝒂𝒎𝒂𝒕𝒂𝒏”

“𝑮𝒂𝒚𝒖 𝑮𝒖𝒓𝒖 𝑮𝒆𝒓𝒂𝒊 𝑵𝒚𝒂𝒎𝒂𝒊!”

Tulus ikhlas dari Seksyen Dana Endowmen UTM.

“UTM Cares, Endowmen Cakna”





HariGawaiPestaKaamatan

27/05/2026

✨🕋𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑹𝒂𝒚𝒂 𝑨𝒊𝒅𝒊𝒍𝒂𝒅𝒉𝒂 🕋✨

Mari kita suburkan erti pengorbanan dengan penuh keikhlasan, serta raih keredaan-Nya melalui amalan bersyukur. Semoga setiap ketaatan dan ibadah korban kita diterima oleh Allah SWT.

16/05/2026

"Tugas kita bukan sekadar memindahkan maklumat dari buku ke dalam nota murid... tujuan ilmu adalah untuk mendekatkan diri kepada Pencipta."

Perkongsian bermakna daripada Naib Canselor UTM, YBrs. Prof. Ts. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim sempena Hari Guru 2026. Pendidik adalah cermin jernih bagi mahasiswa. Daripada bilik kuliah hingga ke alam industri, nilai integriti, kesabaran, dan kegigihan para pensyarah menjadi nadi bitara dalam melahirkan generasi teknokrat yang holistik.

Terima kasih para pendidik UTM atas segala pengorbanan menyalakan obor ilmu demi kelestarian masa depan, selaras dengan falsafah "Kerana Tuhan untuk Manusia".

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik! 🎓✨

UTM Vice-Chancellor Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim

UTM RGD 2026 promo 15/05/2026

https://www.youtube.com/watch?v=hZ3_jR9YjlE&t=132s

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐔𝐓𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔

Majlis Santapan Diraja UTM 2026 (UTM RGD 2026) merupakan sebuah acara dwitahunan berprestij anjuran Universiti Teknologi Malaysia yang diadakan dengan limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, selaku Canselor UTM.

Majlis ini dianjurkan bagi mengumpul dana untuk membantu mahasiswa UTM yang memerlukan melalui pelbagai bentuk bantuan seperti:

🎓 Biasiswa dan bantuan kewangan
📚 Pembayaran yuran pengajian
💙 Bantuan sara hidup
🏥 Bantuan perubatan
🍽️ Inisiatif makanan percuma
💻 Penyediaan peralatan pembelajaran

Setiap sumbangan yang diberikan mampu memberi sinar harapan dan membantu memastikan mahasiswa dapat meneruskan pengajian dengan lebih sempurna tanpa dibebani kekangan kewangan.

Marilah bersama-sama menyumbang dan menjadi sebahagian daripada usaha memperkasa pendidikan serta membina masa depan generasi pewaris negara.

📌 Hulurkan sumbangan anda melalui:
https://fundraising.utm.my/donate/157/1

Sebarang pertanyaan lanjut:
📧 [email protected]/ [email protected]

“UTM Cares, Endowmen Cakna”

UTM RGD 2026 promo Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Johor Bahru
81310

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 09:00 - 17:00