Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Jabatan Pendidikan Negeri Perak

Share

01/07/2026

Permohonan Sijil Tahfiz Negeri Perak (STNP) Tahun 2026.

01/07/2026

Penebusan Baucar Buku MADANI 2026 sudah bermula pada 1 Julai 2026 (Rabu). Baucar ini khusus untuk murid Institusi Menengah serta Lepasan Menengah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM) merangkumi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, Kelas Peralihan, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah, pelajar Tingkatan 6, STAM, Prauniversiti/Pintar Cemerlang, Program Matrikulasi KPM, serta pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG).

Sila layari d2.delima.edu.my untuk membuat penebusan bermula jam 10.00 pagi

01/07/2026

🌟 Tahniah dan Syabas! 🌟

Seluruh warga PPD Hulu Perak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Aniqah Syahzananie binti Adie, murid SMK Sultan Idris Shah II, Gerik, atas kejayaan terpilih mewakili Negeri Perak ke Majlis Pemimpin Murid Malaysia (MPMM) Peringkat Kebangsaan.

Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap keupayaan, kepimpinan dan potensi yang dimiliki oleh Aniqah sebagai pemimpin muda yang berwibawa. Semoga penyertaan di peringkat kebangsaan ini menjadi medan untuk menimba pengalaman, memperkukuh kemahiran kepimpinan serta mengharumkan nama sekolah, Daerah Hulu Perak dan Negeri Perak.

Warga PPD Hulu Perak mendoakan agar Aniqah terus cemerlang dan memberikan yang terbaik sepanjang program berlangsung.

Tahniah Aniqah! Terus melakar kecemerlangan dan menjadi inspirasi kepada generasi pemimpin masa hadapan. πŸ’πŸ‡²πŸ‡Ύ

Pemimpin Hari Ini, Legasi Untuk Selamanya!

01/07/2026

Salam takziah

PERAK TENGAH BERDUKA.

Dengan penuh rasa dukacita, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Zahari bin Omar, Penolong PPD (Menengah & Tingkatan Enam), yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu jam 5.55 pagi 1 Julai 2026.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada warga pendidikan. Sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham telah mencurahkan bakti dengan penuh dedikasi, amanah dan komitmen dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan di Daerah Perak Tengah. Jasa dan sumbangan Allahyarham akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga pendidikan.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan para anbiya, siddiqin, syuhada dan solihin.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,

Tuan Pegawai Pendidikan Daerah
dan seluruh Warga Pendidikan Daerah Perak Tengah

* info berkaitan akan dikemaskini dari masa ke masa

Want your organization to be the top-listed Government Service in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00