KPDN-Perak

KPDN-Perak

Share

Photos from KPDN-Perak's post 15/05/2026

SEDANG BERLANGSUNG!!

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

PARLIMEN: BATU GAJAH
DUN: TRONOH

πŸ—“οΈ 15 & 16 MEI 2026 (JUMAAT & SABTU)
πŸ“ 6633 SUPERMART
⏰ 7.00 AM - 6.00 PM

MOH KOMER BERAMAI-RAMAI πŸ›οΈπŸ›’

Photos from KPDN-Perak's post 15/05/2026

πŸ“’ Hai Warga Taiping & sekitar! πŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”Š

Jangan lepaskan peluang hadir ke Program Jualan RAHMAH MADANI yang sedang berlangsung πŸŽ‰πŸ›οΈ

πŸ“ Parlimen : LARUT
πŸ“ DUN : KUBU GAJAH
πŸ“ Lokasi : PEKARANGAN DEWAN TEBING TINGGI
πŸ—“ Tarikh : 15 MEI 2026 (JUMAAT)
⏰ Masa : 9.00 PAGI – 1.00 PETANG

Pelbagai barangan keperluan harian dengan harga RAHMAH menanti anda πŸ’šπŸ›’

Jom ajak keluarga, jiran & kawan-kawan datang beramai-ramai πŸ€—
Jumpa anda di sana! ✨

Photos from KPDN-Perak's post 14/05/2026

PEMERIKSAAN STESEN MINYAK DAN PENGUATKUASAAN AKTA OLEH KPDN

Parit Buntar, 14 Mei 2026 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Parit Buntar telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan harian melibatkan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan sekitar kawasan operasi.

Pemeriksaan tanda harga dan alat timbang menunjukkan semua premis mematuhi peraturan dengan mempamerkan tanda harga yang jelas serta menggunakan alat timbang yang masih dalam tempoh sah.

Bagi penguatkuasaan larangan penjualan minyak masak paket kepada warga asing, pemantauan mendapati tiada transaksi melibatkan golongan tersebut. Peniaga turut diberikan nasihat serta amaran keras supaya mematuhi arahan dan mempamerkan notis larangan di lokasi yang mudah dilihat.

Sementara itu, pemeriksaan di stesen minyak mendapati tiada penjualan petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing. Pihak stesen juga telah diberi peringatan tegas supaya mematuhi larangan tersebut serta memastikan urus niaga menggunakan kad antarabangsa hanya dilakukan di kaunter pembayaran. Selain itu, peniaga diingatkan agar tidak menolak pembelian di bawah 20 liter sekiranya pembeli memenuhi syarat yang ditetapkan.

KPDN akan terus mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang serta kestabilan bekalan barangan kawalan demi kesejahteraan pengguna.

Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05-717 6055 (KPDN Parit Buntar)
Whatsapp Aduan:- 019-848 8000

Ikuti sosial media KPDN PERAK:
IG : https://ww.instagram.com/kpdn.perak
Youtube : https://www.youtube.com/
Twitter : https://www.twitter.com/KPDNPerak/
TikTok : https://www.tiktok.com/

Photos from KPDN-Perak's post 14/05/2026

PEMERIKSAAN STESEN MINYAK DAN PENGUATKUASAAN AKTA OLEH KPDN

Tapah, 14 Mei 2026 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tapah telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang perdagangan serta perlindungan pengguna.

Hasil pemeriksaan mendapati tahap pematuhan peniaga adalah memuaskan apabila semua premis yang diperiksa mempamerkan tanda harga dengan jelas dan menggunakan alat timbang yang masih sah tempohnya.

Dalam pemantauan larangan penjualan minyak masak paket kepada warga asing, tiada sebarang transaksi dikesan. Peniaga turut diberikan nasihat serta amaran keras agar mematuhi peraturan dan mempamerkan notis larangan di lokasi yang mudah dilihat pelanggan.

Bagi pemeriksaan di stesen minyak, pemantauan mendapati tiada penjualan petrol RON95 kepada kenderaan berdaftar asing. Pihak stesen turut diberi peringatan berkaitan sekatan penggunaan kad kredit/debit antarabangsa serta keperluan mematuhi peraturan jualan, termasuk tidak menolak pembelian di bawah 20 liter bagi pengguna yang layak.

Selain itu, sesi advokasi telah dijalankan dengan pengedaran poster dan notis pemberitahuan bagi meningkatkan kesedaran pematuhan dalam kalangan pengusaha.

Secara keseluruhan, tiada kes atau tindakan penguatkuasaan direkodkan sepanjang operasi dijalankan. KPDN akan terus mempergiat pemantauan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta kestabilan bekalan barangan keperluan di pasaran sentiasa terjamin.

Sebarang pertanyaan dan aduan bolehlah dibuat melalui:-
https://e-aduan.kpdn.gov.my
Tel : 05-4010471 (KPDN Tapah)
Whatsapp Aduan:- 019-848 8000

Ikuti sosial media KPDN PERAK:
IG : https://ww.instagram.com/kpdn.perak
Youtube : https://www.youtube.com/
TikTok : https://www.tiktok.com/
Twitter : https://www.twitter.com/KPDN_Perak/





Β©Unit Media 2026 | KPDN Perak

Want your business to be the top-listed Business in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Ipoh

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 02:45 - 05:00
08:00 - 05:00