MIND X
16/02/2026
UCAPAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YPKDT
SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2026
Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh masyarakat Tionghoa di Negeri Johor khususnya warga kerja, rakan strategik serta para penerima manfaat Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.
Semoga tahun baharu ini membawa sinar kebahagiaan, kemakmuran dan kesihatan yang berpanjangan buat anda sekeluarga. Perayaan ini bukan sahaja simbol permulaan yang baharu, malah menjadi lambang perpaduan, kasih sayang dan penghargaan terhadap nilai kekeluargaan yang menjadi tunjang keharmonian masyarakat majmuk di negeri kita.
Sebagai agensi yang komited memperkasa rakyat Johor, YPKDT sentiasa mengangkat semangat kebersamaan dan inklusiviti dalam setiap inisiatif yang dilaksanakan. Kepelbagaian budaya adalah kekuatan kita, dan melalui semangat muhibah inilah kita terus membina masyarakat yang sejahtera, harmoni dan progresif.
Marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan, saling menghormati serta berganding bahu dalam membangunkan Bangsa Johor yang lebih cemerlang pada tahun 2026 ini.
Gong Xi Fa Cai.
Semoga Tahun Baharu ini membawa rezeki melimpah ruah, kejayaan berpanjangan dan kebahagiaan yang tidak ternilai.
Ikhlas daripada,
Ketua Pegawai Eksekutif
dan seluruh warga kerja
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim
13/02/2026
12 Feb 2026 | Dewan Seri Mahligai Hospital Kulai
Memenuhi jemputan Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor khas untuk kakitangan Hospital Kulai bagi "Program Wanita Sejahtera (MATAHARI) : Wellness Wanita - Dari Dalam Ke Luar".
Slot yang diberikan bertajuk "Sesi Kesejahteraan Emosi & Mental". Kehadiran kakitangan seramai 60 orang yang terlibat di dalam program ini.
03/02/2026
Dalam psikologi, avoidant attachment (gaya keterikatan mengelak) ialah corak emosi & hubungan di mana seseorang sangat berdikari, kurang selesa dengan keintiman, dan cenderung menjauh bila hubungan jadi terlalu rapat.
Ringkasnya: “Aku ok sendiri, tak perlu sangat orang lain.” 😶🌫️
Apa itu Avoidant Attachment?
Ia biasanya terbentuk sejak zaman kanak-kanak, bila:
Keperluan emosi sering diabaikan
Penjaga bersikap dingin, tidak konsisten, atau terlalu menuntut berdikari
Anak belajar: “Bergantung pada orang = kecewa”
Sebagai mekanisme perlindungan, emosi dipendam.
Ciri-ciri biasa
Orang dengan avoidant attachment selalunya:
Sukar meluahkan perasaan
Tidak selesa bila pasangan terlalu “clingy”
Mengutamakan kebebasan & ruang peribadi
Elak konflik emosi → diam, menarik diri
Nampak tenang, tapi sebenarnya tak pandai minta sokongan
Dalam hubungan:
Tak s**a komitmen terlalu cepat
Bila pasangan rapat → mereka menjauh
Bila pasangan menjauh → mereka rasa “lega”
Contoh ayat dalaman
“Aku tak perlukan sesiapa pun”
“Emosi ni menyusahkan”
“Kalau aku buka hati, nanti aku terluka”
“Jangan harap orang lain, selamatkan diri sendiri”
Kesan jangka panjang
Jika tidak disedari:
Hubungan jadi cetek atau tidak tahan lama
Pasangan rasa ditolak / tidak dihargai
Sukar bina keintiman emosi sebenar
Emosi terpendam boleh keluar sebagai stress, burnout, atau sinis
Boleh berubah ke?
Ya, boleh. 👍
Avoidant attachment bukan personaliti kekal.
Langkah asas:
Sedar corak sendiri (ini paling penting)
Belajar kenal & namakan emosi
Latih minta sokongan kecil-kecilan
Komunikasi jujur tanpa lari
Terapi (terutama attachment-based therapy) sangat membantu
Bezakan dengan “independent yang sihat”
Independent Sihat Avoidant Attachment
Boleh berdikari & rapat Berdikari tapi takut rapat
Boleh minta tolong Enggan bergantung
Selesa dengan emosi Elak emosi
Ada sempadan Ada tembok
11/01/2026
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH | SESI 2026
🏫 Sekolah bukan sekadar tempat menuntut ilmu, tetapi medan membina impian, membentuk jati diri dan mencorak masa depan 🧑⚕️.
🧑🎓Kepada pelajar, melangkahlah dengan yakin dan jangan pernah berhenti berusaha. 👫Kepada ibu bapa, terima kasih atas doa, sokongan dan pengorbanan yang tidak pernah bertepi. 🧑🏫Kepada warga pendidik, jasa dan dedikasi anda menjadi cahaya kepada generasi pewaris negara.
Bersama kita mulakan sesi 2026 dengan azam yang kuat 💪, semangat yang tinggi 🔥dan tekad untuk terus maju 🚀.
Ayuh melangkah ke hadapan dan cipta kejayaan yang bermakna. 💪🏆
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the practice
Telephone
Website
Address
Bilik Kaunseling MIND X, Bangunan Dato Mohamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar, Iskandar Puteri
Johor Bahru
79603
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 22:00 |
| Tuesday | 08:00 - 22:00 |
| Wednesday | 08:00 - 22:00 |
| Thursday | 08:00 - 22:00 |
| Friday | 08:00 - 22:00 |
| Saturday | 08:00 - 22:00 |
| Sunday | 08:00 - 22:00 |