Shinex
27/11/2024
Musim-musim hujan ni, antara yang paling menjadi concern orang ramai, memang pasal cermin lah.
Anda kawan-kawan tanya, apa beza antara Windscreen Coating dengan Water Repellent?
Sebelum tengok beza, kita tengok apa yang sama dulu
Yang samanya, dua-dua punya ubat untuk bagi cermin kalis air, kalis hujan. Bantu kita drive masa hujan.
Jadi, apa yang beza?
Bezanya; cara penggunaan, ketahanan & harga.
COATING
Coating ni agak rumit nak buat, tapi tahan lama, boleh sampai setahun++. Biasanya untuk hasil yang betul cantik, cermin akan di polish dulu. Polish tu untuk buang watermark, kotoran degil & bagi cermin clear elok, baru sapu coating. Kena titik pada span coating & sapu cermat macam gambar kiri tu. Kalau hantar kedai, biasa harga dari 100+ sampai 400, depends pada cermin. Biasa memang hantar kedai pun, orang tak buat sendiri, rumit kerjanya. 😅
REPELLENT
Repellent pulak lebih mudah penggunaannya. Cuma spray, spread rata & lap semula. Tapi tahan pun tak lama la, ada tahan seminggu dua, ada tahan sebulan dua, depends. Harga pun berbeza-beza. Repellent ni boleh buat sendiri je, takde masalah. Dah coating tapi nak tambah dengan repellent bagi lagi padu pun boleh, takde masalah.
Ok tak? Setakat ni clear? 😊
Kesimpulannya,
Depends pada kita. Kalau ada bajet & tak nak pening kepala, upah je orang buat polish + coating cermin. Kalau bajet tak berapa ada, beli je water repellent, spray sendiri. Dah habis, spray lagi. Habis, spray lagi. Ulang sampai abang jamil......? 😁
Ada lagi sebarang kekeliruan?
Anda tanya, Ustaz jawab.
Osah! 🤣
25/11/2024
Hujan, panas, hujan, panas, mana tak panau kereta. Sebab tu kena buat maintenance 3-4 bulan sekali.
Tak wajib pun.
Kalau nak kereta nampak maintain je hensem macam baru walaupun dah bertahun-tahun, buatlah.
Cermin & body kereta jadi licin. Air & kotoran pun susahlah nak lekat. Senanglah sikit nak jaga kereta. Cermin pun clear & licin macam daun keladi.
Macam Cx5 ni, nak masuk tahun ke-3 dah den jaga.
Antara perkara wajib buat masa maintenance, top up Repellant kat cermin depan. Bagi maintain kalis air.
Biasalah, musim hujan, kerap pakai wiper, biasanya 3-4 bulan mesti kena top up punya. Itupun sebab awal dulu dah buat Coating. Kalau tak, silap-silap 1 bulan je.
Ramai confuse antara Coating & Repellant ni. Ada ke yang berminat nak tau..?
Lagi-lagi bila ada bermacam produk kat pasaran sekarang ni. Semua nak pakai nama Coating.
Sampai Water Wax pun dah jadi Water Coating tau.
Osah! 🤣
Kalau minat nak tau, bagitau
08/11/2024
11 tahun Aston Myvi bini den. Tahun depan UPSR 😝
Body semua nampak ok lagi. Bonnet depan je dah k.o.
Dulu situ jadi tempat belajar & training polish kereta.
Padan muka.
Orang kata,
Antara cara untuk menzahirkan rasa bersyukur, adalah dengan menjaga & memelihara kurniaanNya.
Jadi, jagalah korang punya kereta. Pape roger!
Ok done tunggang agama.
Osah! 🤣
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
23 Jalan SP3/3, Bandar Saujana Putra
Jenjarom
42610