Nixk.M.R

Nixk.M.R

Share

02/03/2022

TNB saran tarif khas untuk aktiviti melombong kriptowang

TNB saran tarif khas untuk aktiviti melombong kriptowang
Operasi perlombongan Bitcoin secara haram kini kian berleluasa. Aktiviti ini juga mengakibatkan TNB kerugian berbilion ringgit disebabkan adanya kecurian elektrik. Oleh itu, Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang mencari cara untuk benarkan operasi ini berjalan secara sah dengan memperkenalkan tarif khas untuk aktiviti ini.
Menurut pengerusi dan ketua pegawai eksekutif TNB, Datuk Baharin Din, cadangan kadar tarif khas untuk melombong Bitcoin telah dirangka dan ia telah dimajukan kepada Suruhanjaya Tenaga Malaysia (Energy Commission) untuk mendapat kelulusan. Cadangan ini juga dikemukakan bagi menggalakkan pengendali lombong Bitcoin mendapatkan bekalan elektrik secara sah.
Kalau anda nak tahu bertapa parahnya kerugian yang dihadapi TNB, dalam tahun 2018 terdapat 610 kes kecurian elektrik telah dikesan. Kemudian, jumlah melonjak pada tahun 2021 apabila sebanyak 3,091 kes telah direkodkan.

Sebenarnya, aktiviti melombong Bitcoin yang dijalankan secara haram boleh datangkan risiko besar kepada premis serta orang lain di sekitar. Hal ini kerana biasanya orang yang mencuri elektrik untuk mesin melombong Bitcoin menggunakan kelengkapan elektrik yang tidak mendapat perakuan.

Maka ia boleh mengakibatkan kebakaran berlaku. Selain itu, aktiviti ini juga boleh menyebabkan gangguan bekalan elektrik di kawasan sekitarnya.
Jumlah tenaga yang dicuri oleh pelombong haram ini bukannya sedikit. Contohnya, dalam 2018, TNB melaporkan lebih daripada 4,545 GWh tenaga telah hilang daripada grid kuasa. Kerugian yang dianggarkan adalah lebih daripada RM2.3 billion. Disamping itu, pemilik premis akan teraniaya kerana perlu menanggung segala tuntutan dan tindakan yang dikenakan oleh pihak berkuasa hasil daripada aktiviti haram ini.

Dengan inisiatif mengenakan tarif khas untuk perlombongan Bitcoin, mungkin ia dapat mengurangkan kes kecurian elektrik serta mengurangkan kerugian yang berlaku selama ini.

[Sumber: NST, FMT]

23/01/2022

Salam
Retromania telah mendapat jemputan utk membuat Motorshow jelajah Selangor sempena pelancaran dan perasmian E-Sport peringkat Negeri Selangor yg akan dinamakan RETROMANIA Motorshow Road Tour Selangor 2022.

Road Tour ini akan diadakah di setiap Daerah di dalam Selangor bermula Januari hingga September dimana setiap jelajahan dlm Daerah tersebut akan diadakan Event Esport dan Retromania Motorshow. Utk Permulaan..acara perasmian dan pelancaran Event ini akan di adakan di Perkarangan Parking Stadium Shah Alam pada 22-23/1/2022.

Untuk Slot Retromania Motorshow akan diadakan Motorshow pelbagai kategori, Konvoi bermotorsikal, jualan Booth Assesori permotoran dan juga Retro Car booth sale.

Kita akan maklumkan lebih details mengenai Event ini dlm masa terdekat.
yang berminat utk berniaga bersama Retromania...bolehlah menghubungi saya.
0196247011

Kopipess ...

Shah Alam, Malaysia

23/01/2022

PUBG MOBILE GLOBAL CHAMPIONSHIP 2022

BERITA : Cabaran Team Malaysia E-Sport, PUBG MOBILE. Bersaing merebut hadiah bernilai USD1.5juta.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Jenjarom?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Saujana Putra
Jenjarom
42610