Dunia Geografi
03/07/2023
Laut Kaspia, Tasik Terbesar di Dunia.
Laut Kaspia terletak di antara Asia dan Eropah di mana tasik ini tidak bersambung dengan laut. Namun, tasik ini mempunyai air masin yang sama seperti laut.
Laut Kaspia membatasi negara- negara seperti Kazakshtan, Turkmenistan, Iran, Azerbaijan dan Rusia. Ibu negara Azerbaijan iaitu Baku merupakan bandar yang terletak di tebing Laut Kaspia.
Laut Kaspia
Luas permukaan : 371 000 km persegi
Kedalaman : 980 meter
: : Dunia Geografi 2023 : :
02/07/2023
Kota Kinabalu dan Gunung Kinabalu, Malaysia. 🇲🇾
Kota Kinabalu 🏙️
Kota Kinabalu merupakan ibu negeri Sabah yang terletak di bahagian pantai barat Sabah. Lokasi bandar ini terletak di dataran sempit antara Banjaran Crocker ke timur dan Laut China Selatan ke barat.
Gunung Kinabalu 🗻
Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia dan Pulau Borneo. Lokasi gunung ini terletak di Banjaran Crocker dengan ketinggiannya mencapai 4 095 meter.
Kedua-dua lokasi ini saling menjadi tumpuan pelancong sama ada dalam negara atau luar negara dan kebanggaan bagi penduduk negeri Sabah khususnya.
: : Dunia Geografi 2023 : :
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Johor Bahru