MINDA POSITIF

MINDA POSITIF

Share

Megalomania: Bila Rasa Diri Terlalu Besar Hingga Hilang Nilai Kemanusiaan 09/05/2026

Megalomania: Bila Rasa Diri Terlalu Besar Hingga Hilang Nilai Kemanusiaan Dalam kehidupan seharian, kita pasti pernah bertemu dengan individu yang terlalu mahu dipandang hebat. Mereka mahu sentiasa dipuji, mahu menjadi pusat perhatian, sukar menerima kritikan, dan merasa…

04/05/2026

10 Panduan untuk Ibu Bapa Anak ADHD yang Cenderung Melawan (Defiant)

1. Kekalkan sikap positif
Beri ganjaran dan pujian apabila anak berkelakuan baik. Ini membantu meningkatkan harga diri dan mengurangkan tingkah laku negatif.

2. Rawat sebelum menghukum
Jangan menghukum tingkah laku yang sebenarnya simptom ADHD. Pastikan rawatan membantu kawal simptom dahulu.

3. Gunakan komunikasi yang baik
Elakkan reaksi berlebihan. Tunjukkan cara yang tenang dan matang apabila berdepan emosi.

4. Elakkan situasi ‘meltdown’
Rancang strategi keluar awal dari situasi mencabar untuk mengelakkan tantrum.

5. Kawal emosi diri
Kekal tenang walaupun anak marah. Teknik pernafasan boleh membantu mengawal reaksi.

6. Jelaskan peraturan dan akibat
Terangkan dengan jelas apa yang tidak dibenarkan dan akibatnya. Konsisten dalam pelaksanaan.

7. Luangkan masa bermain sebelum menghukum
Kuatkan hubungan melalui aktiviti positif bersama anak.

8. Fahami corak anak
Kenal pasti pencetus emosi dan sensitiviti anak untuk bezakan antara degil dan emosi yang meluap.

9. Kenal pasti punca sebenar
Pertimbangkan kemungkinan masalah lain (contohnya ODD). Dapatkan penilaian pakar jika perlu.

10. Nilai diri sendiri sebagai ibu bapa
ADHD boleh diwarisi. Ibu bapa juga mungkin ada ciri yang mempengaruhi cara mendisiplinkan anak—dapatkan bantuan jika perlu.

Source: 10 Rules for Parents of ADHC Child with Defiant Behaviour, Additude Magazine

Want your practice to be the top-listed Clinic in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Johor Bahru