PERHEBAT Negeri Perak
12/02/2026
11 Februari 2026
Lawatan Pendedahan ke Manjung Cocopeat
Pelatih PKS Agrotani Lumut Siri 1/2026 telah berpeluang melawat ke sebuah perusahaan memproses cocopeat, Manjung Cocopeat yang terletak di Teluk Penchalang, Kg Pasir Panjang. Manjung Cocopeat diusahakan oleh seorang usahawan muda yang mesra disapa Abg Syed.
Pelatih telah diterangkan berkenaan proses penghasilan cocopeat bermula dari pengumpulan sabut kelapa sehinggalah penghantaran cocopeat kepada pelanggan.
Abg Syed juga telah berkongsi akan kisah perjalanan karier beliau dan menitipkan kata-kata semangat serta nasihat kepada Pelatih agar terus komited tanpa putus asa dalam mengejar impian yang menggunung.
Didoakan perniagaan Abg Syed dan Manjung Cocopeat akan terus maju dan cemerlang Di masa hadapan. Semoga sesuatu yang berharga diperoleh Pelatih hasil lawatan hari ini.
TIADA HASIL MENGKHIANATI USAHA
21/01/2026
21 Januari 2026
LAWATAN PENDEDAHAN KE TKPM LEKIR
Pelatih PKS Agrotani Lumut Siri 1/2026 telah berpeluang melawat ke salah satu plot di TKPM Lekir yang diusahakan oleh 2 orang Veteran TLDM, En Rusdi dan En Khiruddin.
En Rusdi berkongsi dengan Pelatih tentang cabaran dalam mengusahakan tanaman rock melon serta peluang yang boleh diterokai dalam bidang pertanian.
Pelatih juga dibawa melawat sekitar Rumah Pelindung Hujan dan Rumah Operasi yang berada di bawah tanggungjawab En Rusdi dan En Khiruddin.
Semoga lawatan hari ini dapat membuka mata Pelatih PKS Agrotani Lumut Siri 1/2026 tentang isu yang berkait dengan realiti dunia pertanian.
TIADA HASIL YANG MENGKHIANATI USAHA
21/01/2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐍𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐌𝐈𝐍 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇 𝐏𝐋𝐁𝐕 𝐓𝐀𝐈𝐏𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟔|
Tarikh:20 Januari 2026
Masa:9.00 Pagi
Tempat: Anramin SDN BHD, Kamunting, Perak.
Lokasi: No. 3, Jalan Perusahaan 10, Kawasan Perusahaan, 34600 Kamunting, Perak, Malaysia.
Anramin Industry Sdn. Bhd. Syarikat merupakan syarikat pembuatan minuman dan premix berkualiti yang diasaskan oleh Encik Azizan Bin Wahab sejak 2004. Fokus industri ini adalah bagi penghasilan premix minuman seperti kopi premix, susu kambing campur teh/kurma, lemon tea, dan lain-lain, ia juga menawarkan perkhidmatan OEM untuk jenama tersuai.
Selain itu, produk mereka seperti kopi pracampur tongkat ali & lain-lain telah dipasarkan hingga ke luar negara seperti Singapura, Indonesia dan Filipina melalui perkembangan kilang di Kamunting ini.
Banyak perkongsian menarik yang dikongsi sebagai pedoman dan inspirasi kepada pelatih PLBV Taiping Siri 1/2026.
Sekian.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
No 9 & 9A, Laluan Tasek Timur 3, Taman Tasek Indra
Ipoh
31400