Green Resource Recovery Sdn Bhd
26/05/2026
SALAM AIDILADHA 1447H / 2026
SALAM AIDILADHA 1447H / 2026
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, seluruh Ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan serta warga kerja E-Idaman Group of Companies ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga ibadah korban dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta diberkati Allah SWT, di samping mengeratkan lagi ukhuwah, kasih sayang dan semangat kebersamaan sesama insan.
26/04/2026
Latihan Pengurusan Sisa Makanan Tingkat Kesedaran Staf Pantai Hospital Ampang
Ampang, 23 April 2026 — Hampir 30 orang staf Pantai Hospital Ampang telah menyertai satu sesi latihan pengurusan sisa makanan yang diadakan di Auditorium pada Khamis lalu, bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengendalikan sisa makanan secara betul dan sistematik.
Program ini menekankan bahawa institusi seperti hospital juga merupakan antara penyumbang kepada sisa makanan sekiranya tidak diurus dengan baik. Oleh itu, pendedahan berkaitan kaedah pengasingan dan pengendalian sisa makanan yang tepat amat penting bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
Sepanjang sesi berlangsung, para peserta menunjukkan komitmen tinggi dengan memberi perhatian penuh serta aktif mengemukakan pelbagai soalan. Ini kerana pengurusan sisa makanan berbeza daripada proses kitar semula biasa, sekali gus memerlukan pemahaman dan pendekatan yang khusus.
Latihan ini turut memperlihatkan peningkatan ketara dalam kefahaman staf, hasil daripada sesi terdahulu yang telah dilaksanakan. Kini, mereka dilihat lebih yakin dan mampu mempraktikkan kaedah pengendalian sisa makanan dengan lebih berkesan di tempat kerja.
Menariknya, sesi kali ini memberi peluang kepada semua peserta untuk mencuba sendiri proses penghasilan baja kompos menggunakan kaedah Takakura composting method.
Aktiviti praktikal ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman, malah membuka ruang kepada staf untuk mengaplikasikan teknik tersebut dalam skala kecil sama ada di tempat kerja mahupun di rumah.
Kesemua peserta dilihat teruja dan aktif melibatkan diri sepanjang sesi berlangsung. Diharapkan ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta diamalkan secara berterusan dalam usaha bersama memelihara kelestarian alam sekitar.
Jangan lupa ikuti TWITTER : ;
https://twitter.com/envidaman
Jangan lupa follow Instagram : e-idaman ; https://www.instagram.com/envidaman
FACEBOOK : E-Idaman Sdn Bhd ; https://www.facebook.com/envidaman/
https://www.tiktok.com/...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
PLOT 19, DARUL AMAN INDUSTRIAL Estate, BANDAR DARUL AMAN
Jitra
06000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |