Angkasa Negeri Perak

Angkasa Negeri Perak

Share

Photos from Angkasa Negeri Perak's post 05/06/2026

๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—›๐— ๐—”๐—› ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ (๐—ฃ๐—๐—ฅ๐— ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”

Taklimat Penyelarasan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) 2026 ANGKASA Perak telah berlangsung dengan jayanya pada 03 Jun 2026 bertempat di Dewan Seminar KAKIB, Persiaran Meru Utama, Ipoh.

Program ini dianjurkan bagi menyelaras pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) dalam kalangan koperasi yang terlibat di Negeri Perak serta memperkukuhkan kefahaman mengenai tatacara dan prosedur pelaksanaan program bagi tahun 2026.

Hadir ke program ini ialah Ydh Tuan Haji Mohamed Shafie Bin Abd Karim, AMP., PPT selaku Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, Puan Fadzilah Binti Arshad selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, Encik Sharul Baha Bin Abd Rahman selaku Setiausaha Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak serta Encik Azhar Bin Mann selaku Bendahari Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Ydh Tuan Haji Mohamed Shafie Bin Abd Karim yang menekankan kepentingan peranan koperasi dalam membantu kerajaan memastikan rakyat mendapat akses kepada barangan keperluan asas pada harga yang berpatutan melalui pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada koperasi-koperasi yang sentiasa komited dalam menjayakan inisiatif yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Ashraf Nazaruddin, Pengurus ANGKASA Negeri Perak bersama Encik Azhari Baharin, Pegawai Perniagaan ANGKASA Negeri Perak dan turut bersama memberikan penerangan ialah wakil daripada Ibu Pejabat ANGKASA iaitu Encik Nadzrif Othman dan Encik Mohd Othman Adam.

Taklimat yang diberikan merangkumi perbincangan berkaitan Akaun Untung Rugi Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) 2025 serta penambahbaikan dan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) PJRM 3.0 bagi memastikan program dapat dijalankan dengan lebih teratur, sistematik dan berkesan.

Turut hadir dalam program ini dua pembekal yang terlibat dalam pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) iaitu Haji Abdullah Sani Bin Shaโ€™ari daripada Inflow Global Marketing Sdn. Bhd.,dan Encik Abu Bakar Bin Zeen daripada ABM Rezeki Maju Enterprise, di mana mereka telah berkongsi maklumat berkaitan penawaran produk, kaedah pelaksanaan program serta peluang kerjasama strategik bersama koperasi yang terlibat.

Untuk makluman semua, sesi taklimat telah berlangsung dalam dua sesi iaitu pada sebelah pagi dan petang dengan menyaksikan sebanyak 25 koperasi dari seluruh Negeri Perak telah menghadiri taklimat ini.

Kesemua koperasi tersebut merupakan antara koperasi yang telah melaksanakan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) dan memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih rendah.

Perbincangan yang berlangsung turut membuka ruang kepada peserta untuk mengemukakan pandangan, cadangan serta berkongsi pengalaman dalam melaksanakan program tersebut di peringkat komuniti.

Melalui program ini, ANGKASA berperanan sebagai badan puncak gerakan koperasi yang menyelaras, membimbing dan memperkukuhkan penglibatan koperasi dalam pelaksanaan inisiatif kerajaan.

ANGKASA turut bertindak sebagai penghubung antara koperasi, pembekal dan agensi berkaitan bagi memastikan Program Jualan Rahmah Madani dapat dilaksanakan dengan lebih efektif, memberi manfaat kepada anggota koperasi serta membantu meringankan kos sara hidup masyarakat setempat.

Secara keseluruhannya, Taklimat Penyelarasan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) 2026 ANGKASA Perak telah mencapai objektif yang ditetapkan melalui perkongsian maklumat, penyelarasan prosedur serta pengukuhan kerjasama antara ANGKASA, koperasi dan pembekal yang terlibat.

Diharapkan segala input dan panduan yang diperoleh sepanjang program ini dapat membantu koperasi melaksanakan PJRM dengan lebih cekap dan berkesan pada masa akan datang.

Komitmen berterusan daripada semua pihak akan memastikan Program Jualan Rahmah Madani terus menjadi platform yang memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat serta memperkukuhkan peranan koperasi sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi negara.

Photos from Angkasa Negeri Perak's post 05/06/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—ฆ๐——๐—ก. ๐—•๐—›๐——. ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š-๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ž ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐——

Mesyuarat Projek Perumahan antara MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. dan Koperasi Perumahan Orang-Orang Melayu Teluk Intan Perak Berhad telah berlangsung pada 29 Mei 2026 bertempat di Pejabat ANGKASA Negeri Perak.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan cadangan pelaksanaan projek perumahan yang melibatkan kerjasama strategik antara MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. dan Koperasi Perumahan Orang-Orang Melayu Teluk Intan Perak Berhad.

Turut hadir mesyuarat ini ialah Ydh Tuan Haji Mohamed Shafie Bin Abd Karim, AMP., PPT., selaku Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, YBhg. Datoโ€™ Haji Che Mohd Shukree Bin Che Isa, selaku Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MyANGKASA Bina Sdn. Bhd, Encik Azrul Hisyam Bin Munap, CEO MyANGKASA Bina Sdn. Bhd, Tuan Haji Mohd Saad Bin Samsudin selaku Pengerusi Koperasi Perumahan Orang-Orang Melayu Teluk Intan Perak Berhad, serta Encik Ahmad Daman Huri Bin Mohamed Tahir, selaku Bendahari Koperasi Perumahan Orang-Orang Melayu Teluk Intan Perak Berhad.

Antara perkara utama yang dibincangkan adalah cadangan pembangunan projek perumahan yang bakal dilaksanakan melalui kerjasama antara MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. dan Koperasi Perumahan Orang-Orang Melayu Teluk Intan Perak Berhad.

Perbincangan turut memberi fokus kepada aspek perancangan projek, potensi pembangunan, serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan projek dapat direalisasikan dengan lancar dan memberi manfaat kepada anggota koperasi serta masyarakat setempat.

Dalam menjayakan inisiatif ini, ANGKASA Negeri Perak memainkan peranan sebagai pemudah cara dengan membantu menyelaras kerjasama antara pihak-pihak yang terlibat, di samping memastikan setiap perancangan dan keperluan projek dapat dipenuhi mengikut prosedur serta matlamat yang telah ditetapkan.

Secara keseluruhannya, mesyuarat ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan menjadi platform penting dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama antara ANGKASA, MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. dan Koperasi Perumahan Orang-Orang Melayu Teluk Intan Perak Berhad.

Diharapkan hasil perbincangan ini akan membuka ruang kepada pelaksanaan projek perumahan yang berdaya maju, mampan dan mampu memberikan manfaat jangka panjang kepada anggota koperasi serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi komuniti setempat.

26/05/2026

๐˜ผ๐™จ๐™จ๐™–๐™ก๐™–๐™ข๐™ช๐™–๐™ก๐™–๐™ž๐™ ๐™ช๐™ข..

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya warga gerakan koperasi di Negeri Perak dan seluruh Malaysia.

Aidiladha bukan sekadar simbol pengorbanan, malah menjadi lambang keikhlasan, kesatuan dan semangat kebersamaan dalam memperkukuhkan kehidupan bermasyarakat. Nilai-nilai inilah yang sentiasa menjadi teras kepada gerakan koperasi dalam membina ekonomi yang lebih mampan, prihatin dan sejahtera untuk manfaat bersama.

Saya amat menghargai komitmen serta kerjasama seluruh anggota koperasi di Negeri Perak yang terus memainkan peranan penting dalam memperkasakan gerakan koperasi demi kesejahteraan komuniti dan pembangunan ekonomi rakyat.

Semoga sambutan Aidiladha kali ini terus menyemarakkan semangat pengorbanan serta perpaduan dalam memperkukuhkan ukhwah dan menjadi inspirasi untuk kita terus melangkah maju bersama dalam memperkasa gerakan koperasi ke arah yang lebih cemerlang.

Salam Aidiladha dan selamat bercuti bersama keluarga tercinta.

๐˜๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ญ๐˜ข๐˜ด ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข,
๐—›๐—ท ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฑ ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐—ฒ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—”๐—ฏ๐—ฑ ๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—บ,๐—”๐— ๐—ฃ,.๐—ฃ๐—ฃ๐—ง.
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ถ ๐—๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ

26/05/2026

๐“ข๐“ช๐“ต๐“ช๐“ถ ๐“๐“ฒ๐“ญ๐“ฒ๐“ต๐“ช๐“ญ๐“ฑ๐“ช

Sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya warga koperasi dan anggota ANGKASA di Negeri Perak dan seluruh Malaysia.

Semoga Aidiladha kali ini membawa sinar keinsafan, memperkukuhkan semangat pengorbanan, keikhlasan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

Marilah kita bersama-sama mencontohi nilai pengorbanan dan ketaatan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. dalam membina masyarakat yang lebih harmoni, prihatin dan bersatu padu.

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan yang dilaksanakan diterima serta diberkati Allah SWT.

Ikhlas daripada,

๐’ซ๐‘’๐“ƒ๐‘”๐‘’๐“‡๐“Š๐“ˆ๐’พ ๐’น๐’ถ๐“ƒ ๐’ฅ๐’ถ๐“Œ๐’ถ๐“‰๐’ถ๐“ƒ๐“€๐“Š๐’ถ๐“ˆ๐’ถ
๐’œ๐’ฉ๐’ข๐’ฆ๐’œ๐’ฎ๐’œ ๐’ฉ๐‘’๐‘”๐‘’๐“‡๐’พ ๐’ซ๐‘’๐“‡๐’ถ๐“€

20/05/2026

๐‰๐„๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐”๐๐€๐‰๐€๐“ & ๐๐€๐‚๐€๐€๐ ๐˜๐€๐’๐ˆ๐ ๐€๐๐†๐Š๐€๐’๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak dengan penuh takzim dan rendah diri menjemput seluruh saf kepimpinan, warga koperasi, serta sahabat handai sekalian untuk bersama-sama menyertai Majlis Munajat dan Bacaan Yasin Sempena Memohon Kesembuhan dan Kesihatan Puan Wiza Rozahrin binti Mohamed Radzi (Ahli Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak) yang kini sedang diuji dengan kesihatan beliau.

Mari kita luangkan sedikit masa untuk bermunajat, membaca Yasin, dan memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar diberikan kesembuhan yang mutlak, kekuatan, serta keafian yang berpanjangan buat Puan Wiza Rozahrin.

Butiran majlis adalah seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 22 Mei 2026 (Jumaat)
โฐ Masa: 9:00 Malam
๐Ÿ“ Platform: Aplikasi Zoom Meeting

๐Ÿ”— Pautan Terus Zoom:
https://us02web.zoom.us/j/87906825350?pwd=48pCVuMp5TlcNyM2DdQNS896EQX4dU.1

๐Ÿ†” Meeting ID: 879 0682 5350
๐Ÿ”‘ Passcode: 778753

Kehadiran dan keikhlasan doa daripada tuan-tuan dan puan-puan sekalian amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jazakumullahu khairan katsiran. Semoga asbab perhimpunan maya ini, urusan kesembuhan sahabat kita dipermudahkan-Nya.

โ€œ๐˜š๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข.โ€

Photos from Angkasa Negeri Perak's post 20/05/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ง๐—œ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—›

Program KURSUS PEMANTAPAN JATI DIRI KEUSAHAWANAN DAN KEPIMPINAN KOPERASI SEKOLAH telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Mei 2026 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II.

Program ini menghimpunkan semua koperasi sekolah daripada empat daerah iaitu daerah Kerian, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar serta Hulu Perak bagi memperkukuhkan semangat kepimpinan, keusahawanan dan jati diri dalam kalangan pelajar serta guru koperasi sekolah.

Program ini telah disertai seramai 170 peserta yang terdiri daripada murid dan guru sekolah serta melibatkan sebanyak 54 koperasi sekolah yang hadir bagi menjayakan kursus berkenaan.

Kehadiran yang memberangsangkan ini jelas menunjukkan komitmen tinggi warga koperasi sekolah dalam memperkasakan gerakan koperasi di peringkat sekolah.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran barisan tetamu kehormat antaranya Ydh Tuan Haji Mohamed Shafie Abd Karim selaku Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, Puan Fadzilah Vijaya Binti Abdullah selaku Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak serta Puan Azizah Binti Ariffin selaku Pengetua SMK Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak.

Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah Encik Sharul Baha Bin Abd Rahman, Setiausaha JawatanKuasa ANGKASA Negeri perak.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Ydh Tuan Haji Mohamed Shafie Abd Karim yang menekankan kepentingan pembentukan sahsiah, nilai kepimpinan serta semangat keusahawanan dalam melahirkan generasi pelapis koperasi yang berdaya saing, berintegriti dan berketerampilan.

Sepanjang program berlangsung, sesi Kursus Pemantapan Jati Diri Keusahawanan dan Kepimpinan Koperasi Sekolah telah dikendalikan oleh Encik Muhammad Ashraf Nazaruddin selaku Pengurus ANGKASA Negeri Perak, Pengisian yang disampaikan memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan koperasi sekolah, kepimpinan berkesan serta pembangunan jati diri dalam mengurus organisasi koperasi secara lebih sistematik dan progresif.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Fadzilah Vijaya Binti Abdullah Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan, Pengerusi ANGKASA Negeri Perak turut menyampaikan cenderahati kepada Puan Fadzilah Vijaya Binti Abdullah dan Puan Azizah Binti Ariffin atas sokongan dalam menjayakan program tersebut.

Sebagai badan puncak gerakan koperasi negara, ANGKASA sentiasa komited dalam memperkasa pembangunan koperasi sekolah melalui pelaksanaan program berbentuk pendidikan, kepimpinan, keusahawanan dan pembangunan sahsiah pelajar.

Penganjuran program seperti ini bukan sahaja mampu melahirkan generasi muda yang berilmu dan berdaya saing, malah dapat membentuk bakal pemimpin koperasi yang mempunyai jati diri, disiplin serta semangat kerjasama yang tinggi.

Diharapkan segala ilmu, pengalaman dan pendedahan yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta dalam memperkukuhkan pengurusan koperasi sekolah masing-masing.

Semoga usaha berterusan daripada ANGKASA bersama pihak sekolah dan agensi berkaitan akan terus memperkasakan gerakan koperasi sekolah demi melahirkan modal insan yang cemerlang, berkepimpinan dan berjiwa usahawan pada masa hadapan.

Photos from Angkasa Negeri Perak's post 20/05/2026

BENGKEL PEMERKASAAN PROJEK TERNAKAN AYAM KAMPUNG KACUK DAN AYAM KAMPUNG ASLI GERAKAN KOPERASI

Program Bengkel Pemerkasaan Projek Ternakan Ayam Kampung Kacuk dan Ayam Kampung Asli Gerakan Koperasi telah berlangsung pada 15 hingga 16 Mei 2025 bertempat di MH Hotel Ipoh dengan jayanya serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta koperasi dan penggiat industri penternakan.

Majlis turut dihadiri barisan kepimpinan dan tetamu kehormat antaranya Ydh Tuan Haji Mohamed Shafie Abd Karim selaku perasmi program, Ydh Tuan Haji Wan Mohamad Zain bin Wan Abdullah serta Ybrs Dato Dr Haji Nasiruddin Othman.

Turut bersama hadir ialah Puan Fadzilah binti Arshad selalu Timbalan JawatanKuasa ANGKASA Negeri Perak, Encik Shafie bin Mohd Salleh dan Tuan Haji Jamaluddin Lebai Yusop dari JawatanKuasa ANGKASA Negeri Perak.

Bagi pihak ANGKASA, program ini turut dihadiri oleh Encik Mohald Rais bin Ismail dan Encik Azahari Bahrain.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu serta perkongsian berkaitan pengurusan dan operasi penternakan ayam kampung secara lebih sistematik dan berdaya saing.

Slot utama telah disampaikan oleh Encik Abul Azizee bin Abu Bakar daripada Abul Agromax Sdn. Bhd. yang membentangkan topik berkaitan pengurusan dan operasi ladang ternakan ayam, kaedah pemprosesan serta pemasaran ayam hidup dan ayam segar.

Selain itu, beliau turut berkongsi mengenai aspek pengurusan kesihatan ayam termasuk langkah pencegahan penyakit, penjagaan kebersihan ladang serta teknik penternakan yang mampu meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil ternakan.

Program ini dilihat mampu memberi pendedahan serta nilai tambah kepada peserta khususnya koperasi yang berminat untuk menceburi atau memperkukuhkan sektor penternakan ayam kampung sebagai salah satu sumber ekonomi koperasi yang berpotensi tinggi.

Dalam ucapan penutup, Ydh Tuan Haji Mohamed Shafie Abd Karim menzahirkan penghargaan kepada semua peserta, penceramah dan urus setia yang telah menjayakan program tersebut.

Beliau turut menekankan kepentingan koperasi untuk terus memperkasa sektor pertanian dan penternakan melalui penggunaan teknologi, pengurusan yang cekap serta jaringan pemasaran yang lebih luas bagi memastikan gerakan koperasi terus kekal relevan dan berdaya maju.

