Alquran RUMI Terjemahan

Alquran RUMI Terjemahan

Share

30/05/2023

*14 AMALAN SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK PERGI..*

Apakah amalan2 yg perlu dilakukan... yang amat diinginkan oleh ahli kubur?

1. Perbanyak membaca al Quran.

2. Perbanyak membaca surah al-Zahrawayn (dua cahaya yang bersinar). Melazimi membaca surah al Baqarah dan Ali Imran, kelak mendapat syafaat di Padang Mahsyar.

3. Perbanyak selawat ke atas Nabi SAW.

4. Melazimi membaca surah Al-Mulk sebelum tidur setiap malam.

5. Melazimi membaca Ayatul Kursi selepas solat fardhu.

6. Perbanyak membaca Sayyidul Istighfar.

7. Sentiasa beristigfar dan bertaubat kepada Allah Taala.

8. Perbanyakkan bersedekah dan berwakaf.

9. Melazimi membaca doa Nabi Yunus a.s 40x ketika sakit menjelang kematian, pasti diberikan pahala orang yang mati syahid.

10. Mengamalkan solat sunat Dhuha setiap hari yang dihapuskan dosa2 terdahulu.

11. Menghidupkan akhir malam dengan solat Tahajjud.

12. Menghadiri majlis ilmu (taman syurga). Antara kelebihan mendapat ketenangan dan rahmat, dipermudahkan jalan menuju syurga, beroleh ganjaran pahala.

13. Menziarah kubur dan duduk disisinya sambil mendoakan si mati.

14. Amalkan doa 3x sehari seperti yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W:

"Subhanakallahumma wabihamdika astaghfiruka wa atubu ilaih."

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

=======================

03/04/2023

Jom sama2 kita amalkan 😊

Kelebihan Sayyidul Istighfar :

👉🏻 Kelebihan 1
Daripada Syaddad bin Aus RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang mengucapkannya (Sayyid al-Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga”.

👉🏻 Kelebihan 2
Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”. [Riwayat Abu Daud (1518)][Menurut Syeikh Syu’aib al-Arna’outh: Sanadnya dhaif kerana salah seorang perawi bernama al-Hakam bin Mus’ab padanya jahalah (tidak dikenali) sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Zahabi]

Want your business to be the top-listed Shop in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Ipoh