Hospital Jitra
12/01/2026
Sejak tahun 2023, Jabatan Pesakit Luar Hospital Jitra telah dinaiktaraf sebagai KLINIK PAKAR.
- Menggunakan konsep temujanji
- Berdasarkan rujukan dari fasiliti kesihatan yang lain seperti Klinik Kesihatan atau Klinik Swasta.
Sekiranya anda mempunyai gejala ringan seperti:
1. Sakit tekak – tidak mempunyai gejala pernafasan
2. Demam selsema yang tidak berlanjutan di kalangan dewasa
3. Sakit kepala yang ringan
4. Penyakit kulit yang kronik
5. Dressing luka
6. Membuka jahitan dan lain lain
- Anda boleh ke:
1. KLINIK KESIHATAN yang terdekat (dibenarkan secara walk-in):
- Hari ahad hingga Rabu (8 pagi hingga 5 petang)
- Hari Khamis (8 pagi hingga 3.30 petang)
Atau
2. KLINIK RAWATAN PESAKIT (LOCUM)
- Lokasi: Jabatan Kecemasan Hospital Jitra:
- Hari Ahad hingga Khamis (bermula jam 6 petang sehingga 11 malam)
- Hari Minggu atau Kelepasan Am (Jam 9 pagi hingga 11 malam)
Sekiranya anda mempunya gejala yang lebih SERIUS, sila ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Jitra (operasi 24 jam) untuk pemeriksaan selanjutnya.
Terima kasih.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Address
Jalan Changlun
Jitra
06000