PDRM

PDRM

Share

Photos from PDRM's post 17/05/2024

KPN ADAKAN LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS ANGGOTA CEDERA TRAGEDI SERANGAN BALAI POLIS ULU TIRAM

Johor Bahru, 17 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan lawatan kebajikan ke atas seorang anggota polis yang cedera dalam tragedi serangan di Balai Polis Ulu Tiram, dekat Hospital Sultan Ismail , di sini, hari ini.

Tan Sri Razarudin yang diiringi Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu berkesempatan memberikan sokongan moral kepada Koperal Mohd Hasif Roslan yang bertugas di Unit Ronda Cegah Jenayah kerana mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut dan kini berada dalam keadaan stabil.

Terdahulu, negara digemparkan dengan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram oleh seorang lelaki yang menceroboh masuk balai berkenaan kira-kira jam 2.54 pagi tadi. Dalam kejadian yang berlaku telah mengorbankan dua anggota polis yang sedang bertugas dan seorang lagi mengalami kecederaan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, DCP Afandi Senin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, SAC Hoo Chuan Huat dan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak.

Photos from PDRM's post 26/03/2024

Dinasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dengan Scammer berkaitan dengan Homestay yang masih aktif dipercayai pasangan suami dan isteri, modus operandi ialah meminta bayaran wang pendahuluan atau deposit daripada mangsa sebagai (booking fees) sesebuah homestay di beberapa kawasan daerah negeri, masih dalam siasatan dan pemantauan pada musim perayaan tahun ini.

01/11/2023

HEBAHAN: LANJUTAN PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI DAN WANITA)

Tarikh tutup permohonan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki / Wanita) telah dilanjutkan sehingga 3 November 2023.

Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan adalah dijemput untuk memohon dalam Portal Rasmi e-Pengambilan PDRM.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 03-2266 8348/8350/8351 seperti yang tertera di laman Instagram dan Facebook Rasmi Unit Pengambilan PDRM.

Sumber: Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia

11/10/2023

KERATAN AKHBAR PILIHAN: GAJI ANGGOTA POLIS BAHARU DIKATEGORI KUMPULAN MISKIN – PENGARAH JSJ

Kuala Lumpur, 11 Oktober 2023 - Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai kump**an miskin apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.

Paling menyedihkan apabila anggota dalam kategori terbabit ditugaskan di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, yang menjadikan mereka sebagai miskin bandar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, anggota terbabit menandatangani jawatan rekrut Konstabel dengan tangga gaji RM1,441 dan selepas tamat latihan diberikan gaji dan elaun berjumlah RM1,800.

“Mereka ini akan membawa balik gaji bersih berjumlah RM1,500. Bolehkah anda hidup di Kuala Lumpur dengan jumlah gaji sebegitu?

“Itu tidak mengambil kira lagi kos biaya penyakit, anak istimewa (OKU), biaya hospital sehingga ada yang mendapatkan rawatan tiga kali seminggu.

“Jadi, ketua atau penyelia, sila ambil tahu dan kenal pasti anggota yang mengalami nasib sebegini dalam apa juga keadaan, sekiranya boleh bantu, maka bantulah mereka,” katanya pada Majlis Amanat Pengarah JSJ di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, baru-baru ini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Johor Bahru