ANGKASA komited dalam memperkukuhkan pembangunan ekonomi koperasi melalui pelaksanaan program-program latihan dan pemerkasaan seperti ini agar koperasi mampu menjadi pemacu utama kepada pembangunan komuniti serta meningkatkan taraf sosioekonomi anggotanya secara mampan.

Photos from Angkasa Negeri Perak's post 17/05/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ โ€œ๐‡๐Ž๐Œ๐„ ๐๐€๐’๐„๐ƒ ๐…๐Ž๐Ž๐ƒโ€ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Š๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ

Program Bengkel Pembangunan โ€œHome Based Foodโ€ Untuk Koperasi Komuniti telah berlangsung dengan jayanya pada 12 dan 13 Mei 2026 bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh.

Program ini telah menghimpunkan peserta dalam kalangan koperasi komuniti bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kefahaman berkaitan pembangunan perniagaan makanan berasaskan rumah atau โ€œHome Based Foodโ€ secara lebih sistematik dan berdaya saing.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Ydh Tuan Haji Mohamed Shafie Abd Karim selaku Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak, Turut hadir mewakili ANGKASA Pusat ialah Puan Norihan Mahafar.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian bermanfaat yang mampu membantu koperasi komuniti memperkukuhkan pengurusan serta pengembangan perniagaan makanan dari rumah.

Antara pengisian utama ialah taklimat berkaitan โ€œHome Based Foodโ€ dan Garis Panduan Keselamatan Makanan yang disampaikan oleh Puan Sazilawati Mohd Yusof, Taklimat tersebut memberi pendedahan berkaitan aspek keselamatan, kebersihan serta pematuhan standard makanan yang perlu dititikberatkan oleh pengusaha makanan berasaskan rumah.

Selain itu, peserta turut mengikuti sesi Taklimat Strategi Pemasaran Produk โ€œHome Based Foodโ€ yang disampaikan oleh Puan Khairiah Ibrahim Sesi ini memberi fokus kepada strategi pemasaran efektif, penjenamaan produk serta penggunaan platform digital bagi membantu koperasi meningkatkan capaian pasaran dan daya saing produk masing-masing.

Program turut diteruskan dengan sesi Taklimat Peluang Pembiayaan dan Pinjaman yang disampaikan oleh En Mohd Ikhwan Megat Saidi Taklimat ini memberi penerangan berkaitan peluang pembiayaan serta bantuan kewangan yang boleh dimanfaatkan oleh koperasi untuk memperkembangkan perniagaan mereka.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Ydh Tuan Haji Mohamed Shafie Abd Karim yang turut berharap agar program seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan koperasi komuniti yang berdaya maju, berpengetahuan dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi koperasi serta komuniti setempat.

Melalui penganjuran program seperti ini adalah sebagai medium memperkasa gerakan koperasi komuniti khususnya dalam bidang keusahawanan makanan berasaskan rumah atau โ€œHome Based Foodโ€. ANGKASA sentiasa komited dalam menyediakan platform latihan, bimbingan, jaringan kerjasama strategik serta pendedahan berkaitan pembangunan perniagaan bagi membantu koperasi meningkatkan daya saing, memperluaskan pasaran serta menjana pendapatan yang lebih mampan.

Selain itu, ANGKASA turut berperanan sebagai penghubung antara koperasi dengan agensi kerajaan serta institusi berkaitan bagi membuka lebih banyak peluang pembiayaan, pemasaran dan pembangunan kapasiti kepada anggota koperasi.

Secara keseluruhannya, penganjuran Bengkel Pembangunan โ€œHome Based Foodโ€ Untuk Koperasi Komuniti ini diharapkan dapat memberi manfaat serta impak positif kepada seluruh peserta dalam memperkukuhkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Program sebegini juga mampu melahirkan lebih ramai usahawan koperasi yang berdaya tahan, kreatif dan kompetitif selaras dengan aspirasi ANGKASA dalam memperkasakan ekonomi koperasi dan komuniti.

Diharapkan segala ilmu serta perkongsian yang diperoleh sepanjang program dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kemajuan koperasi serta pembangunan ekonomi masyarakat setempat pada masa akan datang.

16/05/2026

Sempena sambutan dengan tema โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia.

Guru merupakan insan yang amat berjasa dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing demi kemajuan agama, bangsa dan negara.

Dengan penuh kesabaran dan dedikasi, para guru mendidik anak-anak bangsa bukan sahaja di dalam bilik darjah, malah menjadi pembimbing yang mencorakkan masa depan negara.

