Dtc-Jdt UDA UTAMA

Dtc-Jdt UDA UTAMA

Share

11/05/2026

😎🕺2026..

Photos from Dtc-Jdt UDA UTAMA's post 21/04/2026

⚽ PROGRAM PENGADIL MUDA ISKANDAR PUTERI (FASA 3) ⚽

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Pengadil Muda Iskandar Puteri Fasa 3 pada 20 hingga 21 April 2026 bertempat di SMK Bandar Uda Utama 📍

Program ini merupakan hasil jalinan kerjasama strategik antara:
🤝 DTC Uda Utama
🤝 Majlis Sukan Sekolah Johor Bahru (MSSDJB)
🤝 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)
🤝 Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ)
🤝 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Program telah dikendalikan oleh barisan instruktor pengadil berpengalaman iaitu:
👨‍🏫 Dr. Kamaruzaman
👨‍🏫 Cikgu Faisal
👨‍🏫 Cikgu Azizul
👨‍🏫 Cikgu Hilmi
👨‍🏫 Cikgu Hariz

Seramai 30 orang pengadil muda telah terlibat bermula dari Fasa 1 hingga Fasa 3, menunjukkan komitmen tinggi dalam menimba ilmu kepengadilan ⚽
Sepanjang program ini, para peserta telah didedahkan dengan:
📘 Kelas Teori Kepengadilan
🏟️ Latihan praktikal di padang dalam situasi perlawanan sebenar

Sebagai langkah seterusnya, para peserta akan menduduki Peperiksaan III anjuran PBNJ dalam masa terdekat.

Semoga usaha murni ini dapat melahirkan lebih ramai pengadil bola sepak yang berkaliber dan profesional pada masa hadapan 🌟
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini 👏

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Uda Utama 1, Bandar Uda Utama
Johor Bahru
81200