Pusat Pendidikan Al-Azhar
16/05/2026
π KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI KEDAH (MASSAK) ZON UTARA 2026: 3 PESERTA SMAZ LAYAK MEWAKILI ZON 1 KE PERINGKAT NEGERI π
Alhamdulillah, pada 28 hingga 30 April 2026 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah (MASSAK) Zon Utara bertempat di SMA Makarimul Akhlak. Seramai 24 orang peserta telah mewakili Sekolah Menengah Al-Azhar dalam acara ping pong kategori perseorangan dan beregu lelaki serta perempuan.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah ini menjadi medan untuk para pelajar mengasah bakat, semangat kesukanan serta ukhuwah sesama peserta.
β¨ PENCAPAIAN SMA AL-AZHAR β¨
π₯ Johan Perseorangan Lelaki
β’ Farish Adriean bin Faizalludin
π₯ Tempat Ketiga Perseorangan Lelaki
β’ Danial Adha bin Muhammad Zuki
π₯ Tempat Ketiga Perseorangan Perempuan
β’ Siti Maryam binti Muhamad Nazri
Mereka bertiga turut layak mewakili Zon 1 ke Pertandingan MASSAK peringkat Negeri p**a yang dijadualkan akan berlangsung di UUM.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta, jurulatih dan guru pengiring atas usaha dan komitmen yang diberikan. Semoga kejayaan ini menjadi asbab untuk terus melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik, bahkan juga dalam bidang kokurikulum.
Semoga para pelajar terus melangkah dengan semangat, disiplin dan tawakal kepada Allah dalam mengejar kejayaan dunia dan akhirat. πΉ
ILTIZAM MELAHIRKAN INSAN RABBANI
__________________________________________________
SEKOLAH MENENGAH AL-AZHAR (SMAZ)
PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU
πππππ
Mendapat Pengiktirafan:
5 Bintang Sistem Kualiti IKRAM MUSLEH (SKIM)
4 Bintang Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS)
π±Daftar secara online di
https://my06.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=alazhar&sfnsn=wa
ILTIZAM MELAHIRKAN INSAN RABBANI
16/05/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Mukim Gelong
Jitra
06000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |