Community Roda Johor - CRJ
03/06/2026
🚧 NOTIS PENUTUPAN JALAN SEMENTARA 🚧
KERJA-KERJA STRUKTUR RAMP JEJAMBAT JALAN BESAR, PASIR GUDANG
(Laluan Menghala ke Lebuhraya Pasir Gudang)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja persediaan bagi pelaksanaan Maintained Load Test (MLT) untuk projek pembinaan struktur ramp jejambat akan dilaksanakan di Jalan Besar, Pasir Gudang. Sehubungan itu, penutupan jalan sementara bagi satu arah laluan menghala ke Lebuhraya Pasir Gudang perlu dilaksanakan bagi membolehkan kerja-kerja mengangkat batu ujian dan I-Beam menggunakan kren dijalankan dengan selamat.
📅 04 Jun 2026 (Khamis)
🕙 10.00 pagi hingga 4.00 petang
Penutupan sementara ini melibatkan laluan menghala ke Lebuhraya Pasir Gudang sahaja dan dilaksanakan berikutan kekangan ruang kerja serta bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan pekerja di tapak sentiasa terpelihara.
Pengguna jalan raya adalah disarankan untuk menggunakan laluan alternatif yang telah ditetapkan serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesesakan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja.
Segala kesulitan yang dihadapi amat dikesali. Kerjasama dan pematuhan pengguna jalan raya terhadap arahan lalu lintas serta papan tanda amaran adalah amat dihargai demi kelancaran dan keselamatan bersama.
Terima kasih.
03/06/2026
🚨 𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗞𝗘𝗦 𝗩𝗜𝗥𝗔𝗟 𝗠𝗘𝗠𝗢𝗧𝗢𝗡𝗚 𝗗𝗜 𝗗𝗨𝗔 𝗚𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗥
📅 Tarikh Kejadian : 29/05/2026
📍 Lokasi : Jalan Pantai, Batu Pahat
⏰ Masa : 0947 Hrs
🚗 Kenderaan : Perodua Myvi
❌ Kesalahan : Memotong Di Dua Garisan Berkembar
⚖️ Tindakan : Saman PDRM (K) 257
📝 No. Saman : AX570731
📅 Tarikh Tindakan : 03/06/2026
📍 Tempat Tindakan : BSPTD Batu Pahat
Link Video : https://www.facebook.com/share/p/1B86Sfe6i1/
Pemandu telah hadir ke BSPTD Batu Pahat dan mengaku melakukan kesalahan tersebut. Tindakan saman telah diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
𝗣𝗔𝗧𝗨𝗛𝗜 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚-𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔.
𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗢𝗧𝗢𝗡𝗚 𝗗𝗜 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Address
Johor Bahru