JPS Negeri Perak
12/05/2026
MESYUARAT JAWATAKUASA KERJA PROJEK (PWG) NEGERI PERAK
12 Mei 2026, Ipoh – Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam, YB Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar bin Jamaludin telah sudi mempengerusikan mesyuarat ini bersama Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato’ Haji Ishak pada pagi tadi.
Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan perkembangan serta status terkini perlaksanaan projek-projek yang dilaksanakan oleh pihak GEC di negeri ini.
Delegasi Global Environment Centre (GEC) telah diketuai oleh Dr. Kalithasan Kailasam selaku Pengurus Program Penjagaan Sungai, dan turut dihadiri oleh wakil-wakil jabatan yang lain.
11/05/2026
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera) • Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) • WP Kuala Lumpur • Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol) • Sarawak: Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan) sehingga 10:00 malam; Isnin, 11 Mei 2026.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 7:00 malam, 11 Mei 2026
11/05/2026
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐋𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak dengan sukacitanya mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Jurutera yang telah memulakan tugas pada 11 Mei 2026 iaitu :
1. 𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐌𝐔𝐇𝐃 𝐉𝐀𝐒𝐍𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐈𝐋𝐈𝐀𝐒 (𝘑𝘶𝘳𝘶𝘵𝘦𝘳𝘢 𝘑10) 𝘑𝘶𝘳𝘶𝘵𝘦𝘳𝘢, 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘬𝘢𝘯𝘪𝘬𝘢𝘭 𝘥𝘢𝘯 𝘌𝘭𝘦𝘬𝘵𝘳𝘪𝘬𝘢𝘭, 𝘑𝘗𝘚 𝘗𝘦𝘳𝘢𝘬
2. 𝐄𝐍𝐂𝐈𝐊 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐌𝐀𝐃 𝐀𝐑𝐈𝐅𝐅 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐊𝐇𝐀𝐋𝐈𝐃, (𝘑𝘶𝘳𝘶𝘵𝘦𝘳𝘢 𝘑9) 𝘗𝘦𝘯𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘑𝘶𝘳𝘶𝘵𝘦𝘳𝘢 𝘋𝘢𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘒𝘶𝘢𝘭𝘢 𝘒𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢𝘳.
Pengarah serta seluruh warga kerja JPS Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi. Semoga kehadiran Tuan membawa semangat baharu, idea yang progresif serta dapat memperkukuh lagi komitmen jabatan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Negeri Perak secara amnya.
Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga kerja JPS Negeri Perak.
08/05/2026
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada:
1. 𝐄𝐧. 𝐌𝐮𝐡𝐝 𝐙𝐮𝐥𝐤𝐢𝐟𝐥𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐈𝐝𝐫𝐢𝐬, 𝘗𝘦𝘯𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘒𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘬𝘢𝘯𝘪𝘬𝘢𝘭 𝘥𝘢𝘯 𝘌𝘭𝘦𝘬𝘵𝘳𝘪𝘬𝘢𝘭, 𝘑𝘗𝘚 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘗𝘦𝘳𝘢𝘬 yang akan bertukar ke Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, JPS Malaysia.
2. 𝐄𝐧. 𝐀𝐢𝐫𝐮𝐥 𝐀𝐬𝐰𝐚𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝘗𝘦𝘯𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘑𝘶𝘳𝘶𝘵𝘦𝘳𝘢 𝘋𝘢𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘑𝘢𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘢𝘪𝘳𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘚𝘢𝘭𝘪𝘳𝘢𝘯 𝘋𝘢𝘦𝘳𝘢𝘩 𝘒𝘶𝘢𝘭𝘢 𝘒𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢𝘳 yang akan bertukar ke Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Raub.
Pihak jabatan mendoakan agar tuan-tuan akan terus maju jaya serta cemerlang dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab di tempat baharu.
Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga kerja Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
Ipoh
30000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |