Peraktastic

Peraktastic

Share

Photos from Peraktastic's post 05/06/2026

Pantau, turun padang ke rumah anak yatim, pusat jagaan kanak-kanak di Perak

IPOH: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perak diminta untuk membuat pemantauan menyeluruh serta turun padang ke semua rumah anak-anak yatim serta pusat jagaan kanak-kanak di seluruh Perak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Salbiah Mohamed, gesaan itu dibuat bagi menilai tahap keselamatan premis, kebajikan penghuni serta keperluan penambahbaikan yang perlu disegerakan.

Tambahnya, kerajaan negeri memperuntuk sebanyak RM400,000 setiap tahun, khusus bagi tujuan penyelenggaraan dan baik pulih infrastruktur rumah anak-anak yatim serta pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negeri.

"Peruntukan ini penting bagi memastikan aspek keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan anak-anak yang berada di bawah jagaan sentiasa terpelihara.

"Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan anak-anak. Sebarang risiko yang boleh mengancam kesejahteraan mereka perlu dikenal pasti dan ditangani segera agar kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan pada masa hadapan.

"Anak-anak ini adalah amanah kita bersama. Semoga segala urusan baik pulih dipermudahkan dan mereka terus membesar dalam persekitaran yang selamat, selesa dan penuh kasih sayang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarah Rumah Anak-Anak Yatim Gembala Baik di Buntong yang terkesan akibat kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas.

"Kejadian berlaku dalam sekelip mata, namun syukur kerana tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran dan tiada kemalangan jiwa melibatkan penghuni rumah ini.

"RM18,000 telah disalurkan bagi tujuan baik pulih awal," katanya lagi.

Hadir sama, ADUN Buntong, Thulsi Manogaran, Pengarah JKM Negeri Perak serta pihak pentadbiran daerah bagi memastikan kerja-kerja baik pulih dapat disegerakan.

04/06/2026

Oh malaysia tanahairku 😬😬

Want your business to be the top-listed Media Company in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Ipoh