Dalam masa yang sama, peranan guru juga amat besar dalam membangunkan gerakan koperasi sekolah yang menjadi platform penting dalam menerapkan nilai kepimpinan, tanggungjawab, kerjasama serta semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Melalui bimbingan dan komitmen guru, koperasi sekolah terus berkembang sebagai medium pendidikan yang mampu melahirkan generasi muda yang lebih berdisiplin, kreatif dan berkemahiran dalam pengurusan.

Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan para guru tidak ternilai dalam usaha membangunkan masyarakat yang berilmu, berintegriti dan mampu menyumbang kepada kemajuan Malaysia.

Segala ilmu, tunjuk ajar dan didikan yang dicurahkan akan terus menjadi inspirasi serta dikenang sepanjang hayat.

โ€œTerima Kasih Cikgu, jasamu dikenang, baktimu disanjung.โ€

Semoga seluruh warga pendidik terus diberikan kesihatan, kekuatan dan semangat yang tinggi dalam meneruskan amanah mendidik anak bangsa serta terus cemerlang dalam melahirkan generasi pewaris negara yang berkualiti dan berwawasan.

Ikhlas daripada,

Tn. Hj. Mohamed Shafie bin Abd Karim
Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak,

Dan,

Seluruh Anggota Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak.

Photos from Angkasa Negeri Perak's post 06/05/2026

๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐— ๐—จ ๐—ž๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—” ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Salam ukhuwah dan salam koperasi.

Telah berlangsung pada 05 Mei 2026, Program Hari Bertemu Koperasi Anggota ANGKASA Negeri Perak bagi daerah Manjung dan Perak Tengah yang bertempat di TVET MARA, Lumut.

Program ini merupakan satu platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara koperasi setempat bersama agensi peneraju gerakan koperasi.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian telah diadakan termasuk taklimat akses pembiayaan yang disampaikan oleh Puan Siti Khadijah Binti Ahmad Shukri, Penolong Pegawai Penilaian Kredit Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), yang memberi pendedahan berkaitan peluang pembiayaan kepada koperasi.

Selain itu, sesi perkongsian mengenai keanggotaan Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA) telah disampaikan oleh YBrsh. Puan Hajah Fatimah Nurhaliza binti Mohd Hatta, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa (KOPSYA), yang menerangkan manfaat serta peranan KOPSYA dalam menyokong keperluan kewangan koperasi secara patuh syariah.

Program ini turut menampilkan kupasan berkaitan peranan dan hala tuju ANGKASA dalam memperkasa gerakan koperasi di peringkat negeri dan nasional.

Di samping itu, sesi dialog terbuka turut diadakan bagi memberi ruang kepada para peserta berinteraksi secara langsung bersama barisan kepimpinan ANGKASA, SKM dan KOPSYA dalam membincangkan isu serta cabaran yang dihadapi oleh koperasi.

Majlis telah diserikan dengan ucapan aluan oleh YBrs. En. Zairul Anuar Bin Zamri dan seterusnya dirasmikan oleh Ydh Tuan Haji Mohamed Shafie Abd. Karim, Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Perak.

Turut hadir tetamu kehormat ialah En. Shahrizan Bin Abdullah, Timbalan Pengarah SKM Negeri Perak, TS. En. Azman bin Long, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik TVET MARA Lumut, YBhg. Datoโ€™ Haji Mohd Jamil bin Othman, Timbalan Pengerusi Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa (KOPSYA).

Sebagai penutup, adalah diharapkan agar penganjuran program seperti ini akan terus menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan strategik antara koperasi, ANGKASA serta agensi-agensi berkaitan dalam usaha memartabatkan gerakan koperasi di peringkat negeri dan nasional.

Melalui perkongsian ilmu, pertukaran pandangan serta jaringan kerjasama yang terjalin, koperasi-koperasi khususnya di daerah Manjung dan Perak Tengah diyakini mampu bergerak lebih progresif, berdaya saing dan mampan dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.

ANGKASA Negeri Perak komited untuk terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dan penyelaras dalam menyokong pembangunan koperasi melalui pelbagai inisiatif, program serta kerjasama strategik yang berterusan.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat menyeluruh kepada semua anggota koperasi serta menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi komuniti dan kesejahteraan bersama.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No. 24A & 26A, Jalan Bestari B2, Medan Meru Bestari (Zon 5), Bandar Meru Raya
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:30
Tuesday 09:00 - 18:30
Wednesday 09:00 - 18:30
Thursday 09:00 - 18:30
Friday 09:00 - 18:30