Roadtax Ranger

Roadtax Ranger

Share

16/03/2022

๐—ฅ๐—จ๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฅ๐—ข๐—”๐——๐—ง๐—”๐—ซ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ง๐—” ๐—ฅ๐—ข๐—ฆ๐—”๐—ž?

Mesti ramai yang masih terpinga-pinga tak tahu nak buat apa bila roadtax kenderaan dah rosak dan tak nampak, betul?

Iyelah, nanti kalau kena tahan dengan polis atau JPJ, dah jadi satu masalah p**a nak kena saman. ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ

Jadi, s**a untuk kami sharekan langkah-langkah yang perlu diambil jika roadtax dah tak nampak. ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

1) Pergi ke cawangan JPJ berhampiran.
2) Isi borang K.
3) Serahkan borang K dan IC di kaunter.
4) Buat pembayaran denda.
5) Permohonan akan di proses dan roadtax baru akan di cetak.

Semoga bermanfaat! Jemput SHARE biar lebih ramai orang tahu tentang perkongsian ni!

02/03/2022

๐—˜-๐—›๐—”๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ก๐—” ๐—”๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ง๐—” ๐—๐—จ๐—š๐—”โ‰๏ธ

Buat pengetahuan semua, mana-mana perkhidmatan pengangkutan awam, penghantar makanan dan penghantar parcel memang diwajibkan untuk ambil e-hailing insurans.

Iyelah, pelan insurans kenderaan biasa, tidak lindungi kenderaan yang menjalankan servis e-hailing kerana ia diklasifikasikan sebagai perkhidmatan awam. ๐Ÿ˜Š

Jadi, untuk mereka yang jalankan servis ni perlu ambil e-hailing insurans sebagai perlindungan tambahan untuk kenderaan mereka.

Dapat sesuatu dari perkongsian ni? Bantu kami klik SHARE untuk manfaat bersama!

23/02/2022

๐—œ๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ ๐Ÿณ ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—› ๐— ๐—จ๐——๐—”๐—› ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—๐—จ๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—ง๐—”โ€ผ๏ธ

Pernah tak berdepan dengan situasi dimana enjin kereta tiba-tiba tak boleh dihidupkan?

Iyelah, kadang tu terlupa nak panaskan enjin kereta dan terlupa nak check battery sebelum ke mana-mana, lagi-lagi jika pemandunya perempuan. ๐Ÿ˜…

Jadi, s**a untuk kami kongsikan 7 langkah mudah untuk gunakan jumper ketika enjin kereta tak hidup. ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

1. Matikan enjin dan suis kedua-dua kenderaan.
2. Sambungkan jumper kabel merah pada terminal positif bateri kong.
3. Sambungkan jumper kabel merah pada terminal positif bateri kereta bantuan.
4. Sambungkan jumper kabel hitam pada terminal negatif pada bateri kereta bantuan.
5. Sambungkan jumper kabel hitam pada terminal negatif bateri kereta kong.
6. Hidupkan enjin kereta bantuan.
7. Hidupkan enjin kereta kong.

Dapat sesuatu dari perkongsian ini? Bantu kami SHARE agar yang lain dapat manfaat juga!

16/02/2022

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—–๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—  ๐—˜๐—ซ๐—–๐—˜๐—ฆ๐—ฆโ€ผ๏ธ

Ramai yang masih tak tahu istilah โ€˜All Claim Excessโ€™ sebelum hidupkan insurans kenderaan anda, betul? ๐Ÿค”

Buat pengetahuan semua all claim excess ialah kadar bayaran yang perlu dibayar oleh pengguna sebelum claim insurans kenderaan mereka.

All claim excess terbahagi kepada 2 jenis iaitu compulsory excess dan voluntary excess. ๐Ÿ˜Š

Compulsory excess akan dikenakan bila:
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Pemilik/pemandu kenderaan berumur bawah 21 tahun.
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Pemegang lesen P bawah 2 tahun.
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Tidak didaftar di dalam polisi insurans sebagai pemandu kedua.

Jadi, apa perbezaannya 2 jenis all claim excess tu? Haa.. Harga polisi insurans compulsory excess mahal dan harga excess telah ditetapkan oleh syarikat insurans.

Tapi, untuk harga polisi insurans voluntary excess akan berkurang bergantung pada
percentage x jumlah perlindungan.

Dapat ilmu baru berkenaan all claim excess? Bantu kami SHARE untuk lebih ramai dapat manfaat dari ilmu ni. ๐Ÿค—

Photos from Roadtax Ranger's post 08/02/2022

๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ฃ๐—” ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—” ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐——๐—จ ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž? ๐Ÿค”

Ramai yang alami beberapa simptom mengantuk ketika memandu. Lagi-lagi bila memandu jauh, betul?

Tapi apa penyebabnya? Mesti ramai yang tertanya-tanya faktor pemandu mengantuk sehingga menyebabkan berlakunya โ€œmicro sleepโ€. ๐Ÿ˜ด

Lagilah, mengantuk adalah penyumbang terbesar berlakunya kemalangan di jalan raya.

Jadi, s**a kami kongsikan pemandu mengantuk dan jom bersama-sama kita elak amalkan faktor tersebut. ๐Ÿ˜Š

Dapat sesuatu? Belanja kami like jika bermanfaat!

05/02/2022

๐—•๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—–๐—Ÿ๐—”๐—œ๐—  ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ฆ ๐—ž๐—˜ ๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฅ๐—ข๐—”๐——๐—ง๐—”๐—ซ ๐— ๐—”๐—ง๐—œ?

Boleh ke tuntut bila kenderaan yang langgar tiada insurans? Mesti ramai yang ada persoalan macam tu dalam minda, betul? ๐Ÿค”

Rilek, jika tetap berlaku kemalangan dan menyebabkan kerugian, anda tetap boleh menuntut walaupun pesalah tiada lesen atau insurans. ๐Ÿง

Tuntutan anda boleh dibuat atas individu yang melanggar dan pemilik kenderaan (jika si pemandu bukan pemilik) walaupun tiada insurans. Anda boleh saman atas kapasiti persendirian.

Jadi, apa langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan oleh pemandu tanpa lesen dan tanpa insurans? ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

1) Tangkap gambar kereta yang melanggar, tangkap gambar kereta anda untuk laporan polis.

2) Tangkap gambar/salin no plat kenderaan yang melanggar untuk carian JPJ bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan pemilik kenderaan.

3) Tangkap gambar roadtax pelanggar untuk laporan polis

4) PENTING!!!- Minta nombor telefon dan nama penuh pelanggar supaya anda boleh menyaman pemandu dengan informasi yang cukup.

5) Buat laporan polis bagi kemalangan dalam tempoh 24 jam.

6) Hubungi pihak insurans anda.

7) Sekiranya pelanggar tiada lesen atau insurans. Anda selesaikan urusan pembaikian dahulu. Lantik peguam. Mulakan tindakan di mahkamah. Selepas dapat perintah untuk pelanggar membayar oleh mahkamah (penghakiman) mulakan tindakan untuk membankrapkan atau menyita atau lain-lain.

Dapat sesuatu? Bantu kami SHARE untuk sebarkan ilmu dan hak anda dalam kemalangan tiada insurans.

Want your business to be the top-listed Finance Company in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Johor Bahru