Heat Shield Solution

Heat Shield Solution

Share

28/05/2026

Siri 55: Ralat dalam pembinaan - Penyelenggaraan berkala RC Gutter

RC gutter adalah merupakan palung air yang diperbuat dari konkrit. Ia berada di dalam bangunan kecuali bahagian itu dibuat terkeluar ke hadapan ataupun belakang bangunan. Ia bertujuan untuk menyalurkan air hujan keluar dari bangunan dan tidak di nampak dari bahagian luar bangunan.

Penyelenggaraan yang berkala lebih kerap perlu dilakukan apabila kawasan sekeliling ditanam dengan banyak pokok yang besar. Daun luruh yang ditiup angin akan bertebangan ke atas bumbung dan seterusnya ke atas RC gutter.

Lama-kelamaan habuk serta daun kering akan menutup lubang saluran keluar air RWDP dan seterusnya menyebabkannya tersumbat. Apabila air hujan yang lebat berlaku, air hujan tidak dapat lalu dengan cepat dan akhirnya akan melimpah balik ke dalam bangunan.

Kami turut pernah juga nampak sampah yang tukang selepas kerja dibiarkan atas bumbung. Apabila berlaku angin kencang dengan hujan lebat, ada kemungkinan sampah itu jatuh ke dalam RC gutter.

Apabila rumah ataupun bangunan yang tidak buat apa-apa kerja penyelenggaraan dari semasa ke semasa ia bukan sahaja menyebabkan masalah bocor di rumah sendiri, malah akan juga menyebabkan rumah jiran sebelah banjir.

Apabila tahu masalah itu datang dari jiran sebelah dan mereka tidak tinggal di sana, nak tak nak terpaksa juga tolong bersihkan sampah agar masalah itu tidak dibiarkan berlarutan. Bil caj pada siapa? Tuan rumah ataupun jiran sebelah? Ataupun kira kerja amal?

Lee Wai Wan

19/05/2026

Siri 52: Ralat dalam pembinaan - Karat jenis ke-2

Kes ini berkenaan dengan 2 jenis metal deck yang berlainan kualiti iaitu 1 adalah metal deck biasa jenis kualiti AZ90 yang dipasang kemudian selepas pemasangan metal deck jenis profile clip-lock menggunakan bahan Zincalume yang di mana ia adalah jenis tidak diikat menggunakan skru di bahagian atas.

Bumbung metal profile clip-lock walaupun lebih mahal dari profile biasa, ia mengurangkan masalah kos penyelenggaraan kerana risiko bocor jauh lebih rendah berbanding dengan metal deck biasa yang kebiasaannya akan ada masalah bocor di bahagian skru.

Kedua-dua bumbung telah dipasang pada tahun 2022 dan boleh lihat bahawa bumbung metal deck yang berada di bahagian atas telah mula berkarat dan air karat menitik ke atas permukaan metal deck jenis clip lock yang berada di bahagian bawah setiap kali hujan.

Sekiranya tindakan tidak dilakukan ke atas permukaan bumbung atas, maka karat tersebut bukan sahaja akan merosakkan bumbung atas, malah ia turut akan memendekkan jangka hayat bumbung bawah walaupun asalnya ia masih berada dalam keadaan yang baik.

Oleh itu, sebelum anda ingin menggunakan sesuatu bahan untuk dijadikan sebagai bumbung, apa kata bandingkan setiap jenis bahan dari segi kelebihan serta kekurangan, selepas itu baru buat perbandingan harga. Jimat sekarang tidak semestinya menjamin poket anda tidak koyak di masa hadapan.

Lee Wai Wan

Want your business to be the top-listed Contractor in Ipoh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


251A, Jalan Silibin, Taman Alkaff
Ipoh
30100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00