IKRAM Perak

IKRAM Perak

Share

Photos from IKRAM Perak's post 10/05/2026

Perlawanan Persahabatan Futsal

✨Ikram Kawasan Kuala Kangsar & Padang Rengas
📅 8 Mei 2026, Jumaat
🕘 9.00 - 11.00 mlm

Telah berlangsung perlawanan persahabatan futsal di antara belia IKRAM Kuala Kangsar & Padang Rengas bersama komuniti belia dan guru-guru sekolah KAFA Kuala Kangsar.

Perlawanan yang berkonsepkan santai sambil berukhuwah itu dimulai dengan sesi bergambar dan kemudian diteruskan dengan acara sebenar. YDPK Kuala Kangsar turut hadir menyerikan program dan memberi sokongan atas penganjuran.

Semoga program ini bukan sahaja menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat, tetapi juga mengeratkan ukhuwah dan silaturahim di antara semua kelompok masyarakat dalam suasana yang penuh semangat dan harmoni.

10/05/2026

Selamat Hari Ibu buat semua ibu yang hebat 🌷🌷🌷

Semoga segala pengorbanan, kasih sayang dan doa yang dicurahkan menjadi asbab rahmat dan kasih sayang Allah.
Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan dunia akhirat dan mengganjarkan syurga tertinggi buat para ibu.

🌷🌷🌷 SELAMAT HARI IBU🌷🌷🌷

Daripada,
Cikgu Khairunniza binti Mohd Sarkawi
Ketua Wanita IKRAM Kawasan Taiping.

Photos from IKRAM Muda Perak's post 09/05/2026

Ziarah Ketua IKRAM Muda Perak ke Majlis Malam Penutup Madrasatul HayatuI IKRAM (MHI): "Remaja Titik Mula Legasi Kepimpinan Masa Hadapan"

Pada malam terakhir program MHI, Ketua IM, Ketua IKRAMTeens & JK Tarbiah Remaja Perak berkesempatan turut hadir ke Majlis Malam Penutup memberikan sokongan kepada progam yang telah berlangsung selama 3 minggu ini.

Program MHI adalah program pembangunan diri dalam inisiatif melahirkan bakal kepimpinan belia/mahasiswa yang holistik(aktif, inovatif,berdikari & berkeyakinan) mensasarkan penyertaan lepasan murid SPM, STPM & STAM.

Mendepani Krisis Persepsi.

Dalam landskap hari ini, kita sering terjatuh ke dalam perangkap persepsi yang silap. Remaja kerap dilabel sebagai "beban sosial" yang perlu diurus, bukannya aset yang perlu dilaburkan.

Label seperti "kurang matang" dan "tidak berpengalaman" akhirnya menjadi penjara mental yang membunuh potensi mereka sebelum ia sempat mekar.

​Apabila sistem nilai hanya memuja angka peperiksaan, timbunan harta, dan pengaruh media sosial, akhirnya melahirkan anak muda yang berjiwa kecil . Generasi 'selfish' yang hanya berani bermimpi untuk membangunkan diri sendiri, namun gerun dan tidak mengambil peduli memikul beban ummah.

​Kembali ke Akar: Neraca Wahyu

Tembok naratif yang membina impian palsu serta keliru dalam diri anak muda remaja, harus diruntuhkan dengan "Neraca Wahyu", mengingatkan
kembali kepada fitrah asal penciptaan: sebagai Hamba Allah yang tunduk, dan sebagai Khalifah yang mentadbir bumi dengan nilai 'ihsan' .

​Sirah merakamkan betapa pemuda seperti Usamah bin Zaid, Musab bin Umair, Ali bin Abi Talib serta ramai sahabat, tidak pernah menunggu "cukup usia" untuk memberi impak.

Mereka tidak dibentuk untuk menunggu arahan, tetapi dibina untuk memimpin jalan.

​Nukleus Perubahan Masyarakat

Remaja bukan liabiliti. Mereka adalah amanah yang wajib dibina dengan acuan yang betul, tekun dan sabar. Apabila jiwa mereka dipasakkan dengan visi tauhid yang besar, kita bukan sekadar membentuk seorang individu, tetapi kita sedang melakar garis masa depan bagi seluruh masyarakat.

​Tahniah diucapkan kepada IKRAM Teens Malaysia, barisan fasilitator dan seluruh graduan MHI 2026.

Teruskan Melangkah Mengubah Dunia!


IKRAMTeens Malaysia

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


36A, Persiaran Halaman Ampang 6, Halaman Ampang Mewah
Ipoh
31350